Friday 7 December 2012

Chapter 5



BAB 5
Berkata jujur sehingga membuat aku menangis itu adalah lebih baik
daripada berkata bohong yang membuatkan aku tertawa.
"MAIRAAA..." Panggil satu suara dari belakang. Badan dipusing seratus lapan puluh darjah. Mata lantas menangkap kelibat Khatijah dalam kabur lalu dibesarkan oleh kanta kaca mata.
Khatijah mendekat dengan nafas yang tersekat-sekat.
"Kenapa ni Khaty?" Huluran tangan Khatijah kusambut dan kujabat erat. 
"Petang ni jemputlah datang berbuka puasa kat rumah Khaty. Ajaklah housemate sekali."
"Ouh.. Khaty buat majlis berbuka puasa ke? Ramai Khaty jemput?"
"InsyaAllah. Ramai ke tak, Khaty tak berapa pasti jugak. Tak kira pun. Setakat jemput-jemput macam ni aje."
"InsyaAllah Maira datang. Nak Maira datang awal sikit ke nak bantu-bantu apa yang patut?"
Khaty senyum menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. "Boleh jugak kalau Maira sudi dan merelakan diri."
"Okay, Nanti Maira cuba datang awal sikit."
"Err.. Nanti Maira tolong sampaikan kat Khalis ek. Khalis kan nama dia yang selalu pergi ke kelas dengan Maira tu?"
"Haah. Khalis lah tu."
"Tak nampak pun dia hari ni.."
"Dia demam. Tu sebab dia tak datang kelas hari ni. Apa-apa pun, Maira akan beritahu dia nanti."
"Kesiannya. Sampaikan jugak ucapan Get well soon dari Khaty.."
"InsyaAllah."
"Itu aje yang Khaty nak sampaikan. Khaty gerak dulu ye? Assalamualaikum."
"Walaikumssalam."


"TAK NAK!"
Degil betullah. Memang kena pulun usaha dan tenaga nak pujuk Imaan ni. "Kau kena ikut jugak aku pergi buka puasa di rumah Khaty."
Geleng. "Aku tak nak Maira. Aku tak kenal pun siapa Khaty tu. Khaty tu kawan kau bukan kawan aku. Kalau Khalis tu, boleh lah. Aku tau jugak orangnya mana satu."
Nafas dihembus. "Kalau tak kenal, takkan selamanya tak nak kenal langsung?"
Headshot! Betul kata Maira. Tak kenal bukan bermaksud tak boleh nak berkenalan. Tapi, betul, dia bukan macam Maira. Dia lebih suka berbuka di rumah sahaja. Dan selepas berbuka, dia bolehlah berehat setelah perut penuh diisi. Tapi, kalau nak pergi berbuka di rumah orang mesti masa berbuka tu kena minum aje dulu. Lepas Maghrib baru ambil makanan berat. Belum turun makanan lagi, Terawih berjemaah pula. Lepas tu, tadarus pulak.
"Diam bermaksud kau setuju nak ikut."
Geleng. "Aku tak nak Maira. Please jangan paksa aku."
"Kalau kau tak nak ikut aku berbuka di rumah Khaty, habis tu kau nak berbuka dengan siapa kat rumah ni?"
"Dinding. Meja. Kerusi. Kipas. Laaa, kau tak payah risaulah aku sorang-sorang bukak puasa pun. Aku bukan budak umur 3 tahun yang nak disuap lagi."
Maira mengetap bibir. Geram. "Kau nak aku melutut depan kau kan baru kau nak ikut? Fine, aku berlutut depan kau sekarang." Maira berlutut di hadapan Imaan sambil menyusun sepuluh jari.
"Eh. Apa ni nak berlutut pulak. Dah. Dah.. Bangun.." Imaan cuba  menarik Maira untuk berdiri.
Maira menepis lembut. "Aku tak nak bangun selagi kau tetap cakap kau tak nak ikut."
Imaan mengeluh berat. "Yelah aku tak cakap lagi aku tak nak ikut."
"Betul??" Mata Maira bersinar.
"Betullah. Aku tak cakap yang aku tak nak ikut. Tapi aku geleng aje."
"Laaaa. Tak nak ah bangun kalau macam tu."
Imaan ketawa. "Yelah-yelah. Aku ikut kau. Tapi kau mesti iron baju kurung dengan shawl aku okey. Terima kasih. Aku mandi dulu." Imaan pergi ditelan pintu bilik.
Maira bangun lantas bercekak pinggang. "Bertuah budak ni. Tak apalah asal Imaan nak ikut."


"Betul ke ini rumahnya? Kau ni ajak aku beria sakan. Tapi alih-alih rumah pun kau tak sure yang mana satu. Duhai Mairaa.."
Diam. Maira tidak menjawab apa-apa.
Imaan memandang pohon di tepinya. "Heh pokok! Aku bercakap dengan kau kan? Betul tak ni rumah Khaty?" Sengaja dia menyindir Maira yang tidak menjawab pertanyaannya.
Maira tetap diam. Kalau ikut bayangan peta di mindanya, memang betul rumah Khaty area ni. Tapi dia masih rasa syubhah a.k.a ragu-ragu. Kalau rasa syubhah pada makanan sama ada makanan tu halal atau haram tahu jugak yang dia perlu tinggalkan makanan itu. Tapi kalau dalam soal ini dia tak tahu pulak nak buat apa. Nak cuba ketuk pintu dulu atau nak patah balik pergi rumah aje?
"Mairaa. Kau diam aje ni apahal? Takkan kita nak berdiri kat sini sampai waktu nak berbuka? Dahlah sejuk."
Imaan dipandangnya tanpa kata.
Haish. Maira ni kalau bingung, memang tak tercakap apa-apa. "Macam nilah, kau nak aku ketuk pintu ke?"
Mata Maira bersinar. "Silakan kalau kau rela."
"Bukan rela. Tapi terpaksa rela." Imaan mula melangkah menaiki tiga anak tangga menuju ke pintu utama rumah yang di cat dengan warna maroon dan putih itu.
Satu-persatu anak tangga Imaan daki. Pintu diketuk dengan perlahan diiringi dengan salam. 
Tak berjawab.
Pintu diketuk tiga kali lebih kuat dari ketukan pertama tadi. "Assalamualaikum!" Suaranya juga meninggi. 
Tak berjawab jugak.
"Assalamualaikum!"
Pintu dikuak. "Walaikumussalam.."
Hah?
Ini kann...
Ini...
Setapak demi stapak Imaan berundur dan..

DEBUSSHH! BUSH!!!
Imaan terduduk di anak tangga paling bawah setelah tergelincir di anak tangga pertama.
Lima saat Maira hanya tergamam dan terdiam. Nak gelak pun ada tapi dia tak sampai hati. Dia mendekati Imaan yang sedang menggosok-gosok pinggang belakangnya.
"Kau okey Imaan?"'
"Sakitlahh."
"Macam mana lah kau boleh jatuh sampai macam tu sekali. Ishhh.." Tangan dihulur untuk menarik Imaan berdiri semula.
Imaan mengebas baju kurung nya yang dilekati salji-salji halus yang tercemar dek tapak kasut manusia yang lalu lalang di situ.
"Errr, awak okey, Imaan?" tanya lelaki yang menjawab salam Imaan tadi.
Imaan mengangkat wajahnya. 
Maira pula terdiam. Wajah lelaki itu dan wajah Imaan dipandang silih berganti. Lelaki ini kenal Imaan? "Imaan, kau kenal dia dan dia kenal kau?" 
Imaan mengangguk.
Namun anggukan itu tidak cukup untuk menghapus curiousity di hati Maira. "Siapa dia ini Imaan?"
"Bani a.k.a B.U.N.N.Y.."
Astaghfirullah. Kalau dia di tempat Imaan pun, tentu dia akan tergolek-golek macam Imaan. Mungkin lagi jauh sampai seberang jalan raya tu kot dia tergolek-golek.. 
"Awak okey?" Bani mengulangi soalannya pada Imaan.
"Okey."
"Err.. Bani.. Kami hendak meminta maaf atas kesilapan kami mengetuk pintu rumah awak. Kami tersilap rumah sebenarnya." 
Waaahh. Skemanya ayat kau Maira. Memang kekok sungguh bercakap dengan lelaki yang dia tak kenal. Yang kenal pun rasa macam tertahan-tahan suara, apatah lagi yang tak kenal. Alamatnya, terkeluarlah ayat Cikgu Azma macam dalam karangan zaman SPM dulu-dulu.
  "Nak cari rumah siapa sebenarnya?"
"Err.. Sebenarnya mahu cari rumah Khatijah. Kiranya awak tahu di mana ya?" Sudahhh. Rasa nak tepuk dahi sendiri. Yang keluarnya loghat indon ni kenapa ya mbak Maira? Aduhaii. Memang tak boleh pakai kalau nak communicate dengan ajnabi ni. Memang sungguh dia tak biasa.
"Err.. Saya rasa awak berdua tak salah rumah pun. Ini memang...
"Eh! Maira!! Apasal stay di luar lama-lama?"
Muncul Khaty di muka pintu dengan sudip di tangan. Dahi makin berlapis-lapis. Apahal pulak lelaki ni ada di rumah Khaty? Ouh, Jadi inilah cousin Khaty tu ek?
"Bani, bawak lah mereka masuk. Buat apa berbual di luar pulak?" arah Khaty.
Bani menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. "Err, jemputlah masuk. Maaf lupa. Ini memang betul rumah Ukhti Khatijah. Saya kat sini cuma tolong-tolong kawan saya yang merangkap cousin Ukhti Khatijah. Ada kat dalam tengah sibuk potong-potong ayam."
Imaan dan Maira mengangguk serentak.
Oh. Kiranya ada lagi sorang kat dalam dan yang kat dalam tu baru cousin Khaty.
"Marilah," pelawa Bani.
Setapak demi setapak langkah kami atur masuk ke dalam rumah Khatijah. Bau rendang yang dimasak membuat perut memulai lagu keroncong. Astaghfirullah. Puasa lah ni!

"LETAK JE kat meja besar tu. Yang air tu letak di meja kecil dengan gelas sekali. Senang orang nak ambil," arah Khaty selaku ketua rumah.
"Okey."
"Khalis tak mai sini ke Maira?"
"Tak kut. Dia tak balas pun mesej. Mungkin demam dia tak kebah lagi kut.."
"Laaaa. Kasihan. Tak apalah. Lepas terawih nanti, kita terus pergi rumah dia sambil bawak lauk sekali. Mesti ada lebih punya lauk ni. InsyaAllah."
"Bagus jugak idea tu. Aku pun belum lawat Khalis lagi. Err, aku rasa gelas ni tak cukup. Aku pergi ambil kejap ek di dapur."
Khaty mengangguk dan Imaan masih tekun menyusun sudu dan tisu.
Saat ingin membuka pintu dapur..

"Oh. Itu rupanya Imaan.."
"Eyup! That's her."
Aku tengok dia okey je. Bertudung apa.."
Diam.
"Aku tak faham pulak kenapa kau nak protes sampai nak mintak balik buku yang kau pernah bagi.."
Keluhan yang besar dilepaskan "Aku tak nak yang bertudung."
"Hah? Jadi nak yang free hair? Kau ni kenapa?"
"Hisy. Bukanlah. Aku tak nak yang bertudung.. Tapi yang menutup aurat. Sakit mata aku tengok dengan shawl yang nipis dan singkat tu. Entah ke mana dah pergi veil tudung tu.."
"Habis apa motif kau bagi dia novel tu dulu?"
"Dulu dia lainnn Rul.."

Hati jatuh berkeping-keping mendengar perbualan lelaki berdua itu. Sakit hati mencucuk-cucuk bila sahabatnya diperkatakan sebegitu. Menoleh ke belakang. Dalam hati dia sangat berharap Imaan tak dengar conversation ni. Hati sangat berharap Imaan dihijabkan dari perbualan antara Bani dan Fakhrul tadi. Dia tahu, hati Imaan akan terguris dan tercalar.
"Imaan!!" jeritan Khaty dari arah pintu membuat hati Maira berdebar kencang.
Langkah diatur pantas mendekati Khaty yang menjerit. Budak berdua di dalam dapur tadi pun segera keluar melihat apa yang terjadi sampai Khaty menjerit macam tu sekali.
"Mana Imaan, Khaty??"
"Dia dah lari keluar.."
"Dia dengar tak?"
Anggukan Khaty membuat harapan ku tadi pecah. Kupandang wajah Bani dan Fakhrul yang agak pucat.
"Tak apalah. Maaf sebab aku tak dapat nak join sampai waktu berbuka. Aku kena kejar budak Imaan tu. Maaf ye Khaty."
"Tak apa. Yang penting Imaan sekarang ni.. Kejarlah dia. Nanti text aku kalau dah jumpa Imaan. Tak jugak aku risau."
Maira mengangguk. "Assalamualaikum."
"Walaikumussalam."


No comments: