Wednesday, 21 March 2012

La Tahzan jika result tak ok.

bismillah.


and yes , aku buat entry baru pagi-pagi masa orang belum bangun.
lately aku memang mudah terbangun awal.
kenapa? 
aku ingat sebelum result je aku akan terbangun awal dan akan meminta pada yang Esa untuk result aku.


sebagai mana yang anda tahu, ya,,, keputusan aku 7A 2C.
bagaimana?


aku teramatlah gembira dengan result yang tak seberapa ni. sebab sebelum nih pun aku hanya pelajar yang di tengah-tengah sahaja . selalunyaa aku dapat A pun around 3, 4, 5 macam tuh.
Alhamdulillah. semuanya kita kembalikan pada Allah.


tapi, kerana janjinya, syaitan tak pernah berhenti dari menghasut manusia.
ujar si syaitan kepadaku : "eh, ada c??? kenapa tak  A terus? memalukan betullah. at least pun B laa."
dan aku pun mulalah menangis sebab aku menyesal dapat result macam ni.
mulalah aku memarahi segalanya tanpa berfikir ada banyak lagi yang sebertuah aku.




bukankah syaitan itu kejam?


tapi aku perasan kenapa Allah nak bagi aku 2c tuh.
aku perasan sebab Allah yang ilhamkan.


cuba renungkan sebentar wahai kawan-kawan. jika yang dua subjek lagi tuh aku A , Subhanallah. Aku akan bersyukur tahap gabanz dan akan selesa dgn apa yang aku dpt. untuk apply semua benda2 alah tuh , jgan risau high chance punyee.


adake aku nak bangun lagi untuk qiam dan solat dhuha tika matahari mendongak ke langit untuk memohon rezeki di dunia?
mampukah aku menjalani ibadah itu sedangkan jelas-jelas aku akan dapat apa yang aku nak jika yang dua subjek lagi tu A.
dan kerana itulah , yang dua subjek tu Allah bagi C. kira average kan? kira credit lah jugak kan? kira requirement last untuk asasi kan? 
dan dengan itu aku masih akan melakukan qiam dhuha dan segala bagai untuk mintak rezeki dpt sambung belajar tanpa perasaan selesa?


Bukankah itu satu hidayah dari Allah.
MasyaAllah. aku menangis menyedari kekhilafan ini.
Maafkan aku Ya Allah.


dan seterusnya, jika yang dua subjek tu Allah bagi A.


"Eh, kau dapat berapa Liza?"
"Stret A"


ataupun jika yang dua subjek lagi tu Allah bagi B.
"7A 2B"


"Waa, tahniah tau dapat keputusan cemerlang."
dan aku mungkin akan riak.
then , hadiah pun berlambak dari orang sekeliling.
dan puji-pujian pun terdengar dari sini sana.
dan riak tuh akan bertambah.




dan mungkin sebab tuh, Allah nak hindarkan aku dari perasaan riak n bagi c untuk 2 subjek lagi tuh.
Mungkin Allah nak slow down riak aku yang tak seberapa bagi 7A tuh dengan C yang aku dapat.


Subhanallah. Lepas sedar semua ni, aku terus tersentap. terus aku beristighfar berusaha membuang ketidaksyukuran di hati.




dan kawan-kawan tak kiralah apa result yang korang dapat, gempak ke, average ke, ok je lah ke, teruk ke , let say  "REZEKI ALLAH TU LUAS"
ya, rezeki Allah tu luas. Apalah sangat SPM ni? ingat pergi kedai kau beli brg tak payah bayar and tunjuk je slip SPM kau? Ingat naik teksi atau beli minyak kereta tak payah bayar dengan tunjuk slip?


paling penting , ingat slip tu boleh tunjuk kat Allah untuk permit masuk syurga?




marilah kita sama-sama tadahkan tangan tanda kesyukuran kita pada Allah. Alhamdulillah. dan kembalikan semua puji-pujian pada Allah kerana dia yang berhak untuk itu. 


dan Allah tak menilai pangkat atau darjat dengan slip SPM.


Allah berfirman , 


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman."
surah Ali-Imran : 139


haruslah kita tersentap, kerana orang yang paling tinggi darjatnya adalah orang yang beriman, Lantas, marilah berpulun, berpulas untuk menjadi orang yang beriman, daripada struggle untuk slip SPM semata. bolehkan?






Allahualam . 

2 comments:

Life In Mmu(Student) said...

haha..congret!!!..ok la 2..dr org d luar sn yg x dpt A..lg la sedih..be grateful!..spm ni br starting dia..blm tntu yg dpt stret A tu akn sukses d uni or kolej..hihi..d luar cni br bnyk cbrn dia..

saya ingin berbicara ~ said...

awak congrate ! err..congrate nie bknnye utk bgi riak .ttpi spy awak rsa berbaloi dgn segala usaha awak slama nie . dun wori dear ,rezki allah d mana2 . dan ilmu Allah itu luas . truskan bdakwah . smoga cmerlang dunia dan akhirat .

SALAM UKHUWAH .