Thursday 25 April 2013

Dandelion : Cerita 5


BAB 5
            “Whaa..a !!” Hana meraup wajahnya.
            Helenn sedikit tersentak dengan pekikan Hana. “Kau okey?”
            “Orang yang jumpa MP3 aku ni memang nak kena!” Hana mengepal penumbuk.
            “Kenapa pula? Bukan ke bagus dia dah balikkan hak milik kau?”
            “Bagus tu memang bagus. Tapi rasa terima kasih aku tu dah wash away sebab hilang semua lagu-lagu yang aku selalu dengar dalam ni tau. Boleh-boleh dia ganti dengan lima lagu zikir??”
            Helenn terasa seperti hendak ketawa. Tapi sedaya upaya cuba ditahannya agar Hana tidak berkecil hati. Dia terasa agak lucu juga dengan perbuatan si penemu MP3 Hana itu.
            “Geramnya aku! Dahlah aku tak ada backup untuk lagu-lagu aku tu semua..”
            Helenn tidak tahu mahu respo apa. “Err.. Download balik?”
            “Huh? Jenuh aku nak download beratus lagu tu semula. Haiz!”
            “Hana..”
            “Mmm??”
            “When you are angry, remain silent. Bukhari.”
            Errr..

            “Apasal muka tension??”
            Diam malas mahu menjawab.
            “Mulut pun muncung macam tikus mondok dah aku tengok.”
            Hana mengetap bibir geram. “Kalau kau nak buat aku makin tension, baik tak payah kacau lah!”
            Helmi angkat tangan ke udara. Tanda surrender. “Ok, tell me why?”
            “Tarapapa.”
            “Mana aje lah kalau kau tak nak bagitahu. Tapi mana headphone? Boleh pula berjauh dengan lagu-lagu tu? Bukan dah jumpa ke kelmarin lepas kau kata hilang tu?”
            “MP3 tu dah aku bungkus.”
            Huh?
            “Benda tu hilang dua hari lepas. Dan dijumpai semula. Tapi, you know what, semua lagu aku kena delete dan diganti dengan zikir-zikir terapi.”
            Helmi ketawa besar sampai sakit perutnya. “Orang tu nak kau insaf kot..”
            Hana melemprkan pandangan membunuh. “Dalam mood aku yang macam gunung berapi nak meletus ni, jangan buat lawak okey?”
            Err.. Helmi angkat tangan gaya surrender lagi. “Alaa.. tak ada backup file ke?”
            Kepala digeleng laju.
            “So, download je lah balik.”
            “Kalaulah men-download semua lagu tu semula ambil masa seminit dua taklah aku bising macam ni. Dengan line internet yang lembap tahap Ecdysis ni lagi. Setahun pun tak cukup kot nak download semua balik.”
            “Aku rasa yang jumpa MP3 kau tu budak-budak surau lelaki kot. Kalau perempuan yang jumpa aku tak rasa yang dorang berani nak delete semua dalam tu.”
            “Maybe..” Teringat pula ‘lebai surau’ yang menegurnya tempoh hari. Takkan dia kot?
            “You know what…” Jeda. Helmi mengeluarkan sehelai kertas dari failnya. “I found something interesting..” Dihulurnya pada Hana.
            Hana menyambut. “Whoa. Interesting! Nak bawak siapa jadi partner?”
            Err… “You?”
            Matanya membesar. “No way!”
            “Please.. Please say yes.”
            “Gila!”
            Helmi menggaru kepalanya. “Gila tak gila.. Aku rasa dengan kau je aku boleh in untuk bawak lagu ni..”
            Eh? “Lagu apa konon?”
            “Hear Me Now – Secondhand Serenade. Mesti kau tahu punya.”
            “No way, Helmi. Menyanyi?! Simpang malaikat empat puluh empat. Memang tak akan.”
            “Aku teringin..”
            “So, pergilah. Aku tak hingin.” Hana mengembalikan helaian kertas tadi.
            Helmi mengambil lemah. Kalau sudahnya Hana kata tak nak, tak nak jugaklah jawabnya. Tapi dia teringin betul mahu membawa lagu itu di hadapan orang bersama Hana. Tak tahu mengapa hanya Hana yang dia boleh in untuk bawa lagu tu. By hook or by crook, dia kena ikut jugak. And no matter what, Hana akan jadi partner nya. Titik.
           
  1.             ... Previous / Next ...

No comments: