Monday 23 April 2012

Cerpen math - as request






Sifat-sifat telah Allah berikan pada cahaya, air dan mata untuk mengukir pelangi.
Tinggal menunggu waktu dan keadaan sahaja lagi.




Maira   : "Kata nak jadi perempuan cantik , ni pukul 12 tengah hari baru nak celik.
Imaan  :  Membongkar selimut dan menggeliat. Sengih. "Hari Ahad. Macam tak biasa kan?"
Maira   :   Kata nak mengalahkan bidadari bermata jeli ? 
Imaan  :  Tersentap dan terpukul dengan sindiran Maira. Memang dia pernah menulis di buku catatannya yang dia ingin mengalahkan cantiknya bidadari bermata jeli. 
Maira   : "Ha, tunggu apa lagi? Pergi mandi, lepas tu kita pergi Musolla , makan tengah hari then, attend kelas Matematik."
Imaan  :  Baru sahaja ingin mencapai tuala, dia segera berpusing. "What?? Kelas Matematik??"
Maira   : Mengangguk.
Imaan : "Rasa malas sangat nak pergi tengah-tengah hari ni. Nanti pergi je kelas tu, buat pening  kepala je. Nombor dua pun boleh jadi lima. Rasa hipokrit lah nak pergi kelas Matematik ni."
Maira  : "Fake it till you make it, Imaan."




Imaan  : Di meja kumpulan dua, hanya ada dia, Taqwaa , Dai'e dan Firdausi.
Cikgu Zulkifli : Berjalan menuju ke meja kumpulan kami. "Dah ada nama kumpulan?"
Taqwaa : Mengangguk . "Jadi Dai'e harus punya Imaan dan Taqwaa menuju ke Firdausi."
Cikgu Zulkifli : Dahi menjadi kek lapis. Punyalah panjang nama group. Macam group Tarbiyah. Tak apalah. Asalkan ada semangat. Nama group itu ditulis di atas kertas lalu berlalu menuju ke group yang lain.
Taqwaa : Dia selaku ketua kumpulan perlu bertindak pantas. "Firdausi , kau ajar Dai'e. Aku pulak ajar Imaan."
Imaan : "Bila cikgu nak buat test?"
Taqwaa : "Esok."
Imaan :  "Haa! Belum study apa-apa lagi ni."
Taqwaa : "Haih. Jadi kita attend kelas ni nak buat apa? Shuffeling? Nak study lah ni. Ha, apa lagi tajuk yang kau tak faham dan asal test je memang kau tak boleh nak jawab dan rasa syubhah a.k.a ragu-ragu?"
Imaan  : Rasa nak baling pensel box di kepala Taqwaa. "Ermm , wajiblah bab earth.. Number base.. Banyak lagi sampai tak terhitung. Rasa-rasanya kalau kau tanya topik yang aku faham, lagi senang kut nak bagitahu."
Taqwaa : "Ha ha ha. Tak apalah. Kita go through kertas soalan okey?"
Imaan : Mengangguk. Dan bermulalah sesi Taqwaa menjadi sifu. Dan yang bodoh itu aku bila ada soalan yang aku terhinggut-hinggut nak jawab.




Taqwaa : "Pheuwwwww. Selesai jugak satu set soalan. Yang penting, ingat je cara-cara yang aku ajar. Semua kertas soalan sama je formatnya."
Imaan : "Kalau tak dapat A, lari pusing padang. Yiii, takutnyaa. Dahlah gred B pun aku tak pernah lepas."
Taqwaa : "Nah, aku bagi pinjam kau buku topikal test. Malam ni kau buat lima soalan setiap topik. Aku check esok sebelum test."
Imaan : Ini menyeksa atau mendera? "Banyak tuu."
Taqwaa : "Imaan, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh macam tak ada cara lain je lagi kita nak buat. Lepas tu kita tawakkal habis-habisan seolah-olah kita tak pernah berusaha walaupun sedikit."
Imaan : Otak secara automatik record kata-kata Taqwaa. Buku topikal test berpindah tangan. Malam ini usaha sungguh-sungguh macam tak ada cara lain lagi nak usaha. Dan tengah malam nak bangun Qiam untuk tawakkal seolah-olah tak pernah berusaha walau sedikitpun.




Maira : "Apasal kau semalam?" Tak pasal-pasal dia ingat si Imaan ni jelmaan hantu. Tak pernah-pernah nak stay up malam dan bangun semata-mata untuk Qiam.
Imaan  : "Kan aku dah kata, aku nak mengalahkan bidadari bermata jeli?" Hewhewhew. 
Maira : "Bagus sangatlah tu. Dah siap dah? Jom gerak pergi lab math. Tawakkal key Imaan. Aku tahu kau dah berusaha semalam. Aku ni kawan paling concern sedunia tau. Jangan ingat aku tak tau yang kau tidur dekat nak pukul 2 semalam. Lepas tu tidur tak sampai pun setengah jam. Dah bangun dah. Alih-alih aku tengok kau solat. Alhamdulillah. Respect kat kau. Semoga berjaya test hari ni. Kalau dapat A pelasss , dapatlah naik pentass."




Cikgu Zulkifli :  "Semua gagal!" dan semua pelajar pun rasa dup dap dup dap.
Imaan : Tawakal. Tawakal lah hati oii. 
Cikgu Zulkifli : "Semua gagal untuk tidak mencapai sasaran."
Imaan : Serius. Ini Cikgu Zul dah dirasuk Cikgu Mel a.k.a Cikgu BM tu ke? Serius ayat tak boleh nak hadam.
Cikgu Zulkifli : "Haih? Kenapa senyap je? Faham ke dak ni?"
Semua menggeleng.
Cikgu Zulkifli : "Alhamdulillah semua capai target."
Semua bertepuk tangan.
Imaan : Haih? Semua tu termasuk aku ke? Mustahil. Teramatlah mustahil. 
Cikgu Zulkifli : "Dan cikgu nak sampaikan penghargaan pada pelajar yang betul-betul menunjukkan peningkatan tahap maksima."
Semua senyap tertanya-tanya.
Cikgu Zulkifli : "Imaan, mai depan. Dengan fasilitatornya sekali."
Imaan : Terdiam. Heh. Biar betul. Maksima? Berapa markah aku sampai macam nampak gempak dan maksima ni. 
Taqwaa : "Pergilah dulu ke depan."
Imaan  : Mengangguk lalu berjalan ke hadapan.
Cikgu Zulkifli : "Fasi nya mana?"
Taqwaa : Berdiri dari kerusi lalu berjalan ke hadapan.
Cikgu Zulkifli : "Tahniah pada Imaan sebab berjaya menunjukkan prestasi yang luar biasa. Kita tahu yang Imaan ni tak pernah pun lepas gred B kan? Betul tak fasi ?"
Taqwaa : Mengangguk.
Cikgu Zulkifli : "Tapi kali ini Imaan walaupun tak dapat A plus tapi dia tetap mendapat gred A."
Semua pelajar bertepuk.
Imaan : Ini penghargaan atau nak malukan? Sumpah malu.
Cikgu Zulkifli : "Imaan, bagi ucapan sikit."
Imaan : Menelan air liur tapi pembesar suara sudah berpindah tangan. "Err... Jika kita berkehendakkan sesuatu, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh macam tak ada cara lain je lagi kita nak buat. Lepas tu kita tawakkal habis-habisan seolah-olah kita tak pernah berusaha walaupun sedikit."
Cikgu Zulkifli : Mengambil pembesar suara dari Imaan dan menyerahkannya pada Taqwaa.
Taqwaa : "BerImaan , BerTaqwaa , Berilmu"




Ikhlas dari hati. :)
Have faith readers. 
credits : math crew , cikgu zul, cikguAiza, Cikgu Su, Cikgu Azmin
-by Aliza Nuraini a.k.a Imaan-






6 comments:

Unknown said...

ur story remind me of school days. :')
miss it alot..keep it up..u always have talent in this area. :)

nadiatulnajwa said...

nice one.love it ^^

Aliza Nuraini said...

@Crystal Lim tenks crystal <3

ROSE-N said...

yo.oops sorry.salam 1 msia aliza.

dear aliza,
aku tersentuh membaca coretanmu.Ini aku,rosanne ba.Aku ada story utk ko.

Begini,dulu aku pernah buka blog kau 'strive for jannah' ni.Dan kau ada meletakkan imej wanita berpurdah itu.Pada suatu hari,semasa aku menaiki bas,aku terlihat seorang gadis setinggi kau,mata sebijik macam kau,dan sudah tentunya mempunyai 'pink stuff'.Dia memakai jubah berwarna hitam dan berpurdah.

Pada mulanya aku rasa itu macam ko,sebab ada ciri2nya.Tapi mungkin aku fikir dia seorang dewasa.Aku curi2 tgk ea,dan tiba2 ea minum pepsi.Dalam hatiku ini mesti remaja la yang penting.

Dann....tiba2 dia berjalan keluar bersama adik lelakinya.sebaya macam adik ko.adikmu lelaki kan?

Aku ingat itu kau.tapi mustahil ko nda kenal aku lagi.

Hehe.mesti ko blank kan tiba2 aku tulis ni.hehe.BTW,wissh u gud luck in ur life!!

Aliza Nuraini said...

@oxygen94dear rosaanne .
tersentuh dengan komen kau . and im thinking to be that girl . hmm , tapi untuk berpurdah aku rasa still not the right time . because aku takut tak istiqamah aka tak berterusan . aku takut pla mempermainkan the thing .
hehe , btw , thanks droping by , have faith rossanne . :) love you always missing you double and triple . :)
do take care . find the truth , :)

Aliza Nuraini said...

@nadiatulnajwathanks tau love2 gitu . ehehe.