Wednesday 26 December 2012

Dia yang kujumpa dalam rebutku menaiki bas KHAR




Kita berebut-rebut menaiki bas Khar bukan?
Kita berebut-rebut tanpa ingin lewat sedikit pun.
tanpa ingin lewat seminit pun.
tanpa ingin lewat sesaat pun.

kerna kita terbayang akan kerehatan yang terbentang di rumah.
terbayang akan kemalasan di rumah.
terbayang akan tidur yang lena memeluk bantal di bawah selimut.

ada yang kata,
"itulah seni lukisan kehidupan universiti"

ada juga yang kata,
"this is hectic life"

dan bila pak cik pemandu itu berkata,
"nanti bila dah jadi guru, suruh anak murid berbaris naik bas, tapi sendiri Masya-Allah"

tertunduk dan kaki cuba menendang-nendang batu kerikil yang terbawa oleh kasut-kasut.
begitukah kita?
begitukah aku?
begitukah kamu?

tetapi, perisai husnudzon(bersangka baik) itu melihat suasana ini dari sisi positif.
Lihat, lihat itu, ada sekumpulan sahabat yang tak mahu sahabatnya itu tertinggal bas.
tidak mahu sahabatnya itu tiada tempat di dalam bas itu.
Dia tetap mahu bersama sahabatnya yang polos itu.
Dia tahu sahabatnya yang polos itu bukan seperti dia. 
Sahabatnya yang tak suka berebut-rebut seperti itu.
Tapi dia tetap memegang tangan sahabatnya itu,
erat sekali.
menaiki bas bersama-sama.
bila sampai di kerusi bas,
mereka menghela nafas serentak.
Lalu ketawa bersama.

di situlah persahabatan itu nampak terukir begitu indah sekali.


tetapi, kita lupa akan satu hal yang perlu kita ambil pengajarannya,
bukan aku ingin menyakiti,
jauh sekali memperingati,
kerana aku tidak layak untuk memperingati kalian.
Layakku itu hanya sebagai pemerhati,
pemerhati yang sepi.

aku ingin memberitahu kalian,
bukan hanya untuk menaiki bas itu kita perlu berebut-rebut untuk sampai di destinasi.
tahukah kalian ada satu lagi yang perlu kita rebut?


jalan ke syurga.
jalan ke syurga yang bila kita sampai padanya,
kita selama-lamanya berada di situ,
kerehatan yang abadi.
yang tidak kan terhenti,

tapi kenapa ya pemerhati sepi,
memerhati jalan ke syurga itu sepi,
tidak semeriah jalan untuk menaiki bas khar?


mungkin pemerhati sepi itu tidak nampak .
mungkin..


adakah sekumpulan sahabat itu juga tidak mahu berpisah dan mahu bersama-sama di jalan syurga,
tanpa mahu melepaskan eratnya pegangan tangan seperti tadi?
tanpa mahu sahabatnya tertinggal?
tanpa mahu sahabatnya itu tiada tempat di syurga?


T__T


keterlaluan kita pada dunia.
sehingga kita lupa pada jalan kita,
jalan-jalan yang takkan pernah tertutup untuk kita,
tapi, kita selalu memalingkan pandangan dari jalan itu



P/S : Ya, dia yang kujumpa itu adalah idea ini :)



No comments: