Friday 7 December 2012

Chapter 7-ceritera masa lalu


Ceritera Masa Lalu.


BAB 7
Malam Jumaat. Kalau kat kampung, mesti budak-budak takut nak keluar malam. Kononnya malam ni lah banyak hantu keluar buat rancangan jalan-jalan cari makan. Tapi kalau di asrama sekolah ni banyak acara religious. Malam Jumaat macam ni, paling kurang pun baca Yassin. Paling banyak pulak, baca al-Mathurat, baca wirid hadad, baca Yassin, sambung bacaan Al-Quran hari yang lepas. Baca surah hafazan, Usrah, baca Al-Mulk dan berbagai lagilah. Kalah sekolah agama kan? 
Dan seperti biasa, Yassin di tangan hanya jadi prop di pentas lakonan semata-mata. Well, sebagai cara nak cover dari tidur dan bergosip bagi yang kaki gosip. Eh apa hal pulak kaki gosip. Bukan kaki yang bergosip. Mulut gosip kut.
"Psst psst.."
Menoleh.
"Imaan, esok ada student baru masuk kelas kita.."
Biasanya dia akan pegang watak tidur. Tapi hari ini dia pegang watak kaki gosip pula. Ini lah halnya kalau duduk sebelah Amel. Memang tutup kitab bukak cerita lah for sure.
"Kau dengar tak? Esok ada student baru masuk kelas kita.."
Aku menoleh sekali lagi.  "Iya?" Jawabku dengan penuh tidak berminat.
"Iyalah.Kau tak excited ke?"
"Excited."
Amel medengus. "Excited konon.. Macam tak ada feeling tuh."
Haih. "Jadi kau nak aku buat macam mana? Excited macam mana yang kau nak? Kau nak aku berdiri lompat-lompat dan jerit horey?? Ke kau nak aku berdiri buat tarian chicken dance dengan penuh rasa chicken??"
Amel mencebik. "Tu over sangat. Paling tidak pun, kau tanya lah siapa.. Gender apa. Anak siapa? mak bapak kerja apa..."
Mengeluh lagi. Lumrah Amel, pantang kalau kita tak ikut cakap dia. Mesti terus mendesak. Layan je lah. "Yelah yelah.. Siapa dia dan apa gender dia.."
"Ha! Dia anak jutawan. Ayah dia ahli bisnes. Bisnes kereta dalam dan luar negara. Mak dia pulak Ustazah. Kira macam dia ni alim-alim jugaklah. Jenis geng masjid lah kiranya kalau dia masuk sini. And, the person is 'a he'."
Fuhh. Habis biodata budak  tu Amel beritahu. Dari mana entah Amel dapat maklumat macam tu. Dia sendiri sebagai penolong ketua pelajar, tak tahu pun ada pelajar baru nak masuk. "Kau nak buat apa jugak dengan budak tu? So what?"
"Aku nak rekomenkan untuk kaulahh.."
"Erk? Untuk aku??" Hampir terhumban buku Yassin di tangannya tadi ke atas. "Kau pun  cakap yang dia tu jenis alim-alim. Jenis lebai masjid. Tak payahlah kut. Umpamanya, rumah banglo dan pondok jual sate kalau nak dibandingkan dengan aku."
"Yang tu kau tak payah risau sangat. Boleh je kau jadi baik ye tak? Boleh je kau pegang title alim dalam masa sehari kalau kau dengar cakap aku."
"Hisy. Hipokrit namanya.."
"Tu tak penting.. yang penting, bau duit dia lah kawan.." Amel ketawa. 
Pfft. Cewek materi betullah. Kadang-kadang dia rimas jugak dengan Amel. Mulut dia tak pandai nak stop bercerita tentang lelaki. Lelaki.. Lelaki dan terus menerus lelaki. 
"Nak tak?"
Menggeleng. "No way!"
"Its okey..Tak apa.. we'll wait and see. Tengok je esok macam mana ek.. Kalau sangkut, baru kau bersujud pada aku mintak tolong sangat nak dekat dengan dia.."
Terasa seperti hendak mengeluarkan bendalir-bendalir berwarna hijau dari dalam perut melalui mulut. Mata kembali ku arahkan pada ayat-ayat suci surah Yassin. Tak baca tapi sekadar melihat. Merdu aje suara akak Tingkatan Enam Atas yang conduct bacaan hari ni. 
Lepas ni, ada lagi tazkirah, usrah dan macam-macam lagilah. Haih. Homework berlambak. Kertas handout pun bertan-tan. Rasanya macam sepuluh batang pokok yang ditebang untuk kertas yang ditangannya sahaja. Rasa macam tak cukup aje dua puluh empat jam tu. Kalau boleh nak tambah, dia tambah kut lima jam. 
Diagram Mendel's Law, Lab Report Factors Affecting The Rate Of Transpiration. Nampak sikit kan? Ha, tu baru Biology. Chemistry dengan handouts paper three trial Negeri Sembilan lagi dengan guided dan unguided experiment. Lepas tu Bahasa Melayu dengan karangannya lagi. Belum masuk Addmath yang lima soalan pun macam berjam-jam nak disiapkan. Yelah, satu soalan tu belum tentu cukup satu helai kertas kajang. Bayangkan satu muka surat tu full dengan nombor. Boleh mati keras tahu? 
Jemaah yang lain menadahkan tangan tika Naqibah di hadapan membaca doa selepas bacaan Yassin. Dia pun turut serta menadahkan tangan. Dah habis dah rupanya bacaan Yassin. Baguslah. Cepatlah. Kerja kat bilik tu berlambak nak dibuat.
"Rapat-rapat ke hadapan semua.." akak tingkatan enam atas bernama Uqba itu memberi arahan.

"OKEY, MASUK pulak dalam combustion of Alkenes. Combustion of Alkenes ni terbahagi kepada dua iaitu Complete Combustion dan Incomplete Combustion.."
Jeda. Aimy menarik nafas.
"Dalam complete combustion ni, Alkenes burn completely in the presence of sufficient or an excess in oxygen to form carbon dioxide and water only. Equation dia macam ni.."
Aimy menarik kertas dan mencapai pensel lalu menulis. 
C2H4+3O2 --> 2CO2+2H2O
"Kau faham jugak kan equation ni?"
Angguk. 
"Bagus. Kita lanjutkan. Kemudian Incomplete Combustion pulak happen when there is not enough oxygen for the combustion to take place. Products such as carbon monoxide and carbon are formed. Equation dia macam ni.."
C2H4+2O2 --> C+CO2+2H2O
"Atau.."
3C2H4+6O2 --> 2C+2CO+2CO2+H2O
"Fuh! Ni aku terang berjela-jela ni kau faham tak, Iman?"
Angguk. "Faham. Tapi yang equation ni perlu hafal ke?"
Aimy geleng. "Kau fahami baru kau senang nak jawab bila dalam exam mintak equation. Kau faham equation dia ni?"
"Faham. Faham."
"Baguslah. Sodaqallahulazimm." Aimy merebahkan kepala di atas meja lalu memejamkan mata. Mata masih membaca buku rujukan. Imaan, Fighting! Sebulan lagi nak SPM. Dahlah minggu depan dia kena fly pergi Sarawak sebab ada program Cita-citaku Seorang Penulis.
Kelas yang tadinya hingar bingar macam kat Pasar Tamu Mega dengan sesi perbincangan tiba-tiba senyap macam ada malaikat lalu. Pelik? Memang aku pelik. Tapi mataku tetap tidak beralih dari atas buku rujukan Chemistry.
"Assalamualaikum.." satu suara memberi salam. Suara yang tidak pernah didngar selama ini.
"Walaikumussalam.." Seisi kelas menjawab termasuk diri ini dan kecuali Aimy yang sedang lena di atas meja. Wajah kuangkat. Ada seorang lelaki yang memang tak dikenali di muka pintu. Normal berbaju sekolah. Tapi ada songkok di atas kepala. Erk.. Itu je yang tak normal kot. Songkok kan orang pakai pergi surau atau masjid je selalu. Takpun pakai masa raya aje. Ini memang pelik bila ke kelas pun pakai songkok. Pelik yang teramat pelik.
By the way..
Budak ni ke yang Amel cerita semalam?
Yang anak jutawan? 
Yang ayah dia ahli bisnes? 
Bisnes kereta dalam dan luar negara? 
Yang mak dia Ustazah? 
"Err, tumpang tanya, ni kelas 5 Sapphire kan?"
Soalannya bagai angin lalu. Tidak dijawab oleh sesiapa. Masing-masing masih tercengang dan masing-masing buat endah tak endah.
"Ini kelas 5 Sapphire?" diulangnya lagi. 
Nak tergelak pun ada tengok wajahnya yang agak cuak kot.
"Ha'ah. Ni memang kelas 5 Sapphire macam kat label atas pintu tu. Ada apa ek?" Ilham menjawab pertanyaan selaku ketua kelas.
"Erk. Ana murid baru kat sini.."
Semua tetiba gelak. Termasuk dirinya sendiri. Heh. Dia sengaja nak buat lawak atau buat-buat lawak? Salah dimensi alam kut. Ini bukan di tanah Arab. Tapi Malaysia. Nak ber 'ana' bagai.
"Errr.." Dia menggaru belakang kepalanya.
"Takpe-takpe. Dorang ni memang macam ni. Suka gelakkan orang. Padahal diri sendiri lagi teruk. Hah. Masuklah. Duduk sebelah aku ni. Sini memang kosong," Ilham memberi arahan lagi.
Halamak. Nerd weh! Nerd! Aku yang memang tak ada kaitan dengan budak tu pun rasa nak bersembunyi bawah meja. Tak tahu kenapA.


No comments: