Tuesday, 13 March 2012

deactivate facebook , blog

bismillah dan salam alaik.

entry kali ini bukanlah suatu seruan ataupun ajakan manis untuk deactivate segala macam wadah internet yang -memang-kita-dah-addict-tapi-kita-je-tak-nak-ngaku-
entry ini lebih kepada seperti biasa , mintak pendapat ... dan aku sebenarnya mahu meleraikan kekusutan di minda .

"banyak persoalan yang meraja di minda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja"       -najwa latiff-
aku terdetik untuk memadam semua wadah internet ini.
aku ulangi .. MEMADAM.
tapi
tapi
tapi


you now as well ,
di mana aku kenal rakan-rakan yang tinggi thaqafah kalau bukan di facebook?
di mana aku rajin baca ilmu-ilmu atau cerita2 yg begitu banyak pengajaran kalau bukan di facebook?
di mana aku mampu bertanya itu ini jika ada persoalan yang perlu aku ketahui jawapannya kalau bukan di facebook?

dan

di mana aku dapat tazkirah-tazkirah kalau bukan di blog yang begitu menarik?
di mana aku dapat membaca saranan2 untuk menjadi wanita solehah kalau bukan di blog yang begitu menarik?


tapi kini aku menyedari yang ia mungkin hanya alasan ...

bukankah ada buku untuk dibaca. yang mana ilmu pengisiannya lebih mendalam?
bukankah usrah, dan dauroh itu mampu menjadi tempat untuk mencari sahabat yang tinggi thaqafahnya?
bukankah Al-Quran dan maknanya itu lebih membawa hikmah dan boleh dijadikan tempat bacaan kisah-kisah menarik?
bukankah Al-quran itu boleh dijadikan tempat rujukan saranan-saranan yang lebih jelas ?



dan aku memberi alasan lagi....



kalau diberi buku dan komputer , kanak-kanak sudah tentunya memilih komputer bukan?
kalau diberi pilihan untuk membaca tulisan yang tiada gerakan ataupun tulisan yang menggunakan animasi lagi bewarna-warni lagi dihiasi , sudah tentunya kanak-kanak memilih yang beranimasi yang sudah tentunya lagi menarik bukan?


dan bagi aku , jika di buku , kalau ada sesuatu yang kita kurang faham , pada siapakah kita hendak bertanya?
ibu bapa ? orait .
tapi jika ibu bapa itu sendiri tidak mengetahui jawapannya?
bukankah lebih senang dengan ilmu yang di post pada status orang dan jika kita tidak faham , kita boleh komen directly ?


okey , itu mungkin alasan .


tapi ,
internet nikmat umat akhir zaman (aku petik dari Ustaz Azhar Idrus)
idola ku itu juga mengatakan sedemikian. dan aku pun tersenyum .




dan mungkin ini jawapan terbaik.
MUNGKIN. (menandakan aku juga perlu pendapat kalian)


a) facebook dan blog adalah satu wadah yahudi untuk melalaikan kita means kalau kita ada benda-benda ni kita macam memberi sokongan pada yahudi ye dak?
-just maybe. tapi kalau kita fikir dua kali , mereka yang buat semua ni. bersusah payah buat semua ni. tapi kalau kita guna untuk dakwah dan gerakan islah , dan mampu menarik bukan sahaja orang Islam malah bukan Islam juga bukankah aim yahudi untuk melalaikan kita itu tidak tercapai malah yang sebaliknya pula berlaku. renungkan siapa yang rugi dan dirugikan di sini.

b)  facebook dan blog melalaikan !
-errr . yang ni mungkin .  . kita muslim , dan kawan kita tentunya banyak muslim orait? so , bayangkan waktu tuh tengah azan dan kita online... dan semmua muslim post mengingatkan saudaranya untuk solat , tergerak tak untu solat ? mestilah kan ? of course! bukan sahaja yang menunaikan solat itu dapat pahala, malah yang menyeru untuk solat itu juga dapat pahala.
kawan kita tak semestinya satu waktu solat dengan kita? hoyeah! mustahillah tak ada langsung kan? hewhewhew.

c) facebook dan blog menyesatkan.
-== . aku tak rasa pun . sbenarnya seperti kata UAI , "internet ni nikmat umat akhir zaman" yep , aku rasa itu betul ...nikmat untuk kita lah. kalau Air Asia cakap "EVERYONE CAN FLY" sepatutnya facebook dan blog cakap "EVERYONE CAN BERDAKWAH" jelas kan .

d) facebook dan blog buat dosa upload2 gambar sakan.
-memetik kata UAI lagi , "upload gambar tak salah. facebook itu dikira umum seperti kita keluar ke mana-mana tempat umum. dan seperti kita keluar ke mana-mana pun, wajib untuk kita menutup aurat. jadi , upload tak salah. cuma , gambar mesti yang tutup aurat dan niat bukan untuk menarik perhatian ajnabi sekadar untuk orang tahu itu kita."

kesimpulnnya ,
semua pun bergntung pada cara kita memakainya . sama jugak macam tudung . even tudung itu wajib , tapi bagaimana cara kita memakainya , kalau salah dan tidak menutup dada sama jugak kan ?

sebenarnya, aku rasa itu je point yang aku ada. tapi aku tak rasa semua betul .. so that , aku mintak banyak-banyak pendapat dari semua orang. if ada salah , tolong betulkan .... :')


segmen tazkirah :



عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ
 أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
 وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ
 وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Dari Anas r.a. Nabi s.a.w. sabdanya :
“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman.
 (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya.
 (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah.
(ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran
 sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”



2 comments:

sot said...

nice

Zack Hazze said...

btul2...boleh jee klau nk layan FB or Blog...tp kena betul laa cara penggunaannya...