Thursday 19 April 2012

Oh, rupanya kamu ada bercakap di belakang aku :')


bismillah . 


ohh, kamu ada cakap di belakang aku rupanya ya?
sedih? tentulah aku sedih. tapi itu bukan hak aku untuk mengunci mulut sesiapa


"tengok bah status fb dia ni..ahh, macam betul dia berubah."
FAKE IT TILL YOU MAKE IT.  mungkin itu jawapan yang cukup bijaksana untuk membalas kata-kata anda. sedihkah aku? sakitkah hati aku? sungguh semua tu wajiblah ada di dalam hati. Tapi aku segigih segagahnya BACK TO ALLAH. 


adakah aku berubah untuk anda? tidak bukan ? 
Aku berubah kerana Allah. 
So, atas sebab apa aku harus bersedih hati atas kata-kata anda sedangkan bukan kepada anda aku tujukan semua status aku. 
anda tidak suka? terang-terang ada link unfriend di situ bukan? 
lepas unfriend takkan adalah status aku yang mengganggu anda.


aku ingin  bersuara membela diri sendiri. Tapi mungkin aku tidak akan berjaya untuk melawan anda serta askar-askar syaitan yang melindungi anda. Tapi takkan sekali-kali aku lupa. "DOA ITU SENJATA MUKMIN." InsyaAllah, ada doaku buat anda. jangan takut, bukan yang buruk kudoakan buat anda, tapi doa agar jika anda berada di tempatku sekarang tidaklah anda berjumpa dengan orang yang menghalang penghijrahanmu.




Niatku bukan ingin menghebahkan cerita ini. Tapi aku ingin yang lain jadikan pengajaran.
Jika ada makhluk sedemikian yang menghalang hijrahmu, teguhkanlah imaan mu dan biar Allah yang pertama di hatimu.


Aku ingin kongsikan sebuah cerita yang sungguh menjadi pengajaran buatku agar tidak menghukum orang lain ataupun menilai orang lain. Sungguh ia menakutkan aku, tapi tidak kutahu di hati anda.


Pada suatu ketika, lelaki yang kuat beribadat mendapati temannya berbuat dosa yang dianggapnya besar. "Berhentilah"
Namun si pendosa itu tetap menjawab. "Apakah engkau dibangkitkan sebagai pengawas atas perlakuanku?"
Lelaki yang kuat beribadat itu berkata.. "Sungguh engkau tidak akan diampuni selamanya, dan tidak pula dimsukkan ke dalam syurga."


Nabi SAW bersabda : "Allah mengutus seorang Malaikat untuk mencabut nyawa mereka berdua lalu mereka berdua menghadap Allah, Dia berfirman kepada sang pendosa : "MASUKLAH KAU KE SYURGA DENGAN RAHMATKU"


Dan Dia berfirman kepada lelaki yang kuat beribadah itu: "APAKAH ENGKAU BOLEH MENGHALANG RAHMATKU DARI SEORANG HAMBAKU?


Lelaki itu berkata : "Tidak wahai Tuhanku."


Maka Allah berfirman : "BAWALAH ORANG INI KE NERAKA."








Astaghfirullah. Moga hati ini tidak cepat menghukum orang atau menilai orang lain. Moga Allah mengampuni aku jika tanpa sedar aku telah menilai dan menghukum orang lain.


p/s : terima kasih atas peringatan anda memberitahu bahawasanya aku ini FAKE. Lepas ni aku akan MAKE it. Terma kasih anda telah menyedarkan aku :)




Allahualam.



1 comment:

Anayli Lieyanna said...

salam,
dear,memang banyak yang perlu kita hadapi bila melakukan penghijrahan..mulut orang kita x dpt tutup..biarkan saja mereka berkata-kata..jika kita balas,kata-kata selepas itu mungkin lebih menyakitkan kita..anggap saja kata-kata itu sebagai pembakar semangat dan memberi sumber kekuatan kepada kita agar iman kita terus teguh. doakan saja semoga Allah membuka pintu hati mereka agar dapat menerima perubahan yang kita lakukan. amin..
:')