Saturday, 13 July 2013

Hadiah sebuah Ramadan.

Bukankah kau manusia yang sentiasa silap?
Kerna bila sahaja Ramadan tiba, 
Kau sentiasa rasa bulan itu membawa berjuta-juta hadiah,
hadiah yang berupa sebuah kenikmatan.



Kenikmatan dengan jamuan dimana-mana.
Kenikmatan dengan jualan murah di merata-rata.




Hingga kau lupa dan terus alpa.
Sehingga datang bencana baru kau ternganga.


Bukan itu hadiah Ramadan sebenar.
Bukan itu yang jadi pengindah Ramadan.
Bukan itu erti Ramadan sebenar seperti orang kebanyakan.


Ramadanku datang dengan hadiah berupa sebuah rantaian ujian.
Sesaat aku ingin mengukir senyuman dan melompat tertawa menyambut Ramadan,
Aku kaku.
Aku tidak jadi melompat tertawa.
Yang ku bisa cuma mengukir senyuman yang cuma topeng-topengan.

Tuhan itu tidak kejam.
Maksud Tuhan bukan menyeksa.
Jauh sekali mahu merenggut semua bahagiamu.

Dia cuma mahu berbicara lewat ujian.
Dia cume rindukan rintihan.

Buatmu,
Buat sesiapa sahaja,
Yang mengirimkan ucapan untukku.

Terima kasih kerna kau juga mencipta senyumku.
Dan salam Ramadan juga kembali padamu.


______________________________________________________________________________

Malah, aku sendiri pun tidak akan sedar hadiah Ramadan itu berupa sebuah ujian,
Andai sahaja aku tidak menerima berita hiba dari adikku

1 comment:

teddielicious ♥ said...

Be strong sayang.


Kamek rindu kitak.