Friday 7 December 2012

Chapter 11



BAB 11


Pedulilah apa kata Taqwa ini kerja gila. Gila atau tak gila dia memang nak laksanakan. Dia takkan nak berdiam diri sampai hajatnya tak kesampaian. Malu tak malu, kena jugak beranikan diri. Kerana cinta dan untuk menghalalkannya dia kena melakukan ini. Nak tak nak! Ini aje caranya sebab si gadis tak approve friend request. Nak inbox direct tak dapat jugak. Maybe H square tu buat friends dia aje yang dapat inbox dia di facebook. Ya Allah pemudahkanlah.
Link group student di situ di klik. 
H Square a.k.a Humairah Hasni. Mahukah saudari menjadi zaujahku?
#please do not comment accept her.
Post.

Wajah diraup. DUP DAP DUP DAP. Mahu tertanggal jantung rasanya. Likers dah banyak dah. Makin bertambah. Nak dekat 20 dah. Aduhaii. Mesti mereka semua ni tengah tunggu balasan dari Humairah Hasni. Malu? Lantaklah. Mesti banyak yang nak comment. Tapi nasib dah letak tak suruh siapa-siapa komen kat situ. 
Berdebar dan rasa gemuruh yang sangat-sangat.

>Salam.
Eh. Ada orang chat. Imaan?
>Wassalam. Ada apa ye cik?
>Saya roomate Maira. Erk, I mean Humairah Hasni. Sir, are you serious with your post in the group?
>Yes. Seriously, I wanna make her as my zaujah. Where is she?
>Sleeping.
>? :'(
>Do you want me to wake her up?
>Sure!

"MAIRAA.."
Maira menggeliat malas. Maira memang selalu tidur awal. Sebab dia akan bangun tahajjud di tengah malam.
"Mairaa, kalau kau nak kau hidup lagi esok kau kena bangun. Ini soal hidup dan mati.."
Maira membuka mata kelat. Apasal pulak Imaan kali ni?
"Maira bangunn. Kau kena online sekarang jugak!"
Mata digosok. Mengantuk. Pening. Baru aje dia lelap. Dah kena bangunkan. Memang pening. 
"Maira. Wake up!"
"Apasal?"
Selimut yang menutup separuh tubuh Maira ditariknya. "Cepat. Log in. Nah. Aku dah bawak laptop dekat dengan kau. Aku dah siap masukkan emel kau. Tinggal masukkan password je lagi. Nanti biar aku yang log in kan."
Dalam keadaan separa sedar, Maira memasukkan password. Entah betul entah tidak.
Butang log in Imaan tekan. Password salah.
"Maira! Betul-betullah. Salah password yang kau masukkan."
Keyboard ditekan lagi memasukkan password.
Imaan menekan butang log in untuk kali kedua. Salah lagi.
"Mairaaaa! Boleh tak bangun betul-betul dan jangan tak sedar macam ni?"
Mengeluh. "Betullah apa yang aku masukkan tu. Jangan-jangan capslock tak?"
Imaan merenung laptop. "Haah. Capslock." Ketawa. "Maaf, Maira.. Nah. Masukkan lagi."
Tajam pandangan Maira. Imaan ni memeningkan orang tapi dia sendiri pening-pening lalat. Dia memasukkan password akaunnya sekali lagi.
Imaan tekan butang log in buat kali ketiga dan akhirnya berjaya. Dia segera pergi ke group student universiti mereka. Disuakan skrin laptop yang menunjukkan post Eman Han di group tersebut dekat dengan wajah Maira.
Maira cuba membaca dengan mata yang mengecil. Silau cahaya laptop.

H Square a.k.a Humairah Hasni. Mahukah saudari menjadi zaujahku?
#please do not comment accept her.

"Whuaatt??" Maira sedikit terjerit.
"He so serious, Maira.."
Astaghfirullah. Astaghfirullah. "Astaghfirullahalazim Imaan.. Lawak hape ke bendanya ni Imaan?"
"That's why aku suruh kau bangun.. dan online.. You should put a comment. Aku yakin bukan dia aje yang tunggu komen kau."
"Malu tahu tak?"
"Benda ni benda baik Maira..."
Ya Allah. Tunjukkanlah jalan Ya Allah. Ingatan menerpa pada lelaki di booth khat berminggu yang lepas. Lelaki yang tidak pernah lepas dari lantunan doanya. Ya Allah.. Lain yang dia harapkan, lain yang mendatang. Ya Allah.. Damaikanllah aku dengan ketentuanMu.
"Mairaa. Tarik nafas dan pleasee.. put a comment.."
Nafas ditarik dalam-dalam. Ya Allah bantu aku Ya Allah.. Tangan mula menaip komen.

>Saya?
Comment menjadi bahan like. Aduh.
>:) true. Awak. Uridul Jannah. 
Jadi bahan like jugak.
>Macam mana kenal saya dan saya kenal awak ke?
Laju tangan menaip. Yelah. Tak mungkin lelaki ni tak kenal dia. Tak mungkin lelaki ni nak melamar orang hentam kromo macam tu aje.

>Kenal.. kot. Err.. Saya yang ukir nama awak 'Humairah Hasni' di booth khat berminggu yang lepas.
Lelaki yang mengukir nama dia di booth khat??
Subhanallah. Ya Allah. Besarnya kuasaMu Ya Allah. Tiada kata yang mampu disusun saat ini. Sungguh . Jalan Allah tu luas . Tak kira dari arah mana. Imaan pula online guna laptopnya di atas meja. Mungkin memerhati apa yang jadi melalui laptopnya sendiri. Tidak mahu mengganggu barangkali.
>Subhanallah.
Sepatah kata itu mungkin dapat lelaki itu fahami jika dia selami.

>Alhamdulillah. Saya faham. Boleh tak approve friend request saya hari tu? Dan tolong inbox saya alamat family awak di Malaysia. ASAP.



1 comment:

riza said...

maaf.. ada pembetulan sikit.

sebenarnya 'except' bukannya 'accept'.

except = selain
accept = terima