Thursday 21 February 2013

Buatmu, sahabatku.

Indahnya persahabatan itu bukan pada tawa yang kalian ciptakan.
Juga bukan pada hiburan yang kalian dendangkan.

Tapi indahnya persahabatan itu pada keimanan.
Yang berpaksikan ketaatan.

Aku memandang Nuha.
Begitu kontra akan diriku.
Diriku ini sudahlah aurat pun kututup asal cukup.
Tak perlu memakai handsocks, tak perlu pakai stokin. asal cukup bagiku dengan baju kurungku.
Solat pula memang wajib bagiku.
Tapi, bila ada sedikit halangan sahaja, mudah untuk kukatakan,"ahh, tak apa. Apa nak buat.. dahnya ada aral melintang."

Tetapi Nuha pula? Tidak boleh tidak! Solatnya mesti cukup. Solatnya yang dia utamakan.
Tidak kisahlah dia terpaksa berulang alik di bawah terik matahari ataupun terpaksa lewat ke kelas.
Itu Nuha. Yang tetap pendiriannya.

Mulutku menyanyikan lagu 'Sahabat-Najwa' yang bermain di corong radio bas.
Nuha di sebelah membuka buku yang bersaiz kecil.
Tetapi itu pun dia seakan-akan menyembunyi buku itu dari pandangan orang awam di dalam bas.

"Nak baca sama?" tanya Nuha padaku.

Geleng. Allahurabbi. Kenapa hatiku keras dan tidak selembut dia.
Dan dalam hatiku terus-terusan mengatakan Nuha itu hanya mahu menunjuk.

"Kenapa kau sibuk-sibuk ajak aku buat baik huh? Kubur masing-masing."

"Sebab kubur lain-lainlah aku perlu sungguh-sungguh ajak orang buat baik. Kalau kubur sama, bolehlah tolong-menolong masa tu."

Sentap.

"Aku menyayangimu atas nama Dia. Atas nama Allah. Dan aku tidak mahu di akhirat nanti, kita berbalah.

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib; setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)." Az-Zukhruf : 67

"Tapi Nuhaaa.. kenapa kau tidak pernah menghinaku atas kesalahan yang aku lakukan? Kau tidak pernah mencemuhku. Malah masih berlembut denganku.."

"Sahabatku.. Terdapat kisah seorang alim dan seorang nasrani (bukan Islam). Satu hari, orang alim itu berjalan-jalan , kemudian melanggar seorang nasrani. Semasa terlanggar, si alim berkata, "Tak guna punya ahli neraka!"

Si Nasrani marah lalu berkata, "Apakah kamu yang memegang neraka? Maka saksikanlah bahaasanya aku ini naik saksi bahawa Allah itu Tuhanku, tiada Tuhan selain Dia, dan Muhammad itu Rasul-Nya," Kemudian si nasrani mninggalkan si alim.

Si alim meneruskan perjalanan. Akhirnya dia melalui sebuah rumah. Dari rumah itu keluar seorang gadis yang sangat cantik, hingga dirinya terpikat. Maka dia segera bertemu dengan ayah si gadis itu, meminta untuk dikahwinkan dengannya. Rupa-rupanya keluarga itu adalah keluarga bukan Islam.

Si Ayah berkata, "Jika kau hendak mengahwini anakku, maka masuklah ke dalam agamaku dan bekerjalah sebagai penternak khinzirku selama beberapa bulan."

Oleh kerana hatinya sudah sawan dengan perempuan itu, tanpa sedar, si alim bersetuju.

Satu ketika, si Nasrani yang sudah memeluk Islam tadi melalui kembali jalan tersebut dan terserempak dengan si alim yang sedang menggembala khinzir.

"Apa yang sudah berlaku kepadamu wahai Muslim?"

Si alim tadi menjawab. "Kerana aku menghinamu, maka Allah menukarkan kedudukan kita."


:)
Senyum,
Cerita ini aku bingkiskan buat sahabatku yang telah pun melepasi hari jadinya.
yakni, Eza Syafiza, Laeeba Haslan, Khalis dan Nursharmilla Adilla.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kamu.
Dan semoga Allah tidak melepakan pandangannya ke atasmu .

Ukhuwah fillah!




3 comments:

Nur Patience said...

Assalamualaikum kak. mohon copy entry ni ya. saya nak bagi kawan-kawan saya baca. terima kasih kak sebab post tentang sahabat :')

Aliza Nuraini said...

Waalaikumussalam. silakan adik ku sayang. sebarkan bahagia :)

Unknown said...

it is precious .. sgt :D