Pensyarah belum masuk-masuk juga.
Dan mungkin tak akan masuk hingga ke akhir masa. Headphone masih di telinga. Nightmare
- Secondhand Serenade bermain berdentum-dentum di telinganya, Jari-jemari juga
turut mnegetuk-ngetuk paha mengikut rentak muzik.
“Miss..”
Kerusi
diketuk dari belakang. Imaan segera menoleh. Isyarat ‘Headphone downs’ dari lelaki berbaju kemeja ungu lembut itu terus
sampai diotanya lalu diproses segera dan menyampaikan kepada tangannya untuk
bertindak melepaskan headphonenya buat seketika.
“Miss tak pekak ke dengar lagu volume tahap tak ingat dunia? Saya kat
belakang ni pun boleh dengar tahu? Saya panggil miss dari tadi pun miss
tak dengar. Ke miss pura-pura tak
dengar?”
Mata
Hana mengecil bersedia memancarkan sinar cahaya laser ultraman. Tak kenal tak tahu nama pun sudah mahu menyakiti hati
orang?? Wajahnya mulai memerah menahan geram.
“Sekadar
tegur aje miss. Kalau ye pun, tak payah nak buat pandangan
nuklear nak meletup tu. Seram tahu?”
Hana
mengetap bibir. Geram!
Mamat
baju ungu muda itu melompat ke kerusi sebelah Hana yang kosong. Nak pindah
kerusi pun nak buat gaya flipback skate tu apasal?? Gaya ala-ala Jackie Chan
beraksi tapi tak menjadi pun ada juga. Kasihan. Hana buat tak tahu.
“Nama
apa miss?”
Haila.
Mamat ni laa. Salah masuk kolej kut. Patutnya mamat romeo yang macam ni
pergi masuk kolej di Texas sana. Baru padan dengan kasanova dia. Ini masuk sini
apahal. Sesat kot.
“Do you hear me miss? Nama apa?”
Imaan
memandang lelaki itu gaya mahu menelan. “Untuk tahu nama saya itu satu kehendak
atau satu keperluan?”
Gulp. Lelaki itu menelan liur. Boleh
tahan keras gadis ini. “Keperluan!” Jawabnya berani. Kalau dia si singa
betina,aku boleh jadi si singa jantan.
Amboi,
berani betul dia menjawab! “Perlu untuk apa?”
“Errr..”
“Kalau
perlu untuk mengurat atau saja usha-usha,
kirim salam awal-awal. Saya tak hingin.”
“Eh. Miss..”
“I’m dead serious. Kalau nak kenal untuk
bergula-gula.. Maaf bukan saya. Go find
another chicks.”
“Err.. Miss.. Actually nak tahu nama miss sebab nak balikkan kad pelajar miss yang jatuh. Saya kutip dari
belakang. Need to know your name to be
sure this card is really yours. Gambar macam miss tapi macam bukan juga.”
Haa??
Segera tangannya meraba bawah tudung mencari kad pelajarnya. Tak ada! Seriously
rasa mahu bersembunyi di bawah kerusi sekarang juga.
Lelaki
itu ketawa kecil melihat wajah Hana yang mulai kemerahan menahan malu. Kalut
gayanya gadis itu. “Hana Illyana?”
Hana
menoleh. “Bawak sini!” Terus
dirampasnya kad pelajar di tangan lelaki itu. Aduh! Rasa muka ni dah tebal
macam buku referens Success Biology masa zaman SPM dulu-dulu. “So, dapat moral
valuenya di sini? Kurang-kurangkan lah ye
negative thinking tu.”
Hana
sekadar diam. Geram. Tapi dia malu.
“I’m just saying.”
“Sorry.” Tutur Hana perlahan. Walau
apapun, dia tahu dia bersalah. Garang tak tentu pasal.
Lelaki
itu mengukir senyuman tanda tarapapa. “Helmi.”
Hana angkat kening double jerk. “What hell? Hell.. mi ?”
Perempuan
inilah.. Macam nak kena siku pun ada. Sesedap nama orang Helmi dia kata Hell mi?
“Kuantan.”
Helmi
pula angkat kening. Tak sangka perempuan itu pun ingin melanjutkan perkenalan.
“Seremban.”
“Nineteen.”
“Twenty.”
No comments:
Post a Comment