"Saya menulis surat ini kerana saya lelaki yang tidak mampu berdiri di depan dan mengucapkan apa yang ingin saya katakan ini. Bukan kerana saya lelaki yang tidak punya keberanian, malah keberanianlah yang mendorong saya menulis ini. Saya menulis ini kerana saya tidak mampu mengucap kata, saya cintakan awak, tanpa saya terduduk kerana menanggung berat kata-kata itu."
"Saya cintakan dan saya ingin awak menjadi suri menjalani hidup ini bersama. Sungguh saya ingin menemani Nadira dan ditemani Nadira. Benar saya ingin menjadi manusia yang membahagiakan Nadira, namun sebalik kata yang cuba mengapung keindahan ini, sebelum Nadira membuat kata putus, saya ingin Nadira tahu bahawa banyak yang tidak dapat saya janjikan kepada Nadira. Sekalipun hanya berjanji bahawa perasaan ciinta saya kepada Nadira akan tetap begini buat selama-lamanya. Sya tidak tahu apa yang akan berlaku kepada hati saya esok. Entah esok, entah lusa hati saya berubah lalu cinta itu mati. aya hanya manusia biasa. Tidak berani berjanji pasti pada apa yang tidak pasti."
"Tetapi saya berani berjanji satu perkara kepada Nadira, dengan cinta atau tanpa cinta saya akan selalu menemani Nadira sebagai suami yang penyayang, andai Nadira sudi sehingga salah seorang daripada kita menemui Tuhan."
"Orang bercerita tentang saling memiliki, saya tidak mahu begitu.
Cintakah itu apabila manusia ingin memiliki manusia yang lain? Sedang
kita ini sendiri milik Tuhan. Bukankah memiliki itu lanmbang ketuanan
dan kehambaan? Dan saya tidak mahu ada kasta dalam hubungan kita nanti.
Biarlah kita saling menemani sahaja. Saya ingin ditemani dan menemani
Nadira dalam perjalanan kita mencari redhaNya."
"Kerana cinta sesama manusia itu Nadira, di sebalik segala susah payah novelis dan penulis untuk menerangkan maknanya, seringnya setelah berumah tanggaakan cenderung bertukar menjadi upacara-upacara yang bernama kewajipan dan tanggungjawab. Hanya rutin-rutin yang dipermanis supaya manusia enjalaninya dengan rasa gembira. Kerana akui atau tidak, cinta antara lelaki dan perempuan itu seringnya hanya cinta kerana tarikan keindahan berbentuk fizikal. Dan manusia , akan menjadi tua, cantik akan hilang, dan tampan akan lenyap, Nadira. Kesempurnaan hanya tinggal atas gambar atau kenang-kenangan sahaja."
Bohemian_Imaen
..Dan kerana buku lah definisi cinta aku berubah-ubah. Dan kerana buku ini, aku jumpa definisi yang tepat untuk aku dan dia nanti..
4 comments:
terbaik bah syg. :D
"Orang bercerita tentang saling memiliki, saya tidak mahu begitu. Cintakah itu apabila manusia ingin memiliki manusia yang lain? Sedang kita ini sendiri milik Tuhan. Bukankah memiliki itu lanmbang ketuanan dan kehambaan? Dan saya tidak mahu ada kasta dalam hubungan kita nanti. Biarlah kita saling menemani sahaja. Saya ingin ditemani dan menemani Nadira dalam perjalanan kita mencari redhaNya."
~ayat mahal :)
nak buku tu~ ktne ad jual ? :D
secara jujur,sy xreti bab cinta2 ni..huhuhu
kadang2 cinta antara manusia membuat kite khayalan sebentar,ade jg yg lame. sehingga lupa sape yg kite patut cintai..
dan itulah dugaan cinta kite sebenarnya antara cinta kepada manusia dengan pencipta.InsyaAllah diri ni diberi kekuatan..Amin =)
Post a Comment