Thursday 25 April 2013

Dandelion Cerita 2

BAB 2

                        Pensyarah belum masuk-masuk juga. Dan mungkin tak akan masuk hingga ke akhir masa. Headphone masih di telinga. Nightmare - Secondhand Serenade bermain berdentum-dentum di telinganya, Jari-jemari juga turut mnegetuk-ngetuk paha mengikut rentak muzik.
            “Miss..”
            Kerusi diketuk dari belakang. Imaan segera menoleh. Isyarat ‘Headphone downs’ dari lelaki berbaju kemeja ungu lembut itu terus sampai diotanya lalu diproses segera dan menyampaikan kepada tangannya untuk bertindak melepaskan headphonenya buat seketika.
            “Miss tak pekak ke dengar lagu volume tahap tak ingat dunia? Saya kat belakang ni pun boleh dengar tahu? Saya panggil miss dari tadi pun miss tak dengar. Ke miss pura-pura tak dengar?”
            Mata Hana mengecil bersedia memancarkan sinar cahaya laser ultraman. Tak kenal tak tahu nama pun sudah mahu menyakiti hati orang?? Wajahnya mulai memerah menahan geram.
            “Sekadar tegur aje miss. Kalau ye pun, tak payah nak buat pandangan nuklear nak meletup tu. Seram tahu?”
            Hana mengetap bibir. Geram!
            Mamat baju ungu muda itu melompat ke kerusi sebelah Hana yang kosong. Nak pindah kerusi pun nak buat gaya flipback skate tu apasal?? Gaya ala-ala Jackie Chan beraksi tapi tak menjadi pun ada juga. Kasihan. Hana buat tak tahu.
            “Nama apa miss?”
            Haila. Mamat ni laa. Salah masuk kolej kut. Patutnya mamat romeo yang macam ni pergi masuk kolej di Texas sana. Baru padan dengan kasanova dia. Ini masuk sini apahal. Sesat kot.
            “Do you hear me miss? Nama apa?”
            Imaan memandang lelaki itu gaya mahu menelan. “Untuk tahu nama saya itu satu kehendak atau satu keperluan?”
            Gulp. Lelaki itu menelan liur. Boleh tahan keras gadis ini. “Keperluan!” Jawabnya berani. Kalau dia si singa betina,aku boleh jadi si singa jantan.
            Amboi, berani betul dia menjawab! “Perlu untuk apa?”
            “Errr..”
            “Kalau perlu untuk mengurat atau saja usha-usha, kirim salam awal-awal. Saya tak hingin.”
            “Eh. Miss..”
            “I’m dead serious. Kalau nak kenal untuk bergula-gula.. Maaf bukan saya. Go find another chicks.”
            “Err.. Miss.. Actually nak tahu nama miss sebab nak balikkan kad pelajar miss yang jatuh. Saya kutip dari belakang. Need to know your name to be sure this card is really yours. Gambar macam miss tapi macam bukan juga.”
            Haa?? Segera tangannya meraba bawah tudung mencari kad pelajarnya. Tak ada! Seriously rasa mahu bersembunyi di bawah kerusi sekarang juga.
            Lelaki itu ketawa kecil melihat wajah Hana yang mulai kemerahan menahan malu. Kalut gayanya gadis itu. “Hana Illyana?”
            Hana menoleh. “Bawak sini!” Terus dirampasnya kad pelajar di tangan lelaki itu. Aduh! Rasa muka ni dah tebal macam buku referens Success Biology masa zaman SPM dulu-dulu. “So, dapat moral valuenya di sini? Kurang-kurangkan lah ye negative thinking tu.”
            Hana sekadar diam. Geram. Tapi dia malu.
            “I’m just saying.”
            “Sorry.” Tutur Hana perlahan. Walau apapun, dia tahu dia bersalah. Garang tak tentu pasal.
            Lelaki itu mengukir senyuman tanda tarapapa. “Helmi.”
Hana angkat kening double jerk. “What hell? Hell.. mi ?”
            Perempuan inilah.. Macam nak kena siku pun ada. Sesedap nama orang Helmi dia kata Hell mi?
            “Kuantan.”
            Helmi pula angkat kening. Tak sangka perempuan itu pun ingin melanjutkan perkenalan.
 “Seremban.”
            “Nineteen.”
            “Twenty.”
           

... Previous / Next ...

No comments: