Thursday 8 November 2012

digalakkan bertudung, diwajibkan berkasut hitam.





digalakkan bertudung, diwajibkan berkasut hitam.

tapi kaki tu tetap aurat jugak ye :)

erk? meningkat dewasa dan tidak dapat tidak, kita pasti menemui statement di atas. persoalannya di mana? buka sahaja mana-mana peraturan pemakaian ke kuliah, ke tempat kerja atau di mana-mana sahaja yang sewaktu dengannya. Kita pasti terjumpa statement di atas. Walaupun tidaklah sebiji. Tapi lebih kurang je maksudnya. kan?
apa halnya dengan statement di atas?
begini, kita dah sedia dan harap maklum yang negara kita ini agama rasminya agama Islam bukan? Yang sepatutnya segala-gala perlembagaan, segala-gala undang-undang, segala-gala polisi juga berdasarkan Islam. Tetapi, hanya dengan satu statement di atas , anda boleh lihat kepincangannya.
kenapa mesti tudung itu yang digalakkan dan kasut hitam itu pula yang diwajibkan??
Mungkin anda akan berkata, "ikut Iman lah sys.. Nak ikut atau tak, itu kan pilihan sendiri.."
Aiwahhh. cuba fikir ye. Kalau ibu bapa didik anak-anak dengan perkataan "digalakkan bertudung" sedari kecil, agak-agaknya mana yang si kecil akan pilih ye? and then mana yang dia akan pilih untuk dijadikan gaya hidup seumur hidupnya sehingga dia berjumpa Abang Taufiq dan Kak Hidayah?
Berbanding pula dengan dengan ibu bapa yang didik anak dengan perkataan "WAJIB PAKAI TUDUNG"  sedari kecil, tentu dia telah ditanamkan dengan satu kenyataan yang tudung itu wajib. Tidak boleh tidak, kena pakai jugak. Dari situlah iman anak ini dikukuhkan.
Cuba renung lagi, jika anda diberi pilihan untuk bertudung atau tidak, anda akan pilih yang mana ya? baguslah jika iman kukuh dan anda memilih untuk bertudung. Tapi bagaimana dengan sesetengah golongan yang berfikiran,
"bertudung atau tak eh? boleh je tak bertudung.. kalau bertudung susah lagi nak seterika tudung lahh.. nak pin sana pin sini.."
see? padahal bila tengok kasut hitam, alamak , lupa polish lah.. sanggup turun naik tangga untuk pinjam polish kawan nak polish kasut. walawehhhh.
kita ambil contoh yang mudah , macam main bola bagi lelaki, tidak ada kewajipan untuk menutup lutut bukan bagi yang muslim? that why lelaki lebih memilih untuk begitu sahaja di padang dan menjadi tontonan umum. kalaulah government atau mana2 badan mewajibkan tutup lutut baru boleh berada di padang , semestinya para-para lelaki kaum axis Y kita tu bertutup aurat bukan?
Ini pandangan dan dari kaca mata saya . Kalau ada kesilapan perbetulkanlah saya. Saya bercakap hanya melalui pengalaman kerana saya sendiri pernah berada dalam situasi di mana saya diberi pilihan seperti itu. Dan saya dengan gagalnya memilih . Alhamdulillah saya terjumpa abang TAUFIQ dan kak HIDAYAH.  :) 


p/s : kaki tu tetap aurat jugak. tapi tak semestinya berkasut . :)
sama seperti tudung . mungkin lebih mudah untuk menggantikan statement di atas, "DIWAJIBKAN MENUTUP AURAT" tu yang pentingkan? dengan statement ni , takyah argue dah :) hewhewhew.


2 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah ana sokong usaha dakwah enti. Teruskan ya!!

Anonymous said...

Saya pon suka..nice and will take note..:-)