Wednesday 16 May 2012

Pegang hatiku Ya Allah.

Bismillah.


Hati ini terasa sakit.
Hati ini dahaga.
Dahagakan tarbiyah.
Dahagakan perubahan.
Dahagakan keikhlasan.


Apa yang aku perlu lakukan saat ini?
Di mana hati berguncang terus-terusan.
Hati, sakitkah engkau?
Bagaimana aku bisa menunaikan kehendakmu, sedang aku tidak mampu berbuat apa-apa?
Aku terus-terusan menyeksamu.
Tanpa belas kasihan, bukan?
Permintaanmu, jarang sekali tertunai.


Tapi ketahuilah hati,
Kehendak Illahi itu pastinya yang terbaik.
Walaupun, permintaanmu seringkali tidak tertunai,
itu bererti Allah ingin menjagamu.


Hati,
Terima kasih kerana sentiasa jujur denganku.
Terima kasih kerana memberi pengertian selama ini.
Terima kasih kerana engkau, air mata sering sahaja gugur lalu membersihkan hati.


Hati,
jangan biar masa silam mengaturmu.
Jangan gentar pada masa silam yang berliku.
Jangan terkorban oleh tumpulnya masa silam.


Hiduplah hati.
Hidup.
Mari bersamaku mengejar redha.
Mengejar Cinta Illahi..
Hijabkan diri dari hati-hati yang mencalarkan mu.
Hijabkan dirimu dari pandangan manusiawi.
dan buka pula semuanya pada Allah




Mari lakukan bersamaku duhai hati.
Tanpamu aku tercari-cari.
Mari lakukan ini.
Untuk tempat yang sempurna di sisi Illahi.








No comments: