Tuesday, 20 March 2012

hot issue : SPM


bismillah.
aku tahu hati kalian kini sedang dilanda ribut yang menggelorakan hati nurani kalian.
aku tahu tasik hati kalian berkocak dilempar berita tentang esok.
ya, esok!
dan aku tahu kalian diburu keresahan saat ini.
kita sama sahabat sekalian.
perasaan kita sama.
dan perasaan yang sama itulah yang menjalinkan ikhuwah kita.
membuat kita dekat dan mampu memahami sesama yang lain


aku tahu hati kalian mencongak.
congakan yang diaanggap mampu memberi kelegaan. Namun, apa benar?
bukankah congakan itu yang menambah kegerunan kalian?
bagiku , YA.


bukankah kalian mencari ketenteraman jiwa?
Lantas, perdengarkanlah firman Allah:




"Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah , hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."
surah Al-Ra'd : 28
 marilah jangan terlalu memikirkan esok.
marilah kita tenggelamkan diri untuk memikirlkan Allah.


"weh , macam mana tak nak fikir weh. Penentu hidup SPM tu."
MasyaAllah , sungguhlah kita ini kejam.
Bukankah Allah yang menentukan hidup kita?
Oleh itu untuk apa kita perlu bergantung harap pada SPM?


Allah telah berfirman :


"Perumpamaan orang yang meinta perlindungan selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah sekiranya kamu mengetahui."
surah Al-Ankabut : 41


Marilah kita letakkan Allah pada yang pertama.
Marilah kita pergantungkan pada Allah semata-mata.






marilah kita tadahkan doa dan berdoa bersam-sama . mari dengan sepenuh rasa rendah diri dan mengalah sebagai seorang muslim :




"Ya Allah sesungguhnya kuasaMu tiada tandingan. Ya Allah Kau tahu yang terbaik buatku. Jika keputusan yang cemerlang tebaik buatku maka Kau kurniakanlah itu buatku. Namun jika kau kurniakan keputusan yang sederhana, akan tetap kuterima dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Kerana aku tahu Kau tidak akan menjawab "TIDAK" untuk doa hambaMU. Melainkan "YA" atau "YA TAPI BUKAN SEKARANG" atau "KAU ADA PERANCANGAN YANG TERBAIK BUATKU" robbana atina fiddunya hasanah wafil akhiroti hasanah waqinna azabannar. Amin."
p/s : untuk ingatan diri sendiri. jika ada kesilapan, tegurlah agar boleh aku perbaiki. Aku menerima teguran.
Allahualam. All the best.






3 comments:

- [ Liya Saffura ] - said...

nice post. good luck btw. ^^

aliza nuraini said...

@- [ Liya Saffura ] - thanx . InsyaAllah . oodluck jugak

Eiyra Shahira said...

assalamualaikum.. info n kata2 yang pnuh bhikmah,, alhamdulillah..
:) jalan2 kat cini.. n follow juga :)