Saturday 14 April 2012


sannah helwa Hasni <3 Aliza


Bismillah. first of all, ini entri minta puji, muehehe.


hari ini 15 april dan usiaku mencecah 18 tahun bersama ukhti Hasni.
Subhanallah. rasa-rasanya pertemuan kami hanya di muka buku,
tetapi Allah mendekatkan hati kami. Uhibbuki Fillah.
rasa macam kembar pulak dengan dia ni <3






so, 18 tahun bukan angka yang kecil. Ia angka yang beitu besar . dan kalau diingat kembali, banyak yang telah aku lalui dan tempuhi. pahit , manis , masam, masin .. ada jugak yang kelat.
dan syukur alhamdulillah aku telah sampai ke tahap ini.
walau aku berkali-kali terjatuh, Alhamdulillah aku masih mampu berdiri semula.


aku ingin cerita apa yang aku mahu sempena tarikh kelahiran aku. bukan maksudku menjaja apa yang aku inginkan, tetapi sebagai manfaat kepada semua.


a) doaku yang pertama : aku ingin dekat dengan Allah dan solatku berjiwa
-sungguh aku manusia yang kejam. 24 jam satu masa yang panjang untuk aku bersama dunia. Tetapi Allah hanya minta beberapa minit sahaja untuk lima waktunya dalam 24 jam itu. Tapi hati kadang-kadang begitu khilaf dan terarah pada benda yang lain. Ia bagaikan anda berdating dengan seseorang tetapi anda memikirkan lelaki lain. ahh , contoh takleh pakai.




b) doaku yang kedua : semoga dunia tidak menjadi keutamaanku
-sungguh kadang-kadang kita alpa dan menggantungkan semuanya pada dunia. dan akhir sekali kita kecewa. lalu baru kita kembali pada Allah. Ya Allah, jangan lah kau biarkan aku kembali kepada Mu hanya bila aku kesusahan . 


c)doaku yang ketiga : rahmati keluargaku, sahabatku dunia dan akhirat.
-ya, kerana aku mencintai mereka , dan mereka juga mendoakan aku . aku mahu yang terbaik buat mereka dunia dan akhirat. semoga mereka dipermudahkan urusan dunia dan dijauhkan dari azab AlLAH. 


d) doaku yang keempat : doa untuk aku sendiri . 
-semoga aku bisa menjadi seperti syuhadah-syuhadah Islam.
-semoga aku dapat sambung study di tempat yang aku inginkan . IIUM :')
-semoga aku dipermudahkan urusan dunia dan dapat membahagiakan keluarga dan sahabat.




ameen ,
alfatihah untuk aku and ukhti hasni ya :)
kalau boleh yassin terus :)
syukran


Allahualam.






No comments: