Thursday, 6 December 2012

A Man In A Drawing

BAB 2
            “…Allah swt selalu mendatangkan ujian pada kita tanda cintaNya pada kita.. Hadis riwayat at-Tirmidzi, Nabi Muhammad S.A,W bersabda : Sesungguhnya Allah Taala apabila Dia mencintai hambaNya, maka dia mengujinya.”
            Pen Kaira dan Fara yang duduk bersebelahan terus-menerus berlari di atas buku nota kecil mencatat segala pengisian yang diberikan oleh pengerusi sahabat surau yang entah siapa namanya. Masa majlis watikah pelantikan ahli jawatankuasa surau beberapa bulan yang lepas bukan mereka berdua datang pun.
            “…Ingatlah bahawa semua permasalahan akan menjadi kecil pada pandangan kita apabila kita meletakkan Allah itu besar dalam hidup kita. Dan sedarlah bahawa, saat kita memerlukan pertolongan, yakinlah pertolongan dari Allah itu akan datang. Memohonlah pada Dia. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 214 yang bermaksud, ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan seperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan digoncang dengan berbagai cubaan sehinga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata : Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat…”
            “Surah apa dan ayat berapa tadi?” Tanya Kaira kurang pasti. Matanya masih menunduk menulis di atas buku nota kecilnya.
            Fara mengangkat wajahnya melihat pada slide yang berada di hadapan. Dia sendiri tidak jelas mendengar tadi. “Al-Baqarah ayat 214..”
“Whoa..a?” Fara menekup mulutnya dengan dua tapak tangan kiri dan kanannya. Tangannya pantas menepuk-nepuk paha Kaira di sebelah. Dia pasti kalau Kaira melihatnya tentu bukan dia sahaja yang terkejut gila sampai tak ingat dunia begini. Kalau dia terkejut gila, Kaira yang duduk di sebelahnya itu lagilah terkejut gila-gila.
            Kaira angkat muka seraya mengangkat keningnya. “Kenapa kau macam Childrens of Boudelaire yang nampak Count Olaf aje ni?”
            Fara tidak menjawab. Hanya memuncungkan bibir menunjuk ke hadapan menyuruh Kaira melihat dengan mata kepala sendiri.
Kaira memusingkan kepala perlahan ke arah yang ditunjukkan Fara. Matanya terhenti pada si penyampai pengisian pada malam itu. Seriously?? Mata dibelakang kaca mata digosok berkali-kali. Bimbang sistem penglihatannya yang tidak betul. Pipi juga dicubit dua tiga kali bimbang dia hanya bermimpi.
“Kau nampakkan apa yang aku nampak?”
            Kaira hanya mengangguk sekali. Tidak terkata walau sepatah haram sekalipun. Ini sumpah mengalahkan nampak hantu! Sumpah lelaki yang sedang memberi pengisian sempena Malam Penghayatan Islam di mimbar punya wajah yang serupa dengan lukisannya semalam.
            “…Sunnah Illahi menetapkan yang dunia ini adalah medan ujian, fitnah dan bala. Di dunia ini lah manusi disaring untuk memastikan yang mana satu benar-benar berlian dan yang mana satu hanyalah kaca. Allah berfirman dalam surah al-ankabut ayat dua hingga tiga. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami telah beriman dan mereka tidak diuji? Dan sungguh , Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta…”.
            Kalau tadi mata tidak beralih dari buku nota kecil mencatat semua isi tazkirah ringkas, tapi kini empat pasang mata itu tidah beralih dari si penyampai tazkirah.
‘…dia wujud. Tapi dalam bentuk yang berbeza..di dimensi yang berbeza.’
            “Mimpi jadi realiti lah kau nampaknya Kaira. Tapi dia wujud dalam versi lebai surau.” Hahaa. Fara ketawa. “Yang versi dalam lukisan kau tu, aku tak pasti tercampak di negara atau planet mana.”
            Huh?
Apa yang mustahil dengan kuasa Tuhan?

1 comment:

kariwatape said...

tak de sambungan ?