Tuesday 11 December 2012

Maaf si perayu cinta.

Buat si perayu cinta yang terlalu sering aku kecewakan.
Yang terlalu sering kuabaikan.
Yang mana pandanganku terlalu payah untuk memandangmu.
Yang hati terlalu keras untuk dimiliki olehmu.

Buat si perayu cinta,
Yang selalu meruntun aku untuk bersamamu selalu,
yang selalu meminta menghabiskan masa denganmu,
Bukan ku tak sudi,
tapi, aku terasa berat.
Berat dan sarat dengan karat.

perayu cintaku bukanlah manusia-manusia,
kerana aku tiada apanya di mata-mata sesiapa,

buat sejadah si perayu cintaku yang tegar,
kenapa ya, cinta mu itu benar-benar telus.
tapi begitu sukar untuk kuturuti?
begitu mudah untuk aku ingkari ?


Engkau terlipat di situ. dihujung katil. yang apabila kubuka mata, kau lantas tersenyum padaku. engkau merayuku. merayuku untuk bersamamu. tetapi aku kejam. aku lantas menutup mata kembali. Membiarkan kau keseorangan . kesepian pada malam-malam. Maafkan aku perayu cintaku .



Buat perayu cintaku yang sentiasa terdampar di atas mejaku.
Bukan sedikit karangan surat cintamu untukku,
yang kau karang untuk meraih cintaku.
Namun, aku tetap sahaja tidak terkesan olehmu.

kenapa? kenapa? dan kenapa?

keras bukan hati ini? 
T__T

perayu cintaku yang setia,
perayu cintaku yang tak pernah berputus asa,
akankah kalian terus-menerus menagih cintaku?
Atau kalian akan penat menungguku,
lantas jemu untuk merayuku?


ku harap jangan begitu,
walau hatiku sekeras batu,








No comments: