Thursday 3 January 2013

Mencari lelaki bila ada masalah? Good.

pernahkah anda merasa tika masalah meraja , anda tiada sesiapa?
ya, dia juga begitu.
tika dihimpit seribu masalah dan dibalut sejuta duka, tentu dia tidak mahu bersendirian.
tantu dia mahukan teman. bukan sebagai tempat memohon bantuan,
tetapi cukup sebagai sandaran kepala tika airmata menyeberangi pipi.

ya, mungkin anda akan katakan,
Allah sentiasa bersamamu, dalam suka dukamu. Jangan bimbang.
Betul.
Tepat,
Kerana Allah itu sentiasa mendengar. Sentiasa mengasihani.

Tapi, ada ketika manusia tewas.
Dia ingin cari teman. Teman untuk berbicara. berkongsi cerita mencari solusi.

begitu juga Stella.
Gadis yang mungkin gembira dan harinya sentiasa terukir dengan senyuman.
Tapi mungkin tak ada yang tahu, dia debalut luka atas permasalahannya.

Stella,
bila dia ada masalah, dia mencari orang yang bisa dia bawa berkongsi,
yang mampu memberikan pandangannya yang bernas.

tapi,
di saat stella berperang dengan dirinya sendiri,
tidak mahu bermanja dengan mana-mana lelaki, untuk berkongsi cerita,
sedang stella memilih nombor kita untuk di mesejnya dari memilih nombor mana-mana lelaki di nombor telefon yang dia simpan,


kita angkuh!
kita tolak dia,
kita abaikan dia..

terkadang, ya, kita balas mesejnya,
tapi sekadar cukup sekali dua..

tanpa belas Stella ditinggalkan..


lalu Stella rasa dirinya tidak penting..
Dia cari lagi nombor yang bisa dia berkongsi cerita.

tapi semuanya sombong,
semuanya angkuh..

sedangakan stella ingin benar mengangis pada seseorang.
Stella ingin benar menangis pada orang yang sepatutnya.

Tapi,
setelah dia ditolak,
dia mula goyah..
dia mula rebah.
kekuatannya luntur.

Lantas dia cuba , mencuba-cuba berkongsi cerita dengan lelaki,
dan lelaki itu amat prihatin lagaknya.
Malah stella cuba berkongsi dengan bukan satu malah ramai sahabatnya yang lelaki.
Mereka menenangkan Stella dengan ayat yang mereka punya.
Mereka damaikan hati dan jiwa Stella.

Lalu kita yang tadinya angkuh,
yang tadinya sombong,
menuding jari pada Stella,

"Dia tidak mampu menjaga ikhtilat!"
"Dia gatal!"


Bukankah Stella itu telah pergi pada kita?
Bukankah Stella itu sudah menghubungi kita terlebih dahulu?
Bukankah Stella itu sudan meminta damaikan dia terlebih dulu dari kita?

dan..
Bukankah kita yang menolaknya?
Bukankah kita yang mengabaikannya?
Bukankah kita yang sekadar melayannya dengan begitu sahaja??


Lalu kita salahkan dia??
Lalu kita hukum dia?
Lalu kita menampar dia dengan tuduhan yang membebankannya.

renungkanlah.
bila ada yang datang kepadamu,
jangan abaikan dia.


p/s : tajuk di atas hanya untuk menarik anda untuk membaca .

No comments: