Friday 11 May 2012

U-turn : Chapter 3

BAB 3
Cinta suci tak perlu komunikasi.
Cukup sekadar doa di sujud masing-masing.

"YUSADAP!"
Mata cepat celik. Astagfirullah. Tangan meraup muka. Macam orang putus fius aje bercakap dengan alarm dengan mata terpejam. Skrin telefon direnung. 'Tahajjud' beserta animated loceng-loceng kecil menghiasi skrin. 
Masanya untuk Tahajjud. Ya Allah, malam ini bertambahlah doa di sujud terakhir. Semoga wanita yang minta namanya diukir menggunakan khat hasil tangannya itu tadi menjadi jodohnya. Dan jika bukan, damaikanlah hatiku Ya Allah untuk menerima ketentuanMu.
Taqwaa dia kejutkan. Nyenyak tidurnya di atas meja. Lalu mereka bergilir mengambil wudu' lalu berama-sama mendambakan jernih embun kasih sayang Sang Pencipta.



KRINGGGG!! KRINGGGGGG!!! KRINGGGGGGGGG!!!!
Alarm dari telefon bimbit mengaum tanpa henti dan getarannya seolah-olah berlakunya gempa bumi. Bergegar katil. Mata ku buka perlahan. Snooze ke nak stop? Snooze.. stop..snooze..stop..snooze..stop..Kalau snooze, wajiblah lima minit kemudian alarm tersebut akan mengamuk sekali lagi memaksaku bangun dari tidur yang lena. Tapi kalau aku tekan stop, tidur boleh disambung dengan lenanya tanpa gangguan walaupun sehingga tengah hari nanti.
Baik tekan stop aje kan? Bahagia hidup.
Okey, tekan stop.
Heh! Belum sempat ku menekan butang stop, aku terhenti.
Maira. Mairaa.. Ikut sangatlah bisikan syaitan tu. Dari buang masa nak tekan mana satu baik bangun sekarang. Jangan dengar kata-kata syaitan. Pantas, aku bangun dari tidur. Terpaksa jugak aku tekan butang stop biar tak mengamuk lagi alarm ni. Nanti terganggu pulak lena Imaan di katil sebelah.
Dengan malasnya, aku menghayun langkah menuju ke kamar mandi untuk mengambil air sembahyang. Cukuplah dengan wudu', aku sedar seratus peratus dari rasa mengantuk. Segar rasanya biarpun air yang digunakan sejuknya macam air salji. 
Telekung kusarungkan menutup tubuh. Terasa damai dengan pakaian suci ini. Aku membuat angka tiga menggunakan jari telunjuk, jari hantu dan jari manis lalu ku lekatkan di dahi. Hm, cukup luas. Kain telekung pula aku pastikan menutup kaki dan memastikan agar tidak terselak sehingga menampakkan bahagian kaki semasa mengerjakan rukun-rukun solat nanti.
Nafas kutarik dalam dalam lalu takbir kuangkat dengan niat tahajjud di dalam hati. Seusai Tahajjud dua rakaat, aku kembali berdiri. Mengangkat takbir lagi dengan niat solat sunat taubat. Kemudian aku berlama di atas tikar sembahyang, beristighfar sebanyak yang mungkin, seikhlas yang mungkin. Aku berdiri lagi dan mengangkat takbir dengan niat solat sunat hajat di dalam hati. Aku berlama di sujudku. Meminta agar aku didekatkan dengan pencipta. Meminta agar solatku berjiwa dan tidak kosong. Meminta agar keluarganya di benua seberang dirahmati, diredhai dan diberkati Allah. Meminta sahabatnya dikurniakan hidayah. Meminta dipermudahkan pengajiannya di sini. Dan meminta didekatkan hati pada si penulis khat tadi andai ada jodoh di antara mereka. Dan meminta agar didamaikan hati andai jodoh bukan ketentuan mereka.
Selesai semuanya AKU membuka teLekung lalu melipatnya ringkas. Katil Imaan kudekati. Lena tidurnya. Dan novel itu masih dalam dakapannya. Entah apa yang istimewanya.


PROLOG | CHAPTER 1 | CHAPTER 2 | CHAPTER 3 | CHAPTER 4

No comments: