Tuesday 15 April 2014

Blog rare : Azmina Sarif :)

(Mention pasal Azmina Sarif kat bawah sikit ya. Intro pasal aku agak panjang sikit, Hehe.)
Otak aku memang akan mengeluarkan idea masa yang pelik-pelik sikit.
Contohnya semasa aku bawa motor.
Sepotong-sepotong perkataan tu otak aku keluarkan untuk ditulis. Tapi yalah, siapa lah yang mampu menaip sambil drive motor. Kalau ada, memanglah aku nak beguru 24/7 dengan dia.

Serius dan tak tipu. Aku rasa dah boleh buat satu novel apa yang otak aku beri idea masa drive motor.
Sebab tu lah lepas sahaja selesai tunggang motor sama ada hantar adik aku pergi sekolah, beli sayur-sayuran, beli janjanan … beli ini , beli itu, yada-yada… aku akan terus cari laptop aku di bilik. Segera dan terkejar-kejar, Sebab nak muntahkan apa yang aku fikirkan tadi kepada tulisan.

Tapi, malangnya… bila sampai sahaja depan papan kekunci dalam bahasa inggerisnya keyboard, blank.
Zzzzz. Aku rasa idea yang berguni-guni masa drive motor tu diterbangkan angin.
Masa tu Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa.
Dan semangat mahu menulis yang membakar marak gila tadi pun terpadam. Terpadam habis.
Dan aku pun terus ambil keputusan untuk tidur.

Haa, ini pun mungkin satu sebab kenapa penulisan aku terbengkalai macam bangunan yang terbiar. Bersabarlah kamu yang selalu menunggu apa cerita dengan karya aku *evil laugh.

Mungkin aku patut record apa yang aku fikirkan dengan recorder masa drive motor.

Oh yaaa, bercerita pasal motor ni, aku dah lulus JPJ Test! Weeehuuuu. Dan hari aku lulus test tu pun tepat masa hari aku birthday kelmarin. Happy tak happy. ^^

By the way, aku nak kenalkan dengan seorang blogger, yang blognya best. Tapi ikut korang punya definisi blog best tu yang macam mana. Kalau definisi blog best korang tu macam Hanis Zalikha punya blog, Fatin Liyana punya blog, Irine Nadia punya blog , serius ini mungkin bukan blog best bagi korang.

Aku suka Azmina Sarif ni sebab apa yang dia tulis tu real life. Real life yang macam mana?
Real life lah macam orang yang biasa dan sederhana. Kalau lihat blog Hanis, Fatin Liyana, Irine Nadia, Maeria Elena, semua tu macam dream comes true lah . Bercuti sana sini. Review produk mahal-mahal. Masuk majalah. (Memanglah itu real life mereka. Dan tak semua post dorang pasal bercuti dan review. Ada juga post yang best-best. Macam post Maria Elena yang hilang kasut. That awesome. Dan aku bukan condemn. Tetapi test lain-lain kan. Dan aku salute lah sebab nak buat blog jadi femes macam tu, kena working hard juga tau.)

Okey, kembali pada Azmina Sarif .. Gambar dia rare. Dan boleh dikategorikan sebagai pelik. Dan mungkin orang akan kata dia-ni-dah-kenapa?

Well its her. And always her.
To Mien, nice to meet your blog (orangnya belum lagi)

She still studying. Hye and hello Mien. Jom kenalan  :)
Kalau nak visit blog dia, visit sini :)




3 comments:

licha said...

singgah BW sini.. licha salu dpt idea masa mandi.. tapi kuar shower je dh lupa.

kucing comel said...

Salam, saya menjemput admin blog yang awesome untuk datang ke http://syokbah.com/

SYOKBAH – Portal Hiburan dan Gosip - dapatkan artikel terkini “Gosip selebriti dan berita hiburan Malaysia dan luar negara. Juga memaparkan video, gambar panas terkini dan sensasi selebriti seluruh dunia”

Aliza Nuraini said...

Hahaa . Kalau mandi, boleh kot bawak laptop tu masa mandi. Hahaa