Saturday 18 May 2013

Iman Farhana.

Kau minta kutuliskan sebuah bingkisan tentang dirimu. Dan hari ini entah hari ke berapa permintaan itu tergantung tanpa dipenuhi. Kerana setiap kali aku ingin mula menulis tentang dirimu, aku terasa seperti menulis karangan 'aku sebuah basikal' macam zaman sekolah rendah dahulu.



Skema.



Dan kau tentu tahu aku bagaimana bukan? Aku tak suka pada benda yang skema. Bagi aku hidup ini mengapa harus skema dengan hukum manusia yang buat jiwa sakit. Ikut piawaian Tuhan sudah cukup bagi aku.

Iman Farhana.
Kau tahu aku suka namamu? Pertama aku jumpa namamu di dalam sebuah novel yang aku sudah lupa apa tajuknya. Kedua, aku jumpa namamu pada nama teman sekolah menengah ku. Tetapi dia lelaki. Namanya Nur Iman. Ketiga, aku jumpa namamu juga pada nama manusia lain iaitu seniorku semasa di Matrikulasi. Dan dia juga lelaki. Aku kenal dia, tapi dia tidak kenal aku. Aku tahu dia, tapi dia tidak tahu aku.
Seingat aku, kita kenal melalui Murobbi kita juga kan? Tapi aku lebih kenal dengan dirimu di dalam bas. Hahaa. Bas juga sekali lagi jadi tempat aku jatuh cinta. Tentu kau ingat tanpa perlu aku cerita bukan?

Iman Farhana yang manis.
Kau tahu kenapa aku kata kau manis? (Aku tahu kau sedang tersenyum saat ini) Kau manis kerana kau punya tanda di wajah. Tanda apa kau tanya? Nanti sahaja aku bisikkan bila kita bertemu. Kalau aku tulis di sini juga, nescaya kau jadi malu. Ya, Iman Farhana yang pemalu.

Iman Farhana yang baik hati.
Aku bukan malaikat. Aku tak mampu menilai sejauh mana hatimu. Tapi, aku lihat luaranmu baik, bukankah itu berarti dalamannya juga InsyaAllah baik? Macam orang membeli buah di Pasar Tanjung Malim.. Orang mesti lihat pada luarannya atau menghidunya bukan untuk tahu sama ada ia baik atau buruk? Kau tahu apa yang aku lihat baik itu?
Kau ingat masa hari pengumuman pemenang Penulisan Ilmiah? Kau dapat dan aku tak dapat. Kau faham aku walaupun aku sebenarnya cool lepak santai sahaja. Tapi kau bawa aku lari dari suasana itu. Kau bawa aku duduk di bawah pohon dan kita sama-sama mendengar alunan bacaan ayat suci Quran yang merdu dari seseorang. Siapa? Aku rasa kau tahu dalam diammu. Dan sepertinya aku juga tahu siapa orang itu.
Kau minta aku membuka hadiahmu bersama. Kau robek hujung sebelah kanan dan aku carik hujung sebelah kiri. Kau sweet, Iman.

Iman Farhana yang lembut.
Kau tahu, aku baru sahaja menonton drama korea. Flower boys in a Rameyeon Shop. Ba Wool ini suka seorang wanita namanya Yoon So Yi. Dia kata Yoon So Yi ini lembut macam lili putih. Kau tahu, aku juga merasa kau seperti lili putih. Kalau aku katakan pada semua yang kau ini lembut orangnya, aku yakin dan pasti yang semua akan mengangguk setuju. Tanpa ada yang menggeleng.

Iman Farhana yang jujur.
Jika kau tanya jujurmu di mana? Aku akan katakan jujurmu bila kau mengantuk. Hahaa. Kenapa? Kerna kau akan kata, kau mahu pulang ke bilik untuk tidur tanpa berselindung.

Kalau diberi masa sehari pun aku rasa belum tentu cukup untuk bercerita tentangmu. Jangan kata ini sahaja dari aku. Terlalu banyak untuk aku coretkan apa yang aku rasa dalam hati ini. Tapi mungkin pada siri yang lainnya. Aku harap,aku berjaya kotakan janji penuhi permintaanmu. Maaf, andai ada yang tidak kau sukai.

Je' Taime , Iman Farhana.

1 comment:

Iman Farhana Binti Mohd Fadzil Muin said...

Liza,, terima kasih. :,) xtahu nak kata apa, sbb ukhwah ini, terlalu indah.. :,)