Thursday 10 April 2014

Pembaca, tunggu aku ya? :')

Kau tahu?
Niat nombor duaku menulis (jangan ditanya niatku yang nombor satu) adalah kerana aku ini pencinta bahasa. Bahasa Melayu dan serumpunnya.

Kau tahu?
Aku amat menyanjungi Abang Tere Liye, Abang Andrea Hirata, Kak Dewi Lestari, dan tentunya A Samad Said, sasterawan kita sendiri.

Dan aku tahu banyak karyaku yang tertangguh sampai membuatkan ada yang merasa sebal kerana tertunggu-tunggu. Maaf ya.

Ada yang sudah siap sampai titik yang terakhir, ada yang sudah siap separuh, tapi setelah membacanya, aku akan memadam kesemuanya. Hobi barangkali ya memadam semua itu? Hahaa.

Bukan. Tapi aku akan merasa apa yang kutulis itu semuanya stereotaip, klise, mengada-ngada dan menggedik dengan bahasa 'murah'. Jadi solusinya, aku padam dan aku mulakan sekali lagi. Dan proses itu tidak berlaku sekali, malah berkali-kali.

Walaupun aku tidak punya buku lagi yang diterbitkan, tapi aku tahu.... sudah ada yang menunggu-nunggu. Dan aku amat terharu akan itu. Dan asal kamu tahu ya, kamu itu peniup dan pembakar semangatku.

Aku yakin, novel kali ini, yang aku beri tajuk, LUKISAN, pasti akan sampai di titik yang terakhir dan tidak akan aku padam sesuka hati. Kerna nilai karyaku yang satu ini agak 'mahal'. Manakan tidak, tempat di mana aku jadikan latar untuk cerita ini, aku sendiri pergi ke tempat itu untuk mendapatkan aura.

Dan aku amat berterima kasih pada 'si pembawa' :) Terima kasih kalau kau membaca ini.

Pembaca, tunggu aku ya :')

No comments: