Thursday 6 December 2012

Chapter 2


BAB 2
Cinta itu fitrah yang selalu terjadinya fitnah.
  "PAMERAN KHAT??" Maira menatap mata Khalis, teman sekuliahnya. Buat lawak ataupun memang betul? Ada pulak orang buat pameran khat di negara yang majoritinya Kritian Katolik. Islam pun minoriti je.
Khalisah a.k.a Khalis mengangguk memberi kepastian.
  "Kat negara orang putih ni ada jugak pameran khat? Siapa yang buat pameran uh?" Dahi berlapis lapis agak sukar menerima kenyataan itu.
  Khalis menjungkit bahu. "Aku dengar dari housemate aku. Student kat sini jugak kot yang buat pameran. Tapi asal dari mana tu aku tak pasti lahh... Tak mungkin kot tempatan. Aku rasa student tempatan kat uni ni pun sikit je Muslim. Tu pun tak berapa nak praktik kan the way of Islam life. Tapi, mungkin jugak orang putih yang bukan rakyat tempatan."
  "Ye ke ? Laaa. Ni yang buat curious ni. Kalaulah pembuat pameran khat tu orang putih Muslim, kot kot muka ada ala-ala Maher Zain. Nak tengok ke?"
  "Kau nak ke Maira?" Khalis memulangkan soalan dengan tawa yang kecil.
  "On je. Rasa sayang pulak nak lepaskan peluang. Jarang ada benda macam ni kat negara bersalji. "
  "Jom." Putus Khalis.
Kaki yang tadinya melangkah mahu menuju kembali ke deretan rumah yang menjadi tempat berteduh kami beralih arah. Yang pastinya Khalis yang mengetuai langkah kaki itu. Dia lebih tahu.
"Ha! Tu lah booth khat tu," Khalis memuncungkan mulutnya ke arah booth yang dikerumuni ramai orang dengan pakaian yang pelbagai.
"Ramai orang lah Khalis..." 
Khalis menepuk dahi. "Memang lah ramai orang. Dah pameran khat ni bukan setiap hari ada.. Kalau tak jadi pergi macam sia-sia je kita datang sini. Dah alang-alang tu, jomlah ke sana. Kalau tak nak bersesak pun, kita tunggulah sampai pegunjung surut sikit.."
Kalau dah Khalis kata macam tu, dia tak nak pulak mengecewakan harapan Khalis yang nak sangat tengok pameran khat tu. Menurut Khalis,tengok dari jauh macam muka-muka budak Melayu je yang buat pameran tu. Mungkin mereka nak cari duit lebih kot. Ataupun mereka tengah cari dana untuk buat apa-apa program. Biasanya macam tu lah.. Pelajar lelaki biasanya jarang yang nak mintak duit ibu bapa. Mereka lebih suka cari rezeki sendiri. Lebih suka memerah peluh sendiri. 
Kami berdua duduk di bangku berdekatan dengan booth pameran tersebut. Menanti surutnya pengunjung sambil memerhati suasana yang semakin disimbah cahaya senja.
"Aku tak sangka yang aku dapat sambung belajar kat luar negara. Di sini pulak tu. Dan aku tak sangka, di bumi ni aku lebih dekat dengan Islam. Terima kasih, Maira."
Aku memangdang Khalis. "Aku pun tak sangka dapat kat sini. Sedangkan SPM aku taklah gempak sangat. Dulu, aku takut sangat nak pergi ke sini. Aku kira susah sangat nak practice Islam kat sini. Tapi, rupanya Alhamdulillah.. Allah bantu aku. Dan ka sini ukhuwah antara sahabat tu terasa lebih manis kan? Dan apa yang aku kagum, memang tak banyak yang Islam kat sini. Tapi Islam yang sikit tu, memang Islam betul-betul. Tak macam kat Malaysia. Memang majoriti Islam. Tapi yang practice Islam as the way of life tu boleh dikira dengan jari kalau kita jalan-jalan kat shopping complex tu."
"Dan aku salah seorang daripada mereka dulu.. Aku tak pernah tahu nak pakai tudung kena labuh tutup dada. Aku tak pernah hayati solat aku. Bagi aku, solat just amalan ritual. Tak ada penghayatan langsung. Sampai sini, bila kenal kau.. Terlibat dengan usrah.. kenal apa itu ukhuwah.. aku baru sedar selama ni aku hanya amalkan Islam yang sekadar bertudung macam gitu-gitu aje. solat pun kalau ada waktu, aku solat.. Kalau tak, alamatnya tinggallah.."
"Jangan hakimi diri sendiri dengan masa lalu.."
Khalis senyum seraya mengangguk. "Eh, macam dah tak ada pengunjung dah tu. Jom ke sana.."
Aku mengangguk. Kami berjalan beriringan menuju ke booth yang nampaknya mereka mula berkemas sedikit. 
"Assalamualaikum dan Selamat datang akak.." ucap pemuda yang memakai baju melayu berwarna merah hati dan dipasangkan dengan seluar slack berwarna hitam. Kopiah putih diletakkan di atas kepalanya. 
"Walaikumussalam.." kami menjawab salam serentak.
"Macam betul je kita ni lebih tua dari mereka. Main hentam je panggil kita akak..Padahal aku rasa aku ada nampak muka budak,
 ni kat kuliah kita." sempat lagi Khalis berbisik.
Pemuda itu tersenyum. "Panggilan akak tu tanda hormat. Bukan sebab tua ke muda ke.."
Sentap. Rasa nak tepuk dahi secara berjemaah dengan Khalis. Boleh pulak pemuda tu dengar bisikan Khalis. Aduhaii. Khalis terdiam terus. 
"By the way , akak nak kami tulis nama akak-akak dengan khat?"
Kami saling berpandangan. 
"Free ke?" soal Khalis tanpa sedar soalannya itu mengundang tawa si pemuda. Memang soalan tak tahu malu.
"Free tak boleh kak. Tapi takpelah. Kami bagi diskaun. Akak bayar half je."
"Alhamdulillah. Boleh-boleh."
Pemuda tersebut menghulurkan helaian kertas dan sebatang pen di atas meja. "Tulis nama akak kat atas kertas tu." 
Khalis menulis namanya di atas kertas itu lalu dihulurkan kepadanya menandakan giliran dia lagi untuk menulis nama. 
"Dah tulis nama??" Kali ini bukan suara pemuda tadi yang bertanya. Suara lain.
Maira mengangkat muka. Pandangan bertembung seketika lalu cepat-cepat dialihkan. Astaghfirullah. Cepat-cepat dia mengucap di dalam hati. 
"Maaf.. Dah tulis nama?" ulangnya sekali lagi.
"Err.. Dah.." Maira menolak kertas yang tertulis namanya dan Khalis ke arah pemuda itu. Perasaan kurang selesa mula menyusup di dalam hati. Entah kurang selesa kerana apa. Dengan pemuda yang pertama tadi okey je pun walaupun dia tak bukak mulut sangat. Ni yang tetiba rasa seram sejuk je ni entah kenapa. Pemuda itu terus beralih ke meja yang agak di belakang sedikit mungkin menyedari dirinya yang agak kurang selesa.
"Akak boleh tengok-tengok pameran khat yang dah diframekan dekat belah sana sementara tunggu abang tu siapkan ukiran khat nama akak."
Maira dan Khalis seraya mengangguk.
"Sebelum tu nak tanya dulu.. Pameran ni diadakan sebab apa ya? Ada keperluan untuk kutip apa-apa dana ke?" soal Khalis.
"Tak adalah kak. Pameran ni saja aje. Cuma nak cari duit lebih untuk sedekah lebih. Kan Ramadhan nak tiba.."
Bibir mengukir senyuman lebar. Tulus dan telus niat mereka.

"MASIH TERFIKIR UNTUK bina Usrati Jannati? Ke tengah cari calon ni?" usik Maira melihat Imaan yang matanya tekun melihat skrin Acer Aspire One nya.
  Imaan menoleh. "Haishh. Aku dah taubat dah. Tak payah kau soal balik-balik soalan tu. Jemu receptor kat telinga ni terima benda yang sama dalam masa tiga hari ni."
 Ha ha ha. "Saja aje usik kau. Siapa suruh bagitahu aku statement putus fius macam tu. Brain aku pun ingat balik-balik benda tu."
  Imaan kembali menatap skrin komputer ribanya. "Rupa-rupanya ada jugak group student Malaysia kat U ni dalam facebook."
  Ha, ubah topik lah tu."Ada orang invite kau atau kau yang jumpa?"
  "Invite. Kau nak join? Kalau nak, aku boleh invite."
  "Boleh jugak. Boleh bina ukhuwah fillah."
  Jeda. Hening. "Hmm. Dah. Aku dah masukkan kau dalam group tu."
  Imaan kembali tekun. Entah apa yang ditelitinya sedari tadi. Facebook atau dalam bahasa melayunya Muka Buku sudah menjadi satu habit bagi Imaan untuk membukanya. Dia  juga punya akaun laman sesawang tersebut, tapi tidaklah membukanya sekerap Imaan. Bagi Imaan, kalau makan wajib empat kali sehari, Facebooknya pula wajib dibuka enam kali sehari. Mengalahkan solat lima waktu sehari. Ish ish ish.
  Buku karya Deedat di tangan aku buka kembali. Dari tadi muka surat pun masih sama. Tak bergerak. Susah sangat nak fokus pada pembacaan. Entah apa yang membelenggu akal fikiran malam ini. Rindukah pada orang Malaysia?
  "Mairaa, Rooftop jom."
 Aku mengangkat muka. Tengok, bacaan tergendala lagi. "Buang tabiat tengah-tengah salji ni nak pergi rooftop?"
  "Bulan mengambang malam ni."
  "Ye ke? Tahu dari mana?"
  "Status student kat sini jugak."
  "Jomlah." Tangannya mencapai tudung labuh yang  bersangkut di dinding. Memang dah sedia iron untuk kes-kes kelam kabut, kes-kes ajnabi ketuk pintu, kes-kes kejar masa ataupun kes-kes... malas. Dia  melihat Imaan pun belum siap lagi lalu berlari masuk ke dalam bilik mengambil seruling bambu di dalam drawer. 
  Maira keluar dari bilik dan Imaan keluar dari kamar mandi dengan serentak. Iman menarik shawl lalu di pinnya di bawah dagu. Hujungnya dilibas ke kiri dan ke kanan. As simple as that.
  "Jom."


  "WAAAAA. INDAHNYAAAA. WOW!"
  Maira menggeleng-gelengkan kepala  melihat telatah Imaan. "Imaan.. cuba tukar waaa dan wow tu jadi Sin Ba Ha Nun Lam Lam Ha. Kan lebih sedap di dengar.."
  Imaan berhenti dengan telatahnya yang terlompat-lompat. "Apa tu?"
  "Subhanallah.. Maha Suci Allah," Dengan makna-maknanya sekali aku beritahu. Walaupun aku tahu dia dah tahu, tapi aku hanya ingin mengingatkan.
  Dia tersengih. "Subhanallah. Indahnyaa."
  "Haa, kan lebih nampak beriman sikit.."
  "Sikit je?"
  "Kalau nak banyak, kenalah top up setiap masa. Kena rajin baca tazkirah, rajin muhasabah diri. Paling penting yang wajib tak tinggal dan Quran jadi amalan."
 Imaan melabuhkan punggung di sebelahku. Diam. Dia memang tidak berani bercakap soal iman. Nampak serupa je dengan namanya tapi sungguh dia tidak berani bercakap soal iman di hadapan Humaira. Nak nak nanti Maira tegur soal tudung yang singkat, shawl yang nipis, baju yang ketat,dan apa-apalah yang dia pakai aku tak pakai. Tapi sebelum-sebelum ni, Maira tak pernah lagi tegur. Mungkin dia nak jaga hati kot. Ataupun mungkin dia sahabat yang mampu menerimanya seadanya.
  Subhanallah. Cahaya bulan yang remang-remang menyimbahi permukaan bumi dan salji putih yang jatuh dari langit umpama kepingan berlian memang indah. Hadiah dari Allah. Alhamdulillah.
  Maira mengambil seruling bambu di atas riba. Didekatkan hujungnya ke mulut. Lalu dengan lembut dia meniupnya. Mata dipejamkan menyatukan jasad dan jiwa dengan keindahan alam. 
  Damai menyapa. Meniup ke dalam hati dan menyisir kekusutan. Damai menarik dari dunia. Damai mendakap dengan ketenangan. Damai menghentikan putaran dunia. Damai menyejukkan hati. Dan damai itu menitiskan air mata. Damai.
 "Mairaa.."
   Mata dibuka. Basah rasanya. Tiupan seruling berhenti.
  "Are you okey? Why are you tearing?" tanya Imaan. Tearing dan crying lain dan berbeza.
  "I'm okay. Just dah lama rasanya aku tak luangkan masa untuk diri sendiri macam ni. Asyik date dengan buku aje memanjang. Tak  pernah menyelami diri sendiri macam ni. Tak pernah bagi masa untuk diri sendiri untuk relaks macam ni. Aku rasa damai. Damai sangat."
  Terpana dengan kata-kata Maira. Bagaimana agaknya damai yang mampu menitiskan air mata Humairah. "Teruskanlah terapi tu Maira. Maaf ganggu."
  Mengangguk lalu kami berdua kembali merenung bulan purnama. Berbillion-billion, trillion trillion penduduk di muka bumi ni, satu purnama yang mereka kongsi. Indahnya.


  "MACAM DALAM cerita hikayat China dulu-dulu lah ada soundtrack seruling ni."
  Taqwaa tersenyum seraya menutup pen highlighter. Meremangkan bulu tengkuk betullah bunyi seruling tengah-tengah malam ni. 
  Pen khat kututup. "Aku rasa nak tidur for fifteen minutes to half an hour. Nak bangun buat Tahajjud. Nak join?"
  Taqwaa senyum. "Kejut je aku. Aku tidur atas meja ni aje." Taqwaa mula melentokkan kepala di atas meja berlapikkan bukunya yang tebal.





No comments: