Saturday 27 July 2013

Bukan kamu saja.

Hakikatnya, bukan kamu saja yang merasa terpinggir.
Dan hakikatnya juga, bukan aku meminggirkan kamu,
Hakikatnya bukan pula kamu yang meminggirkan aku,
Dan hakikatnya, akulah yang meminggirkan diriku sendiri dari kamu.


Mungkin satu titik 'peristiwa hitam' yang bertanda dalam hidupku,
Yang membuat aku memenjara hati dari berkongsi rasa bersama kamu seperti dahulu.
Peristiwa yang membuat aku rasa aku perlu bangun sendiri tanpa bantuan seorang teman.


Aku berjaya, bangun sendiri bersama sokonganNya,
tanpa tongkat dari kalian,
Lama-lama aku jadi biasa.
Biasa bersendirian.
Tapi itu bukan bermakna aku lupakan kamu.


Tapi kini dan saat ini,
Aku rasa sepi walau kau lihat aku sedang ketawa menyusun gigi,
Sepi seperti langit yang tidak punya teman walau sebutir bintang.
Sepi bagai pelangi yang cuma punya satu garisan.


Dan mungkin,
angin yang membawa serpihan bisikanmu,
menyadarkan aku,


Aku perlu dan butuh kamu.











Dan mungkin sulit untuk aku nyatakan,
lantaran ego yang ku bina berbulan kebelakangan ini,



Aku rindu kamu.
Aku rindu kamu.




Mungkin sesiapa yang tertag di sini ada yang tidak mengenali aku. Ada juga yang tidak rapat dengan ku. Tapi, itu bukan yang utama. Kerna ternyata, Tuhan telah menciptakan kita memerlukan antara satu sama lain walau dalam sekecil hal sekalipun. Kerna itu, aku perlukan kamu. Dan kamu perlukan aku.


Aku rindu kamu gila-gilaa Khaty, Hasni, Faten, Tini, Aisyah....

Khalis, Hawa, dan sesiapa sahaja , kerna hadiah sahabat dari Tuhan untukku itu terlalu banyak untuk aku tuliskan. Sesiapa sahaja.. Aku rindu kamu.









No comments: