Sunday 11 March 2012

bantulah LIMBANG khususnya .

bismillah.
kekesalan itu datang lagi dan menghapus semua kebanggaan yang terteguh di hati akan bandar yang kurasa damai buat satu ketika.
Limbang.


Sebuah daerah di negeri Sarawak.
Sarawak bumi kenyalang.
Sebuah daerah yang kurasa masih banyak hutannya jika dibandingkan bangunan-bangunan yang menggapai langit.
Bukankah itu bisa dikatakan daerah ini masih suci dan dara dari pembangunan dan kemajuan jika dibandingkan dengan negeri-negeri di semenanjung sana.Tapi itu bukan bermakna aku cemburu melihat pembangunan di sana. Daerah ini, yang jauh dari pembangunan seharusnya jauh juga dari kemungkaran. Tapi mengapakah harusnya daerah yang dulu sehingga kini aku cintai di bawa arus kebaratan yang begitu dahsyat?

kenapa ?
kenapa ?
dan kenapa ?


Mungkin aku cemburu dengan Negeri-negeri di semenanjung sana.
Tapi aku bukan cemburu pada KLIA, tidak juga KLCC, jauh sekali Alamanada, Pavillion, dan yang sewaktu dengannya.
Tapi aku cemburu pada sesuatu di sana yang tiada di sini.
Ustaz Azhar Idrus- Ustaz yang membuat satu fenomena di dunia Islam di Malaysia.

dan banyak lagi bukan?

Tapi jika ditanya muda mudi di sini,
Apakah mereka tahu siapa Ustaz Azhar Idrus?
Apakah mereka tahu apakah itu Dauroh, Halaqah, Usrah?


dan mereka hanya menjawab dengan gelengan.
Semudah dan sesimple itu jawapan mereka.
Tapi begitu menyayat hatiku dan kekecewaan ku sudah tentunya meningkat.

Apa sahaja yang mereka tahu?
Kecantikan Yuri dalam SNSD
Baby baby baby pada Justin Bieber.


dan aku , insan yang kerdil ini ingin berbuat sesuatu.
Tapi apa yang aku ada?
Apa yang aku bisa lakukan hanya dengan semangat yang berkobar ini yang mungkin sekali aku dijatuhkan semangat itu mungkin akan pecah berkeping-keping.
Tidak.
Aku bukan tidak cukup kuat untuk itu.
Tidak.
Aku bukan selemah itu.
Tapi,
Aku perlukan rakan untuk bersama denganku.
Yang berjuang Fisabilillah bersamaku.


Sungguh tidak mungkin jika aku seorang menegakkan syiar di dalam masyarakat yang beribu-ribu ini.


Sungguh aku kesal.
Manusia-manusia korporat yang memegang jawatan tinggi itu juga Materi.
kenapa aku menyatakan sedemikian?

kerana apa yang mereka beri bukan seperti kehendakku.
Mereka datang ke daerah ini dan membantu untuk memajukan usahawan.
Mereka datang untuk memberi bantuan kewangan.
Mereka datang untuk memberi hiburan untuk hati kami yang resah.

Sedangkan apakah mereka tahu?
Bukan itu yang bumi ini mahu sebenarnya.

Bukan karnival Mara Uptown yang menjanjikan keuntungan lumayan buat usahawan.
Bukan juga bantuan kewangan RM500 yang bukan tentu digunakan di jalan yang betul.
Bukan hiburan yang membawa kepada kemaksiatan.

Sungguh aku rasa bukan itu.

Terlalu payah kah mereka menganjurkan majlis-majlis agama?
Kem-kem Islam untuk para remaja?
Dauroh untuk tingkatkan thaqafah?
Usrah yang mampu mengeratkan persaudaraan sesama Islam yang kekuatanya mampu merobohkan Amerika Syarikat jika kita benar-benar mahu?
Halaqah yang mampu menyedarkan dan menimbulkan keinsafan di hati-hati yang dahagakan kasih sayang dan redha Illahi.


terlalu payahkah??


ketahuilah.
aku sangat cemburu dengan apa yang disebarkan oleh pendakwah di semenanjung sana.
aku sangat cemburu melihat ramai remaja yang berhijrah ke arah kebaikan di semenanjung sana.
asku sangat cemburu melihat ceramah, dauroh, halaqah yang diadakan di sana.
aku sangat cemburu melihat institusi keluarga yang begitu mantap di sana.


bantulah kami di sini.
Kami bukan jahil.
Tapi kami tidak tahu dan tiada pendedahan.
Bukankah kami juga rakyat Malaysia walaupun kita dipisahkan oleh laut?
sanggupkah kalian melihat minda kami dijajah dengan anasir barat?
tegakah kalian melihat kami menjadi hamba kepada nafsu?
mahukah kalian melihat saudara kalian ini menjadi penghuni neraka jahannam?


bantulah kami.
bantulah kami.
bantulah kami.

5 comments:

sot said...

wah.. best . yg bab ada snsd tu haha tegelak plak .. wahahaha

Aliza Nuraini said...

:) haha . syukran . asal nama sot ? isy isy isy . haha

Unknown said...

chaiyok. mulakan denagn kawan yg terdekat dulu. insyaALLAH boleh ;D

Aliza Nuraini said...

syukran wan aidil :)

Toro said...

jadi org semenanjung best. ramai ustaz yg boleh berbicara menyampaikan kuliah. and satu lagi ustaz yg best, Ustaz Kazim. seorang guru di sekolah agama rakyat. ana suka cara beliau berceramah