Friday 11 May 2012

U-turn : Chapter 1

If you want to talk to Allah, perform Sollah, If you want Allah to talk
to you, read Quran.


IMAAN IMANI
"Imaan, cuba kau pasang lagu Intifada dari laptop kau."
Sah Humairah tengah rindu pada Malaysia. Namun, aku turuti sahaja permintaannya. "Err, kejap. Intifada ni lagu siapa ya? Lupa pulak aku."
"Rabbani."
"Robbani?!" Sejak bila pulak Bani a.k.a Bunny tu nyanyi lagu Intifada?
Humairah memandangku. "Astaghfirullah. Bawak mengucap Imaan. Rabbani lah. Bukan si Bunny itu."
Dushhh! Terasa ingin menghantuk-hantukkan kepala di dinding bilik. Malu aku pada Humairah. Salah aku ke? Tak kot. Memang Rabbani tu hampir sama aje sebutan dengan Robbani. Atau memang fikiranku yang melayang pada Robbani sehingga Rabbani yang Humairah sebut menjadi Robbani pada pendengaranku? Sah, lepas ni aku perlu ambil cotton bud.
"Laa, mintak maaf ya Maira. Sound problem."
"Sound problem ke heart problem?"
Tangan yang ingin menekan tetikus untuk membuka folder nasyid tidak jadi menekan. "Dua-dua bukan."
"Habis tu?"
"Mental problem."
Humairah ketawa. "Laa, asal pulak boleh jadi mental problem?"
Permintaan Humairah tertangguh. Aku mendekati Humairah yang duduk di tingkap menikmati salji yang turun dari langit. "Haruslah mental problem. Bunny tu, tak bagi salam tak kata hai pun terus tanya aku mana buku Syabab Musafir Kasih."
"Mana buku tu sekarang?"
"Kat bawah bantal tu."
Jeda.
"Sayang sangat kau kat buku tu. First kenal kau dulu, aku pelik dengan tabiat kau. Yelah, orang yang normal biasanya bawa bantal busuk kalau nak tidur. Kau pulak bawak buku? Sikit lagi aku nak cadang kau untuk masuk Ripley's Believe It Or Not dulu tu."
"Hamboih, jahat sungguh otak kau rupanya."
Sengih. "Bukan jahat. Kreatif." Dia kembali tunduk menulis sesuatu di dalam buku nota girly-geli-pinkish nya.
"Maira?"
Humairah mengangkat wajah. Tidak berani menentang mata Maira yang bening, aku alihkan ke arah salji yang turun umpama mutiara dari langit. "Aku mahu bina Usrati Jannati. Aku rasa tak lengkap."
Aku tahu Humairah terkedu. Haha. Hape ke bendanya dia tak terkejut aku tiba-tiba cakap nak bina keluarga ke syurga. Kalau-kalau dia tengah makan coklat Hershey, haruslah tersangkut di tekaknya.
"Imaan, kau ni Imaan kan?"
"Yelaah. Habis tu siapa pulak?"
"Aku takut je kau ni jelmaan someone yang tak sampai hajat nak kahwin sebab ajal dulu menjemput."
Aku ketawa. Haruslah Humairah jadi macam tu. Aku yang jadikan dia macam tu dengan statement putus fius macam tu.
"How will I ever find the right man? Aku nak sangat seorang yang sejuk mata memandang. Yang Imannya terjaga. Budi pekertinya mulia. Dan kalau boleh biarlah ada bonus buat aku, biarlah suaranya merdu supaya bila dia jadi Imam, tak kisah kalau nak baca surah panjang mana pun. Suara merdu."
Humairah ketawa. "Forget finding the right man, focus on being the right woman."
Tersentap. Tertampar. Terpukul. Cuma tak tersepak aje lagi. Sungguh kata-kata Humairah mendalam. As simple as that, tapi cukup untuk membekukan lidah walaupun Humairah tidak punya kuasa ais. Nasib sahaja tingkap masih ditutup dengan kaca. Kalau tak, mahunya aku tak terjatuh tergolek ke bawah.



PROLOG | CHAPTER 1 | CHAPTER 2 | CHAPTER 3 | CHAPTER 4

No comments: