Saturday 15 December 2012

Usrah. #part2




Usrahku,

Kami mulakan dengan membaca Surah Al-Hujurat ayat 1-5, dan surah ini juga menjadi homework kami untuk dihafal. 
*menangis dalam hati. Lamanya rasanya tidak kuhafal ayat-ayat cinta Allah. Terima Kasih Allah kerna Kau masih menyayangiku dengan memberi nikmat petunjuk dan hidayahmu.

Sungguh merdu bacaan mereka. Sedang aku hanya mampu membaca dengan nada biasa. kusandar impian untuk meperbaiki bacaanku.

"Liza, bacalah maknanya.."

Senyum.

 “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”.(Al-Hujurat: 1)

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebagian kamu terhadap sebagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyadari”. (Al-Hujurat : 2)

“Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hari mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar”. (Al-Hujurat : 3)

“Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari luar kamar (mu) kebanyakan mereka tidak tahu”. (Al-Hujurat : 4)

“Dan kalau sekiranya mereka bersabar sampai kamu ke luar menemui mereka sesungguhnya itu adalah lebih baik bagi mereka, dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang”. (Al-Hujurat : 5)


"Surah ini mengajar kita untuk lebih berhati-hati. Bukan berhati-hati melintas jalan tau. Tapi berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata. Jangan bercakap tinggi, kasar dan sebagainya pada orang lain. Kalau membaca keseluruhan surah dengan maknanya sekali , banyak lagi yang diajarkan melalui surah ini. Boleh baca tak balik nanti?"

Senyum dan angguk. "Inshaa Allah"
Tenang.

"Pernah tak rasa down?"
Angguk.

"Dalam berdakwah atau apa sahaja, kita sering dilontarkan dengan pelbagai kata-kata. Mungkin ada yang tak puas hati dengan kita atas apa sahaja alasan. Tentunya kita down kan? Tapi, Kita nak bangun semula atau berhenti di situ?"

"Bangun semula. Bina semangat baru."

"Alhamdulillah, betul. Bnagun semula dan bina semangat baru. Kenapa kita harus lemah ? Sedangkan saudara seakidah kita di sana , dilontar, dilempar dengan peluru peluru, tetapi mereka tidak jatuh. Malah bangkit? Kita yang dilempar hanya dengan kata-kata ini mahu rebah selama-lamanya?"


Tunduk.

"Kadang-kadang kita bukan je rasa down dengan kata-kata orang . Tapi diri sendiri kadang-kadang down kan diri sendiri. Pernah rasa tak?"

"Pernah. Kadang-kadang rasa sakit hati bila diri ni automatically rasa baguss sangat bila lalu depan orang tudung biasa. Rasa yang terbagus! Macam mana nak overcome rasa tu ek kak? Sakitnya hati dengan hati sendiri kengkadang.."

"To be honest, akak pun macam tu. Tapi akak hadapi. Akak tak hindari. Akak terus bergaul dengan dorang. Akak cari kelebihan dorang. Dan akak tengok, mereka ni lebih bagus dan jauh lebih bagus dari segi keyakinan pada diri sendiri, dari segi management, dari segi kekuatan nya.. Try lah bergaul dengan mereka. Jangan hindari pula."

...Dan, berfikirlah, bahawasanya, manatahu esoknya kita pula bertudung pendek. dia pula bertudung labuh? Kerna hati itu Allah yang pegang. Mana tahu Allah nak uji?"

..maka berdoalahh..

"Ya Allah! Janganlah Engkau palingkan kembali hati kami selepas Engkau memberi petunjuk dan berilah kepada kami rahmat di sisi Engkau. "

Refleksi : "Cukupkah muslimah sekadar pada tudung labuh?"
T__T nanes.

            

No comments: