Friday 7 December 2012

Chapter 6


BAB 6
When you are angry, be silent
-Bukhari.

BEG DIHEMPAS ke kerusi. Kalau boleh, nak je pergi dapur dan baling semua kuali, pinggan dan mangkuk trangtangtang biar lepas semua amarah. Marah? Mestilah marah.
Maira terkocoh-kocoh masuk ke dalam rumah. Dia tahu Maira dari tadi mengejarnya. Dari saat dia melangkah keluar dari rumah Khaty lagi. Maira mendekat.
"Imaan.."
Diam. Malas ah nak jawab.
"Imaan..."
Tak berjawab lagi. 
Maira duduk melutut dilantai dihadapanku yang sedang duduk di atas kerusi sambil tangannya menggenggam tanganku di atas paha. Aku mahu menepis. Tapi, tak sanggup pula. Maira tu tetap sahabat aku terbaekkk.
"Imaan, aku mintak maaf.."
Basah mata Maira. Menangis kah dia? Yang dia pulak lebih-lebih feeling ni hape hal? Ni yang dia pantang ni bila lihat air mata Maira. 
"Imaan.." namaku diseru lagi. Ada sendu di hujungnya.
Sebak pulak lihat Maira macam tu. "Mairaaa..."
"Imaan.. Maafkan aku.."
Diam. Memang dia kesal sebab Maira paksa dia ikut pergi berbuka puasa di rumah Khaty. Tapi bila fikir-fikir balik, tak boleh jugak nak salahkan Maira. Niat Maira baik. Nak ajak berbuka puasa. Bukannya niat sengaja nak sakitkan hatinya. Dan bukan sebab Maira pun hatinya digigit rasa marah yang berapi. Semuangnya gara-gara conversation antara Bani dan sahabatnya.
"Imaan. Janganlah diam macam ni... Maafkan aku please. Maaf.."
Genggaman tangan Maira dibalas. "Bukan salah kau Maira.."
"Imaan..."
"Tak. Really, bukan salah kau. Aku yang jahil. Aku yang tak kenal perintah Tuhan. Aku yang tak laksanakan hukum dan syariat dengan sempurna. Aku yang tak hidupkn hati sebenar-benarnya."
"Imaan.."
Maira memelukku. Dan kami tenggelam dalam tangisan. Benarlah, Maira sahabat yang terbaik. Maira memang berhati lembut. Kelembutannya juga melembutkan orang disekelilingnya. Jiwa yang tadinya berapi, kini sejuk sesejuk salju. Mairaa..
"Maafkan aku sebab paksa kau ikut sekali bukak puasa dekat rumah Khaty. Kalau aku tak paksa kau, mesti semua ni tak jadi." Istighfar Maira. Istighfar. Walau rasa bersalah dengan manusia sekalipun, jangan salahkan takdir pula.
Imaan menggeleng dalam sendu.
"Maafkan aku.."
Geleng lagi. "Bukan salah kau. Bukan salah sesiapa. Aku layak terima kata-kata Bani tu. Memang betul pun. Veil hijab a.k.a tudung tu dah hilang dengan shawl ni. Nipis.. Pendek.. Buat apa kan? Kalau sekadar nak tutup rambut? Masih tak cukup kan?" Imaan mengesak.
Genggaman tangan makin kuat. "Perlahan-lahan Imaan. Hati itu Allah yang pegang. Hidayah tu, milik Allah. Kita kena rebut. Kita kena cari. Kita kena usaha.."
"Hidayah untuk tutup aurat dengan sempurna?"
Angguk. 
Diam. Entah apa yang berserabut di kepalanya. 
"InsyaAllah, aku doa selalu kau dapat hidayah tu, Imaan.."
Mata Maira ditatap dalam. Mencari keikhlasan. Tapi ikhlas itu tetap rahsia Allah. Dia tidak tahu. Maira juga tentu tidak pasti.
"Imaan.."
"Iya?"
"Kau okey dah?"
Angguk. Walaupun sebenarnya hati digigit-gigit keresahan. Dia masih tertikam dengan kata-kata Bani. Terguris!
"Kita sedia untuk bukak puasa jom. Rasanya air buah tin dalam peti ais tu masih ada. Buah tamar kiriman akak dari Jordan pun masih ada. Kita bukak puasa simple-simple je dulu. Lepas Maghrib, kita turun pergi beli makanan."
Angguk sahaja.
Dia tahu Imaan malas nak bukak mulut sebab hati sahabatnya itu masih sakit dek kata-kata Bani di rumah Khaty tadi. Memang tak patut Bani cakap macam tu. Tapi dia sendiri tak boleh nak salahkan sesiapa. Sebab aturan Allah itu perfect. Mungkin Allah aturkan ini sebagai satu cara untuk gerakkan hati Imaan untuk tutup aurat dengan sempurna. Mungkin.



"KAU RINDU Malaysia?"
Pertanyaan Maira dibalas dengan gelengan.
"Habis tu bukak album lepas tu tatap macam nak menangis aje apasal?"
Diam.
Maira menggeleng. Habislah. Kemaruk dah Imaan ni nak balik Malaysia kut. Homesick kah sahabatnya itu?
"Pergilah call mak kau di kampung.."
Geleng.
"Habis tu kau nak buat apa?"
Diam.
Maira pun diam. Mungkin Imaan tidak mahu diganggu. Dia kembali pada pembacaannya. 
"Maira kau tak nak tanya aku sesuatu ke? Kau tak curious pasal aku ke?"
Maira mendongak. Telan liur. Apasal Imaan ni? Soalan buat meremang bulu tengkuk. Diam. Menunggu bicara selanjutnya dari mulut Imaan.
"Kau tak curious ke apa maksud Bunny hari tu?"
"Maksud kau?" dahi dah jadi kek lapis sarawak.
"Kan Bunny cakap aku tak macam dulu. Kau tak curious ke aku macam mana dulu? Kau tak curious nak tahu?"
Buku ditutup. Hmm. Memang dia curious jugak. Memang nak tanya jugak sebelum ni. Tapi takkanlah nak tanya. Sebab dia sendiri tahu hal itu sensitif bagi Imaan.
"Kau tak nak tahu? Kau nak tak kalau aku cerita hal sebenar?"
Maira mengangguk. Memang tak terluah dengan kata-kata. Kelu lidahnya dengan kepelikan yang berlaku pada Imaan.
Imaan mendekati Maira dengan langkah yang perlahan. Begitu perlahan.
Maira telan liur. Seram dengan cara Imaan ni. Macam mana kalau Imaan datang dan berbisik pada dia yang kisah dahulunya sebenarnya dia dah mati? Dan Imaan dihadapannya ini hantu? Lepas tu, Imaan nak tunjuk gambar-gambar sebelum kematiaannya. Ataupun dia nak tunjuk gambar dia mati? Ah, nonsense lah. Maira back to your sense!
Imaan duduk di birai katil di sebelah Maira.
Maira cuba menghidu mencari bau. okey. Tak ada bau bunga kubur.
Imaan menyelak album gambarnya satu persatu. Sampai dihalaman yang dia mahu, dia mengunjuk pada Maira.
Haa?? Biar benar apa yang dilihatnya? Sungguh dia tidak percaya.. "Imaan... Kau... Err.. Kau dulu... Imaan..."
Imaan mengangguk bukan sekali malah berkali-kali.
"Imaan, aku tak sangka..."
"Aku pun tak sangka.. Dan inilah maksud Bunny hari tu.."
"Imaan.."
"Relax aje... Aku tahu aku yang jahil. Aku tak boleh nak marah sebenarnya bila Bunny cakap macam tu. Memang betul pun apa yang dia cakap."
"Imaan.. Kau nampak cantik dalam gambar ni. Nampak cantik dengan tudung labuh yang kau pakai ni.. Sweet Imaan. Tapi, kenapa kau berubah? Kenapa tak pakai sampai sekarang?"
"Ini yang aku nak bongkar pada kau.."





No comments: