Friday, 12 September 2014

Bittersweet.

My hope.
For us.



Saya nak jadi perempuan tu,
Perempuan yang selalu lupa dekat mana dia letak barang
Cuak tak tentu pasal bila dapat tahu awak demam
Salahkan batu kalau tiba-tiba tersadung depan awak
Lap peluh dekat dahi awak dengan kain lap meja
Menipu masa main monopoly dan buat-buat ketawa kalau awak buat lawak bodoh
Kalahkan awak dalam 21 Questions Game
Melayan awak yang menggedik-gedik
Buat muka bersalah masa awak marah
Tarik rambut awak bila-bila awak taknak mengalah
Fikir kenapa hanya ada sepuluh jenis nombor sama-sama
Pura-pura tidur bila nampak awak datang
Lumba basikal roda tiga turun bukit terjun longkang
Paksa awak makan telur dadar masin
Berlagak comel depan kawan-kawan awak
Senyum lebar bila awak cemburu
Berjaga malam tunggu awak telefon sehari seminggu
Ingatkan awak baca doa bila bangun tidur
Cebik bibir bila awak cakap awak rindu
Rasa seram sejuk pertama kali salam mami awak
Email good luck cardssss sepanjang minggu exam awak
Cipta puisi untuk awak seorang
Nak awak ada dekat dengan saya masa saya sedih
Kalau boleh, saya nak tua sama-sama dengan awak
Terima awak seadanya
Saya nak jadi perempuan tu
Perempuan yang biasa-biasa saja tapi cuba untuk jadi sempurna di mata awak
Perempuan yang cuai dan lurus bendul
Yang sentiasa gembirakan dan tenangkan hati awak
Sentiasa redha terima baik dan buruk awak
Sentiasa mengharapkan restu dan keberkatan untuk awak dan saya
Perempuan yang juga kawan paling terbaik awak pernah ada
Yang memberikan sebahagian besar hati saya pada awak
Perempuan yang baik untuk awak
Bukan sekadar menyenangkan malah juga menyusahkan awak.

- Versus -

He said;
Saya nak jadi lelaki tu
Lelaki yang garu kepala bila buat salah
Gelabah belikan handyplast kalau tangan awak luka
Payungkan awak dengan tangan masa redah hujan
Angkat kipas kedai mamak untuk sejukkan awak bila matahari terik
Main tekasilangkata merepek dan buat lawak bodoh semata-mata nak tengok awak ketawa
Lawan tahan pejam mata, melayan awak yang mengada-ngada
Buat-buat garang kalau awak degil
Cubit hidung awak bila-bila awak nakal
Fikirkan huruf apa lepas Z sama-sama
Pura-pura merajuk masa awak konon jual mahal
Bawa pusing roundabout tujuh lapan kali dengan vespa kesayangan saya
Sabotaj telur dadar awak dengan garam
Asingkan udang dalam mee goreng awak
Berlagak macho depan kawan-kawan awak
Ketawa bila awak cemburu
Telefon setiap 30 minit sekali walaupun cakap tak sampai 5 minit
Ingatkan awak baca doa sebelum tidur
Angkat kening bila awak cakap awak rindu
Menggigil kali pertama jumpa mak ayah awak
Tak tidur malam untuk kejut awak bangun study
Nyanyikan lagu untuk awak seorang. Ada dekat dengan awak masa awak sedih
Kalau boleh, saya nak duduk sebelah awak masa ajal tiba
Terima awak seadanya
Saya nak jadi lelaki tu
Lelaki yang banyak kekurangan dan tak pernah sempurna
Lelaki yang naif dan selalu menangis
Yang sentiasa jaga dan lindungi awak
Sentiasa berusaha memenangi hati awak
Sentiasa mengharapkan restu dan keberkatan untuk awak dan saya
Lelaki yang juga kawan paling terhebat awak pernah ada
Yang memiliki sebahagian besar hati awak
Lelaki yang awak senangi
Bukan sekadar sayang tapi juga yang awak benci.

7 comments:

Rini Zarina said...

<3

Bazlia Amoza said...

salam perkenalan..bw here...

www.bazliaamoza.com

Fatin Farhanah said...

nice. what we call this? sajak?

http://nurinafarhana.blogspot.com

Budak Perempuan Biasa said...

hahaha cute

Nur Izzah Samsudin said...

Salam perkenalan...

http://izzahpermatahati.blogspot.com/

nur as said...

Best! hehe

Anonymous said...

Love it!!