Friday 20 April 2012

U-Turn


prolog
IMAAN IMANI
"Awak pun bercita-cita hendak jadi penulis ek?"
Aku mengangguk lalu lelaki itu duduk dengan jarak kira-kira setengah meter di sebelahku.
"Penulis mana yang awak minat?"
"William Shakespeare. Awak pulak?"
Senyum mendahului jawapannya. "Fatimah Syarhah."
Jadi kek lapis dahiku mendengar nama itu. "Siapa Fatimah Syarhah tu?" Klasik sungguh nama itu.
Senyum lagi mendahului jawapannya lalu dia hulurkan sebuah novel yang dihadapannya terukir indah tiga patah kata. Syabab Musafir Kasih. "Bacalah."






BAB 1
If you want to talk to Allah, perform Sollah, If you want Allah to talk
to you, read Quran.


IMAAN IMANI
"Imaan, cuba kau pasang lagu Intifada dari laptop kau."
Sah Humairah tengah rindu pada Malaysia. Namun, aku turuti sahaja permintaannya. "Err, kejap. Intifada ni lagu siapa ya? Lupa pulak aku."
"Rabbani."
"Robbani?!" Sejak bila pulak Bani a.k.a Bunny tu nyanyi lagu Intifada?
Humairah memandangku. "Astaghfirullah. Bawak mengucap Imaan. Rabbani lah. Bukan si Bunny itu."
Dushhh! Terasa ingin menghantuk-hantukkan kepala di dinding bilik. Malu aku pada Humairah. Salah aku ke? Tak kot. Memang Rabbani tu hampir sama aje sebutan dengan Robbani. Atau memang fikiranku yang melayang pada Robbani sehingga Rabbani yang Humairah sebut menjadi Robbani pada pendengaranku? Sah, lepas ni aku perlu ambil cotton bud.
"Laa, mintak maaf ya Maira. Sound problem."
"Sound problem ke heart problem?"
Tangan yang ingin menekan tetikus untuk membuka folder nasyid tidak jadi menekan. "Dua-dua bukan."
"Habis tu?"
"Mental problem."
Humairah ketawa. "Laa, asal pulak boleh jadi mental problem?"
Permintaan Humairah tertangguh. Aku mendekati Humairah yang duduk di tingkap menikmati salji yang turun dari langit. "Haruslah mental problem. Bunny tu, tak bagi salam tak kata hai pun terus tanya aku mana buku Syabab Musafir Kasih."
"Mana buku tu sekarang?"
"Kat bawah bantal tu."
Jeda.
"Sayang sangat kau kat buku tu. First kenal kau dulu, aku pelik dengan tabiat kau. Yelah, orang yang normal biasanya bawa bantal busuk kalau nak tidur. Kau pulak bawak buku? Sikit lagi aku nak cadang kau untuk masuk Ripley's Believe It Or Not dulu tu."
"Hamboih, jahat sungguh otak kau rupanya."
Sengih. "Bukan jahat. Kreatif." Dia kembali tunduk menulis sesuatu di dalam buku nota girly-geli-pinkish nya.
"Maira?"
Humairah mengangkat wajah. Tidak berani menentang mata Maira yang bening, aku alihkan ke arah salji yang turun umpama mutiara dari langit. "Aku mahu bina Usrati Jannati. Aku rasa tak lengkap."
Aku tahu Humairah terkedu. Haha. Hape ke bendanya dia tak terkejut aku tiba-tiba cakap nak bina keluarga ke syurga. Kalau-kalau dia tengah makan coklat Hershey, haruslah tersangkut di tekaknya.
"Imaan, kau ni Imaan kan?"
"Yelaah. Habis tu siapa pulak?"
"Aku takut je kau ni jelmaan someone yang tak sampai hajat nak kahwin sebab ajal dulu menjemput."
Aku ketawa. Haruslah Humairah jadi macam tu. Aku yang jadikan dia macam tu dengan statement putus fius macam tu.
"How will I ever find the right man? Aku nak sangat seorang yang sejuk mata memandang. Yang Imannya terjaga. Budi pekertinya mulia. Dan kalau boleh biarlah ada bonus buat aku, biarlah suaranya merdu supaya bila dia jadi Imam, tak kisah kalau nak baca surah panjang mana pun. Suara merdu."
Humairah ketawa. "Forget finding the right man, focus on being the right woman."
Tersentap. Tertampar. Terpukul. Cuma tak tersepak aje lagi. Sungguh kata-kata Humairah mendalam. As simple as that, tapi cukup untuk membekukan lidah walaupun Humairah tidak punya kuasa ais. Nasib sahaja tingkap masih ditutup dengan kaca. Kalau tak, mahunya aku tak terjatuh tergolek ke bawah.





BAB 2
If you never thank Allah for every smile , 
Then you have no right to blame Allah for every tear . 

"PAMERAN KHAT??"
Khalisah a.k.a Khalis mengangguk.
"Kat negara orang putih ni ada jugak pameran khat? Siapa yang buat pameran uh?"
Khalis menjungkit bahu. 
"Laaa. Ni yang buat curious ni. Kalaulah pembuat pameran khat tu orang putih Muslim, kot kot muka ada ala-ala Maher Zain. Nak tengok ke?"
"Kau nak ke Maira?"
"On je. Rasa sayang pulak nak lepaskan peluang. Jarang ada benda macam ni kat negara bersalji."
"Jom."



"MASIH TERFIKIR UNTUK bina Usrati Jannati? Ke tengah cari calon ni?" usikku melihat Imaan yang matanya tekun melihat skrin Acer Aspire One nya.
Imaan menoleh. "Haishh. Aku dah taubat dah. Tak payah kau soal balik-balik soalan tu. Jemu receptor kat telinga ni terima benda yang sama dalam masa tiga hari ni."
Ha ha ha. "Saja aje usik kau. Siapa suruh bagitahu aku statement putus fius macam tu. Brain aku pun ingat balik-balik benda tu."
Imaan kembali menatap skrin komputer ribanya. "Rupa-rupanya ada jugak group student Malaysia kat U ni dalam facebook."
Ha, ubah topik lah tu."Ada orang invite kau atau kau yang jumpa?"
"Invite. Kau nak join? Kalau nak, aku boleh invite."
"Boleh jugak. Boleh bina ukhuwah fillah."
Jeda. Hening. "Hmm. Dah. Aku dah masukkan kau dalam group tu."
Imaan kembali tekun. Entah apa yang ditelitinya sedari tadi. Facebook atau dalam bahasa melayunya Muka Buku sudah menjadi satu habit bagi Imaan untuk membukanya. Aku juga punya akaun laman sesawang tersebut, tapi tidaklah aku sekerap Imaan. Bagi Imaan, kalau makan wajib empat kali sehari, Facebooknya pula wajib dibuka enam kali sehari. Mengalahkan solat lima waktu sehari. Ish ish ish.
Buku karya Deedat di tangan aku buka kembali. Dari tadi muka surat pun masih sama. Tak bergerak. Susah sangat nak fokus pada pembacaan. Entah apa yang membelenggu akal fikiran malam ini. Rindukah pada orang Malaysia?
"Mairaa, Rooftop jom."
Aku mengangkat muka. Tengok, bacaan tergendala lagi. "Buang tabiat tengah-tengah salji ni nak pergi rooftop?"
"Bulan mengambang malam ni."
"Ye ke? Tahu dari mana?"
"Status student kat sini jugak."
"Jomlah." Aku mencapai tudung labuh yang  bersangkut di dinding. Memang dah sedia iron untuk kes-kes kelam kabut, kes-kes ajnabi ketuk pintu, kes-kes kejar masa ataupun kes-kes... malas. Aku lihat Imaan pun belum siap lagi. Aku lari masuk ke dalam bilik lalu mengambil seruling bambu di dalam drawer. 
Aku keluar dari bilik dan Imaan keluar dari kamar mandi serentak. Iman menarik shawl lalu di pinnya di bawah dagu. Hujungnya dilibas ke kiri dan ke kanan. As simple as that.
"Jom."


"WAAAAA. INDAHNYAAAA. WOW!"
Aku menggeleng-geleng melihat telatah Imaan. "Imaan.. cuba tukar waaa dan wow tu jadi Sin Ba Ha Nun Lam Lam Ha. Kan lebih sedap di dengar.."
Imaan berhenti dengan telatahnnya yang terlompat-lompat. "Apa tu?"
"Subhanallah.. Maha Suci Allah," Dengan makna-maknanya sekali aku beritahu. Walaupun aku tahu dia dah tahu, tapi aku hanya ingin mengingatkan.
Dia tersengih. "Subhanallah. Indahnyaa."
"Haa, kan lebih nampak beriman sikit.."
"Sikit je?"
"Kalau nak banyak, kenalah top up setiap masa. Kena rajin baca tazkirah, rajin muhasabah diri. Paling penting yang wajib tak tinggal dan Quran jadi amalan."
Imaan melabuhkan punggung di sebelahku. Diam. Dia memang tidak berani bercakap soal iman. Nampak serupa je dengan namanya tapi sungguh dia tidak berani bercakap soal iman di hadapan Humaira. Nak nak nanti Maira tegur soal tudung yang singkat, shawl yang nipis, baju yang ketat,dan apa-apalah yang dia pakai aku tak pakai. Tapi sebelum-sebelum ni, Maira tak pernah lagi tegur. Mungkin dia nak jaga hati kot. Ataupun mungkin dia sahabat yang mampu menerimanya seadanya.
Subhanallah. Cahaya bulan yang remang-remang menyimbahi permukaan bumi dan salji putih yang jatuh dari langit umpama kepingan berlian memang indah. Hadiah dari Allah. Alhamdulillah.
Aku mengambil seruling bambu di atas riba. Kudekatkan hujungnya ke mulutku. Lalu dengan lembut aku meniupnya. Mata kupejamkan menyatukan jasad dan jiwa dengan keindahan alam. 
Damai menyapa. Meniup ke dalam hati dan menyisir kekusutan. Damai menarikku dari dunia. Damai mendakapku dengan ketenangan. Damai menghentikan putaran dunia. Damai menyejukkan hati. Dan damai itu menitiskan air mataku. Damai.
"Mairaa.."
Aku membuka mata. Basah rasanya. Tiupan seruling kuhentikan.
"Are you okey? Why are you tearing?" tanya Imaan. Tearing dan crying lain dan berbeza.
"I'm okay. Just dah lama rasanya aku tak luangkan masa untuk diri sendiri macam ni. Asyik date dengan buku aje memanjang. Tak  pernah menyelami diri sendiri macam ni. Tak pernah bagi masa untuk diri sendiri untuk relaks macam ni. Aku rasa damai. Damai sangat."
Terpana dengan kata-kata Maira. Bagaimana agaknya damai yang mampu menitiskan air mata Humairah. "Teruskanlah terapi tu Maira. Maaf ganggu."
Aku mengangguk lalu kami berdua kembali merenung bulan purnama. Berbillion-billion, trillion trillion penduduk di muka bumi ni, satu purnama yang mereka kongsi. Indahnya.


"MACAM DALAM cerita hikayat China dulu-dulu lah ada soundtrack seruling ni."
Taqwaa tersenyum seraya menutup pen highlighter. Meremangkan bulu tengkuk betullah bunyi seruling tengah-tengah malam ni. 
Pen khat kututup. "Aku rasa nak tidur for fifteen minutes to half an hour. Nak bangun buat Qiamulail. Nak join?"
Taqwaa senyum. "Kejut je aku. Aku tidur atas meja ni aje." Taqwaa mula melentokkan kepala di atas meja berlapikkan bukunya yang tebal.

BAB 3
Cinta suci tak perlu komunikasi.
Cukup sekadar doa di sujud masing-masing.

"YUSADAP!"
Mata cepat celik. Astagfirullah. Tangan meraup muka. Macam orang putus fius aje bercakap dengan alarm dengan mata terpejam. Skrin telefon direnung. 'Tahajjud' beserta animated loceng-loceng kecil menghiasi skrin. 
Masanya untuk Tahajjud. Ya Allah, malam ini bertambahlah doa di sujud terakhir. Semoga wanita yang minta namanya diukir menggunakan khat hasil tangannya itu tadi menjadi jodohnya. Dan jika bukan, damaikanlah hatiku Ya Allah untuk menerima ketentuanMu.
Taqwaa dia kejutkan. Nyenyak tidurnya di atas meja. Lalu mereka bergilir mengambil wudu' lalu berama-sama mendambakan jernih embun kasih sayang Sang Pencipta.



KRINGGGG!! KRINGGGGGG!!! KRINGGGGGGGGG!!!!
Alarm dari telefon bimbit mengaum tanpa henti dan getarannya seolah-olah berlakunya gempa bumi. Bergegar katil. Mata ku buka perlahan. Snooze ke nak stop? Snooze.. stop..snooze..stop..snooze..stop..Kalau snooze, wajiblah lima minit kemudian alarm tersebut akan mengamuk sekali lagi memaksaku bangun dari tidur yang lena. Tapi kalau aku tekan stop, tidur boleh disambung dengan lenanya tanpa gangguan walaupun sehingga tengah hari nanti.
Baik tekan stop aje kan? Bahagia hidup.
Okey, tekan stop.
Heh! Belum sempat ku menekan butang stop, aku terhenti.
Maira. Mairaa.. Ikut sangatlah bisikan syaitan tu. Dari buang masa nak tekan mana satu baik bangun sekarang. Jangan dengar kata-kata syaitan. Pantas, aku bangun dari tidur. Terpaksa jugak aku tekan butang stop biar tak mengamuk lagi alarm ni. Nanti terganggu pulak lena Imaan di katil sebelah.
Dengan malasnya, aku menghayun langkah menuju ke kamar mandi untuk mengambil air sembahyang. Cukuplah dengan wudu', aku sedar seratus peratus dari rasa mengantuk. Segar rasanya biarpun air yang digunakan sejuknya macam air salji. 
Telekung kusarungkan menutup tubuh. Terasa damai dengan pakaian suci ini. Aku membuat angka tiga menggunakan jari telunjuk, jari hantu dan jari manis lalu ku lekatkan di dahi. Hm, cukup luas. Kain telekung pula aku pastikan menutup kaki dan memastikan agar tidak terselak sehingga menampakkan bahagian kaki semasa mengerjakan rukun-rukun solat nanti.
Nafas kutarik dalam dalam lalu takbir kuangkat dengan niat tahajjud di dalam hati. Seusai Tahajjud dua rakaat, aku kembali berdiri. Mengangkat takbir lagi dengan niat solat sunat taubat. Kemudian aku berlama di atas tikar sembahyang, beristighfar sebanyak yang mungkin, seikhlas yang mungkin. Aku berdiri lagi dan mengangkat takbir dengan niat solat sunat hajat di dalam hati. Aku berlama di sujudku. Meminta agar aku didekatkan dengan pencipta. Meminta agar solatku berjiwa dan tidak kosong. Meminta agar keluarganya di benua seberang dirahmati, diredhai dan diberkati Allah. Meminta sahabatnya dikurniakan hidayah. Meminta dipermudahkan pengajiannya di sini. Dan meminta didekatkan hati pada si penulis khat tadi andai ada jodoh di antara mereka. Dan meminta agar didamaikan hati andai jodoh bukan ketentuan mereka.
Selesai semuanya AKU membuka teLekung lalu melipatnya ringkas. Katil Imaan kudekati. Lena tidurnya. Dan novel itu masih dalam dakapannya. Entah apa yang istimewanya.

BAB 4
Tune of flute under the moonlight shadow and winterfall.


Butang POST aku klik dan automatik ayat itu berada di dinding group yang baru aku join semalam. dari dua orang yang like, bertambah jadi lapan hinggalah dua belas. Kemudian, notification muncul. Eman Han commented on your post. Aku klik dengan pantas.
>I heard that too last night. Did you know who was that?
>A friend of mine.
>Ohyaa? sound classic and a bit emotional. Btw, i've been touched. may I know her/his name?


Alamak. sampai touching-touching ni hape ke bendanya. Tanya nama lagi ? Hamboih. Kalau Maira tahu ni, habis dia brainwash aku. Tapi saudara ni macam interested dengan tune of flute tu aje. Mana lah tau, nak buat album ke apa. Err, nak bagitahu atau tak ek?
>Err , the person is 'a she'. And she is double H.  Humairah Hasni.
>Her account name?

Dusshhh! Kerja gila betullah. Confirm kalau Maira tahu boleh mati ni. Maafkan akulah Maira. Saudara ni macam betul-betul interested.
>"Saya mahu syurga" translate pergi Bahasa Arab.
>Uridul Jannah?


Dah. Dah. Dah, Biarlah sampai sini sahaja conversation melalui comment-comment kami. Lantas aku padam semua comment-comment yang bahaya. Public sangat kut. Matilah aku kali ni kalau Maira tahu.


"HUMAIRAH HASNI???"
"Kau apahal Aiman?"
"Allah reply doa aku cepat sangat Taqwaa. "
Taqwaa menepuk bahuku. "Kuasa Allah kan hebat. Have faith bro. If Allah answered your prayer , He increasing your faith. If He delays, He is increasing your patience. If He does not answer, He has something better for you. By the way, doa apa?"
"Tiupan seruling bambu yang  kita dengar semalam, rupanya adalah orang yang sama dengan muslimat yang aku kata aku ada rasa sesuatu masa dekat booth khat kelmarin."
"Macam mana tau?"
"Her friend post a statues about tiupan seruling tu under the moonlight and winterfall. Aku komenlah, nak tanya siapa yang tiup tu maybe budak tu kenal. Then, dia cakap a friend of her. Aku tanya nama, Subhanallah sama je dengan nama muslimat yang mintak aku ukir dia dengan khat. Lepas tu aku mintak nama akaun fb that muslimat."
Taqwaa gelak. "Advance kau ni. Alhamdulillah. Kau serius? Nak jadikan dia zaujah?"
Diam. "Kau rasa?"
"Ramai je yang dah complete half of his Deen dalam usia kita ni. Aku pun nak kalau boleh. Tapi calon belum ada. Ha ha ha. Kalau the other party tu pun okey, aku rasa tak salah kau terus ikat janji. Tak main lah bro hubungan tanpa status. Biar sesuatu yang pasti."
Tangan meraup muka. "Hasrat hati memanglah nak yang baik-baik belaka en? Tapi aku takut kecewa kot-kot budak tu dah have her owner."
"Tak salah cuba. Kalau betul dah ada owner undur diri. Senang kan?"
"Boleh ke?"
Taqwaa angguk. "Dah add ke budak tu?"
"Alhamdulillah sudah. Aku nak buat sujud syukur kejap."
Taqwaa angguk.


-to be continued-






3 comments:

aisyah aziz said...

i love it much (: sgt berkaitann . hehe teruskan ! aq support kw dari atas, bawah , siring hatta darri depan skalipunn . miehehehe :3

Aliza Nuraini said...

@aisyah aziz hahahha . berkaitan ngan kau kan ? sabar je lah .

hajarkrecq said...

cool .. :) nice one .. hehe ..