Saturday 6 July 2013

Kau silap besar.


Kalau kau rasa kau cukup dan lebih baik dengan tudung labuhmu, maka kau silap besar.




Di merata-rata ada sahaja si pemakai tudung labuh,
Dan kau lihat tudungnya yang dibuai-buai angin,

Kau rasa dia insan solehah,
Kau rasa dia lemah lembut,


Dan kau lihat diri kau sendiri,
Memakai pakaian yang sama sepertinya,


Dan kau merasa,

Kau juga tentunya solehah sepertinya di mata manusia,
Kau juga tentunya lemah lembut sepertinya di mata manusia.


Aduh, begitu lemahnya ya cara penilaian kau.
Malaikat pun menggeleng kepala atas nilaianmu yang melebihi nilaian mereka.


Kau,
Kau insan kerdil,
Kau insan yang silap besar.


No comments: