Saturday 4 August 2012

andai diriku tidak mampu memiliki teman di atas jalan mujahidah ini, cukupkanlah DiriMu bagiku, ya Allah


Bismillah


Terasa lama tidak bermanja di blog ini :)
Dan mungkin ini masanya untuk aku bergerak aktif sekali lagi dalam dunia maya ini agar sesiapa pun yang membaca mendapat ibrah. Dan mungkin ini caraku untuk menyibukkan diri. :')


CINTA : Sesiapapun pastinya punya cinta. Cinta pada Allah itu yang pasti. 


Malah aku juga seringkali disapa cinta. Walaupun tika aku telah menyatakan dan menyuarakan rasa hatiku untuk menyerahkan seluruh hati ini pada Allah. Tapi seperti kita juga. Jika ada yang menyatakan "aku menyayangimu.." tentu kita akan menguji dia bukan? Apa benar dia menyayangi kita seperti apa yang dia nyatakan. Mungkin salah satu inisiatif kita, kita guna nombor lain dan kacau dia nak tengok dia layan atau tak bila ada another gender kacau dia. 


Mungkin itulah konsep Allah. Bila kita menyatakan kita menyayangi Allah, dia datangkan cinta manusia bertubi-tubi. Kenapa? Dia mahu uji benarkah cinta kita pada Dia adakah telus ataupun sekadar cinta yang kita cari ketika kesunyian?


dan aku juga kadangkala gagal dan tersungkur.
:') gagal dan tersungkur itu bukanlah bermaksud aku menerima cinta insani tersebut. tetapi aku gagal dari segi hati. seharusnya aku kuat bukan menolak semua itu? tapi mulutku sahaja yang pandai berkata tidak. tapi hatiku mahu. :')


Allah berfirman :


"Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang tersembunyi dalam dada."


(Ghafir:19)




Walau aku sembunyi sedalam yang mungkin rasa hati ini, tak mungkin kan ku sembunyikannya daripada Allah yang memegang hati ini.


Tapi mungkin itulah usahaku. Menolak tika hati ini terasa mahu. Itu yang aku termampu walaupun sakit dan perit hingga aku tidak mampu untuk berkata apa lagi. Hingga aku terasa badan ini payah untuk bergerak. Hingga aku terasa membuka mata itu terasa berat di pagi hari. Yang membuatkan aku terasa pahit untuk senyum kepada sesiapa pun.


aku tahu bukan mudah, tapi itulah mujahadah.
Dan ini jalan yang ku pilih tanpa paksaan dari sesiapa pun.
Moga Allah redha. Moga Allah terima kesaksian cintaku padaNya yang tidak seberapa ini. :')













wallahualam :')


No comments: