BAB 4
Mata Hana berkalih dari baris-baris
ayat Remember Me-Sophie Kinsella ke
arah Helenn yang baru membuka pintu dari luar. Gadis itu baru sahaja balik.
“Kenapa muka gembira sangat,
Helenn?”
“Gembira untuk kau..” Senyum Helenn
melebar. Beg sandang dilempar lembut di atas katil.
Kecil mata Hana. “Blurlah. Kenapa pulak nak gembira untuk
aku?”
“Rasa-rasanya aku terjumpa MP3 kau
yang hilang kelmarin tu.”
Mata Hana bercahaya. “Really?? Mana??”
“Err..
Sorry. Aku tak ambil sebab tak sure
itu kau punya. MP3 Sony Walkman hitam plus merah jambu tu ek?” Tudung dibuka
dan digantung dengan hanger.
“Aku punya lah tu. Kat mana ? Biar
aku pergi ambil sekarang..” Laju Hana berdiri.
“Dekat notice board surau.”
“Whuattt?”
Rahangnya jatuh. Ini tak masuk dek akal langsung. Macam mana MP3 itu boleh ada
di surau sedangkan dia sendiri tidak pernah menjejakkan kaki sana?
“Kenapa respon macam tu pula?”
“Helenn. Kau tahu kan aku tak pernah
jejak kaki ke surau. Kecuali masa orientasi dulu tu aje. Macam mana pulak MP3
tu boleh ada di notice board surau?
Pelik betullah.”
Helenn menjungkit bahu. “Mungkin
orang jumpa MP3 kau tu dekat mana-mana kot. Lepas tu dia tak tahu macam mana
nak kembalikan pada tuan dia.. Then, dia letak je kat notice board surau.”
“Mungkin jugak…. Tapi bukannya tak
ada notice board umum dekat laluan
beratap menuju ke dewan kuliah tu? Kenapa mesti diletak di surau jugak?”
“Tak tahulah, Hana. Malam karang aku
ada meeting kat surau. Kalau kau nak, aku boleh je ambilkan untuk kau”
“Eh, tak payahlah susah-susah.. Biar
aku je yang ambil. Aku kena ambil jugak sekarang. Notice board sebelah mana?”
“Betul ni?”
Sebelah
yang paling luar. Yang muslimin dan musimat semua boleh tengok.”
MP3 aku dah dijumpai.
Now tergantung di notice board surau. I was like ‘whoaa’? Surau?-Hana
Butang send ditekan dan mesej itu
dihantar pada Helmi.
Hana menyarungkan tudung
‘segera’nya. “Anyway, thanks Helenn..”
“Tara hal..” dia menghantar Hana ke
pintu dengan pandangan.
Hana
membuka kasut yang menyarung kakinya dan meletakkannya di tepi tangga
bersama kasut-kasut yang lain. Kalau Krun melihat dia melangkah ke surau ini,
sudah tentu jadi bahan ketawa Entah-entah sehari pun tak habis dia gelakkan.
Bukan apa, tak pernah-pernah dia ke surau selama dia hidup di kolej ini. Tiba-tiba
hari ini, mukanya ada pula di surau.
Terhendap-hendap kakinya melangkah
di atas lantai surau. Macam gaya perisik pun ada. Bimbang juga ada Kak Wanaa,
Kak Huda ataupun Kak Wati. Silap hari bulan, mereka bawa untuk berkampung di
surau ini juga.
Tujuannya hanya satu, Notice Board di mana MP3 nya digantung.
Ramai juga yang ‘berkampung’ di
surau dekat-dekat tengah hari macam ni. Sayup-sayup kedengaran lantunan ayat
suci dari bahagian muslimin berselang seli dengan gelak kecil di bahagian
perempuan. Damai. Lain benar suasana dengan surau di sekolah menengah
berasramanya dahulu. Jauh beza.
Heh Hana! Ke surau untuk ambil MP3
sahaja. Bukan melihat ke sana-sini. Bukan memerhati itu ini.
Bacaannnya
terhenti di Surah Al-A’raf ayat ke 127. Diingatnya
di dalam hati sebelum kitab itu ditutup lalu diletaknya di rak tepi dinding.
Matanya beralih dari barisan ayat-ayat suci ke arah gadis yang menghampiri
notice board di bahagian luar surau. Perlahan gadis itu membuka pintu slide
notice board dan mengambil MP3 Sony Walkman miliknya mungkin.
‘Dia rupanya pemilik MP3 itu,’
Taqwaa bermonolog sendirian. Senyum terukir.
Gadis pemilik MP3 itu menutup semula
pintu sliding yang menutup notice board bagi melindungi kertas-kertas tazkirah,
pengumuman, memo dan sebagainya dari ditiup angin ataupun terkena tempias
hujan.
Taqwaa lantas berdiri dan mengejar
gadis yang sudahpun berada di anak tangga tempat dia meletakkan kasutnya.
“Ukhti!!” panggilnya.
Hana tidak jadi menyarungkan
kasutnya Lelaki berpakaian melayu maroon berseluar jeans dengan songkok hitam
di kepalanya itu datang menghampiri. Lebai surau itu memanggilnya kah? Dengan
panggilan ukhti?
“Ukhti..”
Hana menoleh ke belakang. Tidak ada
sesiapa. Sahlah dia yang dipanggil ‘ukhti’ oleh lelaki itu. “Saya?” Hana
menunjuk dirinya sendiri.
“Na’am. Entilah..”
Erk? Berbahasa arab pula. Tersilap
orang lelaki ini.. “Pardon?”
Senyum. “Ya. Kamulah.”
“Kenapa?” Hana mengerutkan dahinya.
Taqwaa menggaru belakang kepalanya
yang tidak gatal. “Maaf ya. Ana sekadar ingin menegur.”
Ber’ana’ pula? Ingat ini negara Arab apa? Tegur apa pula kali ni? Dia
ada buat salah ke?
“Ukhti, Di sini tempat masuk untuk muslimin. Dan juga tempat letak kasut
untuk muslimin. Lagi manis kalau ukhti melalui pintu dan jalan belakang juga
meletakkan kasut ukhti di sana.”
Mata jatuh ke anak tangga. Memerhati kasut-kasut yang tersusun berderet
di atas tangga. Ya, semuanya kasut lelaki! Malu. Macam manalah dia boleh lupa
yang ini jalan masuk untuk kaum axis Y? Aduh! Rasanya mahu tergolek-golek jatuh
di atas tangga ini ditembak oleh teguran ‘lebai surau’ itu. Memang obvious
sangatlah jarang datang ke surau ini. Aduh!
“Janganlah buat muka kelat macam tu pula.”
“Err.. Baiklah ustaz! Nanti kalau saya datang lagi, saya lalu pintu
belakang ya?”
Errkk? Ustaz? Suka hati aje panggil dia Ustaz. “Datanglah. Jangan
segan-segan.”
Hana menyarungkan kasutnya. Cepat-cepat dia berlalu dari surau itu.
No comments:
Post a Comment