Thursday 25 April 2013

Dandelion : Cerita 4


BAB 4
            Mata Hana berkalih dari baris-baris ayat Remember Me-Sophie Kinsella ke arah Helenn yang baru membuka pintu dari luar. Gadis itu baru sahaja balik.
            “Kenapa muka gembira sangat, Helenn?”
            “Gembira untuk kau..” Senyum Helenn melebar. Beg sandang dilempar lembut di atas katil.
            Kecil mata Hana. “Blurlah. Kenapa pulak nak gembira untuk aku?”
            “Rasa-rasanya aku terjumpa MP3 kau yang hilang kelmarin tu.”
            Mata Hana bercahaya. “Really?? Mana??”
            “Err.. Sorry. Aku tak ambil sebab tak sure itu kau punya. MP3 Sony Walkman hitam plus merah jambu tu ek?” Tudung dibuka dan digantung dengan hanger.
            “Aku punya lah tu. Kat mana ? Biar aku pergi ambil sekarang..” Laju Hana berdiri.
            “Dekat notice board surau.”
            “Whuattt?” Rahangnya jatuh. Ini tak masuk dek akal langsung. Macam mana MP3 itu boleh ada di surau sedangkan dia sendiri tidak pernah menjejakkan kaki sana?
            “Kenapa respon macam tu pula?”
            “Helenn. Kau tahu kan aku tak pernah jejak kaki ke surau. Kecuali masa orientasi dulu tu aje. Macam mana pulak MP3 tu boleh ada di notice board surau? Pelik betullah.”
            Helenn menjungkit bahu. “Mungkin orang jumpa MP3 kau tu dekat mana-mana kot. Lepas tu dia tak tahu macam mana nak kembalikan pada tuan dia.. Then, dia letak je kat notice board surau.”
            “Mungkin jugak…. Tapi bukannya tak ada notice board umum dekat laluan beratap menuju ke dewan kuliah tu? Kenapa mesti diletak di surau jugak?”
            “Tak tahulah, Hana. Malam karang aku ada meeting kat surau. Kalau kau nak, aku boleh je ambilkan untuk kau”
            “Eh, tak payahlah susah-susah.. Biar aku je yang ambil. Aku kena ambil jugak sekarang. Notice board sebelah mana?”
            “Betul ni?”
Sebelah yang paling luar. Yang muslimin dan musimat semua boleh tengok.”
            MP3 aku dah dijumpai. Now tergantung di notice board surau. I was like ‘whoaa’? Surau?-Hana
            Butang send ditekan dan mesej itu dihantar pada Helmi.
            Hana menyarungkan tudung ‘segera’nya. “Anyway, thanks Helenn..”
            “Tara hal..” dia menghantar Hana ke pintu dengan pandangan.

            Hana membuka kasut yang menyarung kakinya dan meletakkannya di tepi tangga bersama kasut-kasut yang lain. Kalau Krun melihat dia melangkah ke surau ini, sudah tentu jadi bahan ketawa Entah-entah sehari pun tak habis dia gelakkan. Bukan apa, tak pernah-pernah dia ke surau selama dia hidup di kolej ini. Tiba-tiba hari ini, mukanya ada pula di surau.
            Terhendap-hendap kakinya melangkah di atas lantai surau. Macam gaya perisik pun ada. Bimbang juga ada Kak Wanaa, Kak Huda ataupun Kak Wati. Silap hari bulan, mereka bawa untuk berkampung di surau ini juga.
Tujuannya hanya satu, Notice Board di mana MP3 nya digantung.
            Ramai juga yang ‘berkampung’ di surau dekat-dekat tengah hari macam ni. Sayup-sayup kedengaran lantunan ayat suci dari bahagian muslimin berselang seli dengan gelak kecil di bahagian perempuan. Damai. Lain benar suasana dengan surau di sekolah menengah berasramanya dahulu. Jauh beza.
            Heh Hana! Ke surau untuk ambil MP3 sahaja. Bukan melihat ke sana-sini. Bukan memerhati itu ini.
           

            Bacaannnya terhenti di Surah Al-A’raf ayat ke 127. Diingatnya di dalam hati sebelum kitab itu ditutup lalu diletaknya di rak tepi dinding. Matanya beralih dari barisan ayat-ayat suci ke arah gadis yang menghampiri notice board di bahagian luar surau. Perlahan gadis itu membuka pintu slide notice board dan mengambil MP3 Sony Walkman miliknya mungkin.
            ‘Dia rupanya pemilik MP3 itu,’ Taqwaa bermonolog sendirian. Senyum terukir.
            Gadis pemilik MP3 itu menutup semula pintu sliding yang menutup notice board bagi melindungi kertas-kertas tazkirah, pengumuman, memo dan sebagainya dari ditiup angin ataupun terkena tempias hujan.
            Taqwaa lantas berdiri dan mengejar gadis yang sudahpun berada di anak tangga tempat dia meletakkan kasutnya.
            “Ukhti!!” panggilnya.
            Hana tidak jadi menyarungkan kasutnya Lelaki berpakaian melayu maroon berseluar jeans dengan songkok hitam di kepalanya itu datang menghampiri. Lebai surau itu memanggilnya kah? Dengan panggilan ukhti?
            “Ukhti..”
            Hana menoleh ke belakang. Tidak ada sesiapa. Sahlah dia yang dipanggil ‘ukhti’ oleh lelaki itu. “Saya?” Hana menunjuk dirinya sendiri.
            “Na’am. Entilah..”
            Erk? Berbahasa arab pula. Tersilap orang lelaki ini.. “Pardon?”
            Senyum. “Ya. Kamulah.”
            “Kenapa?” Hana mengerutkan dahinya.
            Taqwaa menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. “Maaf ya. Ana sekadar ingin menegur.”
Ber’ana’ pula? Ingat ini negara Arab apa? Tegur apa pula kali ni? Dia ada buat salah ke?
“Ukhti, Di sini tempat masuk untuk muslimin. Dan juga tempat letak kasut untuk muslimin. Lagi manis kalau ukhti melalui pintu dan jalan belakang juga meletakkan kasut ukhti di sana.”
Mata jatuh ke anak tangga. Memerhati kasut-kasut yang tersusun berderet di atas tangga. Ya, semuanya kasut lelaki! Malu. Macam manalah dia boleh lupa yang ini jalan masuk untuk kaum axis Y? Aduh! Rasanya mahu tergolek-golek jatuh di atas tangga ini ditembak oleh teguran ‘lebai surau’ itu. Memang obvious sangatlah jarang datang ke surau ini. Aduh!
“Janganlah buat muka kelat macam tu pula.”
“Err.. Baiklah ustaz! Nanti kalau saya datang lagi, saya lalu pintu belakang ya?”
Errkk? Ustaz? Suka hati aje panggil dia Ustaz. “Datanglah. Jangan segan-segan.”
Hana menyarungkan kasutnya. Cepat-cepat dia berlalu dari surau itu.
           
           
            ... Previous / Next ...

No comments: