Friday 7 December 2012

Chapter3



BAB 3
Cinta suci tak perlu komunikasi.
Cukup sekadar doa di sujud masing-masing.
 
 "YUSADAP!"
  Mata cepat celik. Astagfirullah. Tangan meraup muka. Macam orang putus fius aje bercakap dengan alarm dengan mata terpejam. Nasib baik Taqwaa masih lena beralaskan buku references apa entah di atas meja.Kalau tak sumpah sampai tahun depan pun sahabatnya itu tak akan berhenti gelakkan aksinya tadi. Skrin telefon direnung. 'Tahajjud' beserta animated loceng-loceng kecil menghiasi skrin. 
  Masanya untuk Tahajjud. Ya Allah, malam ini bertambahlah doa di sujud terakhirnya. Semoga wanita yang minta namanya diukir menggunakan khat hasil tangannya itu tadi menjadi jodohnya. Dan jika bukan, damaikanlah hati Ya Allah untuk menerima ketentuanMu. Entah kenapa, hatinya terasa disusupi perasaan yang dia sendiri sukar untuk menafsir. Astaghfirullah. Kiranya perasaan ini adalah jalan syaitan untuk membawanya ke arah kemaksiatan, dia lebih rela perasaan ini dihapuskan. Dan jika perasaan ini yang bakal melengkapkan deen nya, dia berharap agar Allah meredhai jalan ini. 
  Taqwaa dia kejutkan. Nyenyak tidurnya di atas meja. Sahabatnya itu menggosok-gosok mata tanda rasa mengantuk masih menguasai dirinya.
"Dah pukul berapa ni?" soal Taqwaa dalam keadaan mata yang masih belum terbuka sepenuhnya.
"Tiga pagi waktu di sini.."
"Kau dah ambil air wudhu'?"
"Belum lagi. Apahal?"
Taqwaa kembali merebahkan mukanya. "Lepas kau ambil wudhu baru kau kejutkan aku sekali lagi."
Lalu mereka bergilir mengambil wudu' lalu berama-sama mendambakan jernih embun kasih sayang Sang Pencipta.


 
 KRINGGGG!! KRINGGGGGG!!! KRINGGGGGGGGG!!!!
  Alarm dari telefon bimbit mengaum tanpa henti dan getarannya seolah-olah berlakunya gempa bumi. Bergegar katil. Mata dibuka perlahan. Nak tekan snooze ke nak tekan stop?? Snooze.. stop..snooze..stop..snooze..stop..Kalau snooze, wajiblah lima minit kemudian alarm tersebut akan mengamuk sekali lagi memaksa dia untuk bangun dari tidur yang lena. Tapi kalau dia tekan stop, tidur boleh disambung dengan lenanya tanpa gangguan walaupun sehingga tengah hari nanti.
  Baik tekan stop aje kan? Bahagia hidup.
  Okey, tekan stop.
  Heh! Belum sempat menekan butang stop, seperti ada sesuatu yang menghalang tangannya daripada terus bertindak sedemikian.
  Maira. Mairaa.. Ikut sangatlah bisikan syaitan tu. Dari buang masa nak tekan mana satu baik bangun sekarang. Jangan dengar kata-kata syaitan. Pantas, Maira bangun dari tidur. Terpaksa jugak aku tekan butang stop biar tak mengamuk lagi alarm ni. Nanti terganggu pulak lena Imaan di katil sebelah.
  Dengan malasnya, kaki dihayun menuju ke kamar mandi untuk mengambil air sembahyang. Cukuplah dengan wudu', dia sedar seratus peratus dari rasa mengantuk. Segar rasanya biarpun air yang digunakan sejuknya macam air salji. 
  Telekung disarungkan menutup tubuh. Terasa damai dengan pakaian suci ini. Maira membuat angka tiga menggunakan jari telunjuk, jari hantu dan jari manis lalu  dilekatkan di dahi. Hm, cukup luas. Kain telekung pula dipastikan menutup kaki dan memastikan agar tidak terselak sehingga menampakkan bahagian kaki semasa mengerjakan rukun-rukun solat nanti.
  Nafas ditarik dalam-dalam lalu takbir diangkat dengan niat tahajjud di dalam hati. Seusai Tahajjud dua rakaat, Maira kembali berdiri. Mengangkat takbir lagi dengan niat solat sunat taubat. Kemudian dia berlama di atas tikar sembahyang, beristighfar sebanyak yang mungkin, seikhlas yang mungkin. Dia berdiri lagi dan mengangkat takbir dengan niat solat sunat hajat di dalam hati. Kemudian berlama di dalam sujud. Meminta agar didekatkan dengan pencipta. Meminta agar solatnya berjiwa dan tidak kosong. Meminta agar keluarganya di benua seberang dirahmati, diredhai dan diberkati Allah. Meminta sahabatnya dikurniakan hidayah. Meminta dipermudahkan pengajian di sini. Dan meminta didekatkan hati pada si penulis khat tadi andai ada jodoh di antara mereka. Dan meminta agar didamaikan hati andai jodoh bukan ketentuan mereka.
  Selesai semuanya aku membuka teLekung lalu melipatnya ringkas. Katil Imaan kudekati. Lena tidurnya. Dan novel itu masih dalam dakapannya. Entah apa yang istimewanya.
Maira kembali ke katilnya. Tapi mata begitu sukar untuk tertutup semula. Entah kenapa  lelaki tadi terselit dalam doanya pada pagi ini. 

I confided to You: “I have many dreams that I want to come true.” 
You said:“Call upon Me; I will respond to you.” (Surah Ghafir 40:60)







No comments: