Friday 8 February 2013

Kenapa aku mudah jatuh cinta , ya?


Tangannya menguis-nguis tanah dan rumput itu dicabut oleh tangan lembutnya.
"Eh, Masya-Allah... Maaf rumput.. Ya Allah , kesiannya dia. Dia tengah berzikir, akak cabut pulak dia. Maaf tau.."
Lalu tangannya mengusap lembut rumput-rumput yang lain.

Aku terasa masa terhenti seketika.
Mataku memandang dia.
Ada rasa yang sukarku mengerti.


Rasa cinta ini tak perlu disuarakan. Kerna kutahu dia mengerti.
Dia mengerti betapa aku cinta kepadanya.

Atas air mata yang mengalir dengan alunan suaranya,
Atas kenikmatan ayat-ayat suci yang diberi olehnya,
Atas kata-kata penguatnya.

Sehingga aku terlalu takut andai aku tidak dapat bersamanya di syurga nanti.
Sehingga aku terlalu takut andai aku yang tertinggal di belakang.

Duhai kakak yang aku cinta,
Ternyata rasa cinta ini manis ya?
Walau aku duakan , tigakan dan ribukan cinta ini pada ukhti yang lain, namun tiada cemburu bukan?
Malah itu kegembiraan buatmu, kerna aku mengenali lebih banyak bidadari syurga.
Yang juga akan menarik aku ke syurga. Inshaa Allah.

Macam kisah sahabat penjual wangian dan penjual besi itulah.
Jika kita bersahabat dengan penjual wangian, maka kita pun akan terkena tempias wangian itu.
Jika bersahabat dengan penjual besi,
Maka berbau besi lah kita. 

"Akak, Allah beri kita ujian nak tengok sama ada kita gagal atau tak kan?"
"Ye sayang.."
"Jadi kalau kita rasa kita gagal, kecewa tak habis-habis..Allah pandang kita seorang yang gagal ke kak?" nangis.

Senyum. "Sayang, adakalanya orang yang rasa begitu, dialah yang berjaya. Kerna apa, dia yang akan bangkit untuk lawan ujian itu kerna dia nampak dirinya yang gagal. Dan dia tidak mahu berterusan begitu. Dan ada pula orang yang rasakan dia berjaya dan tak gagal di mata Allah. Jadi dia tak move on. Tapi, tanpa dia sedari, dia gagal sebenarnya. Kerna tujuan ujian ALLAH itu untuk buat kita kuat. Bukan stay remain macam biasa. Kecewa dan menangis itu tak semestinya lemah, sayang.. Itulah yang kuat sayangg.."

Air mata jatuh lagi. Sungguh benar.

"Kenapa Allah uji kita? Sebab Allah nak cuit kita, sebab Allah selalu pandang kita, Dia nak main-main dengan kita.. Nak kita berkomunikasi dengan Dia. Dia nak tarik kita dari dunia. Nak kita sentiasa bersama Dia. Sebab dia sayangkan kita. Dia nak kita selalu bersama Dia.. Kalau diikutkan, Allah tak perlukan kita pun. Langsung tak perlukan kita. Sikit pun tak. Tapi kitalah yang Dia pilih untuk berdoa padaNya. Untuk terus bersamaNya dalam ujianNya.... Sweetkan Allah? Sweet sangat.. Sesangat sweet sweet sweet.."

Allahu. Allahu. Allahu.

"Akak nak nangis di bahu akak boleh?"tapi tak tersuarakan. Hanya bergema di dalam hati.
Yang mampu hanya jari yang menguis di kakinya.


Ya, aku teramat mudah jatuh cinta.
Jatuh cinta pada kalian yang sentiasa berpaksikan keimanan.
Terima kasih Allah kerana mempertemukan aku pada mereka.
Indah. siryes mereka indah <3 font="">

Semoga kita bertemu di syurga, ya.
Jangan pernah tinggalkan aku .




1 comment:

Unknown said...

ini kisah benar ke siri novel tu?

hmmm, kalau ksh benar, aliza untong sgt sbb ada kawan mcm ni. lembut. penyayang. hebat. shes a good friend, sgt sgt. jgn pernah leps dia, rugi. i dont even have one like her, i looking forward :D