Wednesday 19 December 2012

Persatuan Mahasiswa Sains.

Dalam keterbaharuan menjejakkan kaki di suluh budiman.
Dalam ketersesatan mencari Dewan Kuliah A.
Dalam keterpingaan mesyuarat apa ini sebenarnya?
Dalam keterhairanan undi-undian yang dijalankan.


Namaku naik dalam pencalonan Exco Akademik dan Kerjaya.
Setelah dicadang oleh kakak yang tidak kutahu namanya.
Dan disokong oleh Kak Husnil Khatimah yang sememangnya ku dekati.


tahniah, gagal mendapat undian.


Lalu diundi sekali lagi oleh kakak yang juga tidak kutahu namanya.
Naik lagi dalam pencalonan Exco Perhubungan Awam.

Takziah, aku berjaya meraih undi.

Persoalannya, bagaimana aku yang tidak dikenali ini,
Yang masih tidak tahu apa-apa ini,
Yang masih hingusan ini diberi kepercayaan untuk memegang sesuatu yang kurasa mungkin berat.
Bagaimana ini?


Bingung.
Bimbang.
Risau.

Tapi, jalan Allah itu begitu indah lukisannya.
Tahu? Mungkin tugas ini salah satu dari jalan Allah untuk menjagaku.
Benar, aku terasa aku terjaga dengan tugas-tugas ku.
Allah Allah Allah.
:')
Baiknya Allah.

Padahal, pendiam, pasif, lemah, itu semua tittle yang kupegang dahulu.
yang kini kian terhapuskan.


Terima kasih semua. Anggaplah aku adik kalian yang perlukan bimbingan dan tunjuk ajar :')

"Makan mee guna garfu, Tunjuk ajarku sifu"








No comments: