BAB 2
“…Allah
swt selalu mendatangkan ujian pada kita tanda cintaNya pada kita.. Hadis
riwayat at-Tirmidzi, Nabi Muhammad S.A,W bersabda : Sesungguhnya Allah Taala
apabila Dia mencintai hambaNya, maka dia mengujinya.”
Pen
Kaira dan Fara yang duduk bersebelahan terus-menerus berlari di atas buku nota
kecil mencatat segala pengisian yang diberikan oleh pengerusi sahabat surau
yang entah siapa namanya. Masa majlis watikah pelantikan ahli jawatankuasa
surau beberapa bulan yang lepas bukan mereka berdua datang pun.
“…Ingatlah
bahawa semua permasalahan akan menjadi kecil pada pandangan kita apabila kita
meletakkan Allah itu besar dalam hidup kita. Dan sedarlah bahawa, saat kita
memerlukan pertolongan, yakinlah pertolongan dari Allah itu akan datang.
Memohonlah pada Dia. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 214 yang
bermaksud, ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum
datang kepadamu cubaan seperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan digoncang dengan berbagai cubaan
sehinga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata : Bilakah datang
pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat…”
“Surah
apa dan ayat berapa tadi?” Tanya Kaira kurang pasti. Matanya masih menunduk
menulis di atas buku nota kecilnya.
Fara
mengangkat wajahnya melihat pada slide
yang berada di hadapan. Dia sendiri tidak jelas mendengar tadi. “Al-Baqarah
ayat 214..”
“Whoa..a?” Fara menekup mulutnya dengan
dua tapak tangan kiri dan kanannya. Tangannya pantas menepuk-nepuk paha Kaira
di sebelah. Dia pasti kalau Kaira melihatnya tentu bukan dia sahaja yang
terkejut gila sampai tak ingat dunia begini. Kalau dia terkejut gila, Kaira
yang duduk di sebelahnya itu lagilah terkejut gila-gila.
Kaira
angkat muka seraya mengangkat keningnya. “Kenapa kau macam Childrens of
Boudelaire yang nampak Count Olaf aje ni?”
Fara
tidak menjawab. Hanya memuncungkan bibir menunjuk ke hadapan menyuruh Kaira
melihat dengan mata kepala sendiri.
Kaira memusingkan kepala perlahan ke
arah yang ditunjukkan Fara. Matanya terhenti pada si penyampai pengisian pada
malam itu. Seriously?? Mata dibelakang kaca mata digosok berkali-kali. Bimbang sistem
penglihatannya yang tidak betul. Pipi juga dicubit dua tiga kali bimbang dia
hanya bermimpi.
“Kau nampakkan apa yang aku nampak?”
Kaira
hanya mengangguk sekali. Tidak terkata walau sepatah haram sekalipun. Ini
sumpah mengalahkan nampak hantu! Sumpah lelaki yang sedang memberi pengisian
sempena Malam Penghayatan Islam di mimbar punya wajah yang serupa dengan lukisannya
semalam.
“…Sunnah
Illahi menetapkan yang dunia ini adalah medan ujian, fitnah dan bala. Di dunia
ini lah manusi disaring untuk memastikan yang mana satu benar-benar berlian dan
yang mana satu hanyalah kaca. Allah berfirman dalam surah al-ankabut ayat dua
hingga tiga. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan
mengatakan kami telah beriman dan mereka tidak diuji? Dan sungguh , Kami telah
menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang
yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta…”.
Kalau
tadi mata tidak beralih dari buku nota kecil mencatat semua isi tazkirah
ringkas, tapi kini empat pasang mata itu tidah beralih dari si penyampai
tazkirah.
‘…dia wujud. Tapi dalam bentuk yang
berbeza..di dimensi yang berbeza.’
“Mimpi
jadi realiti lah kau nampaknya Kaira. Tapi dia wujud dalam versi lebai surau.”
Hahaa. Fara ketawa. “Yang versi dalam lukisan kau tu, aku tak pasti tercampak
di negara atau planet mana.”
Huh?
Apa yang mustahil dengan kuasa Tuhan?
1 comment:
tak de sambungan ?
Post a Comment