Wednesday 4 September 2013

Erti Hidup (Penangkapan Kelawar)



Dua malam yang mungkin memenatkan,
Dua malam yang mungkin menegangkan,

 Menaikkan mistnet dengan bekalan doa dan harapan.
Menunggu seekor dua kelawar menyerah diri dari petang hingga ke pagi dengan bekalan kesabaran.



Tapi hasilnya kosong.




tiada apa-apa..




lalu ada yang mengeluh,
bukan dari sesiapa,
tapi dari aku sendiri,



lalu ada yang mengingatkan,


"Kau tahu? 
...macam inilah kehidupan nelayan."


Diam.
Betul.
Betul yang sebenar-benarnya.


Cuma nelayan itu risikonya tinggi sekali,
Cubaannya juga berkali-kali,
Dari kami yang hanya mencuba dua kali,
Lalu begitu mudah menyerah dan lali.


Nelayan itu jika tidak turun ke laut kembali,
Hidupnya mungkin kais petang makan petang kais pagi makan pagi,
Dan kami jika tidak meredah hutan kembali,
Tidaklah mungkin tergadai nyawa dengan markah yang mungkin tidak tinggi.

Mungkin kita ini biasa hidup mewah,
Bukan mewah yang sekadar cukup-cukup sahaja tetapi mewah yang melimpah ruah,
Sehingga kita terlalu susah untuk bersusah payah,
Semuanya kerana, 'Tak apa kan ada ibu dan ayah?'

Pandanglah dengan hati,


'Jangan sampai malam yang gelap gelita,
Membuat hati kita buta.'



p/s : Sorry if kerja ini menyusahkan kita se 'group'. Mungkin aku orang yang patut dituding jari.







No comments: