Thursday 4 December 2014

Nota untuk keluarga masa depan.

Semua orang terutama remaja yang baru menuju ke alam dewasa punya mimpi untuk mencipta sebuah family yang happily ever after. Yang penuh dengan perancangan sweet moment. Termasuk aku. There's a lot yang aku inginkan dalam keluarga masa depan aku. Tapi, sejauh manapun kita merancang untuk berbahagia dan mencipta suasana yang nyaman untuk bakal pasangan, kita mungkin akan lupa bila keluarga itu sudah dibina. Angan-angan itu mesti akan jauh dilupakan kerana tanggungjawab yang banyak nantinya. So, aku harap nota yang aku buat ni, aku boleh buka bila aku rasa penat dalam rumah tangga nanti dan ingat balik macam mana keluarga impian aku. Dan aku akan terus bangun untuk terus warnai rumah tangga. Okay, mungkin ini bakal akan terlebih gula, tapi, hakikatnya, bila kita tua, penat dengan kerjaya, penat dengan kewangan, kita akan lupakan dan abaikan impian kita. Kalau kita lupakan impian kita tu, kita pun akan musnahkan impian anak-anak kita yang tentu mahukan keluarga bahagia.

1) Jangan bergaduh depan anak-anak.
Okay benda ini termasuk dalam benda yang sangat penting dalam keluarga masa depan aku. Ini prinsip terpenting dalam hidup aku sebagai isteri nanti. Mustahil dalam hidup berpasangan tidak ada konflik langsung terutama kewangan.Tapi aku minta sangat pada Tuhan, supaya ingat satu benda ini walau semarah manapun aku pada bakal suami aku. 

2) Befriend to my kids
Ini pun benda terpenting dalam prisip keibuan aku. Aku seboleh-bolehnya mahu ambil tahu semua tentang anak-anak dan takkan biarkan dorang mengasingkan diri dan rasa lebih comfort dengan orang lain. Kalau boleh, aku takkan mohonkan anak nanti dalam sekolah berasrama penuh. Well, its a good thing actually masuk dalam sekolah high standard macam tu. But for me, its not. I remember sekolah aku yang terlalu jauh tu yang buat aku lebih selesa hidup sendiri. Its good to be independent tapi, jangan sampai anak kita satu hari nanti lebih selesa hidup sendiri. 

3) Home sweet home.
Semua kenal dengan ayat ni. Yes, ayat ini typical digunakan oleh orang yang homesick yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. :) Well one of my dream is aku nak gantung ayat ni depan pintu rumah aku. Okay, impian ini taklah besar mana pun di mata semua orang. Tapi di mata aku itu sangat besar :)))

4) Sinki khas untuk berus gigi sama-sama setiap pagi.
Lol. Ini aku dapat idea masa tengok cerita full house. Cakaplah apapun yang idea ni childish atau whatsoever. Aku still nak jalankan :p

5) Selalu berkumpul di satu ruang
Well untuk orang yang impikan satu rumah yang warmth macam aku, avoided rumah dua tingkat. Sebab rumah dua tingkat akan buat anak kita lebih mahukan privasi untuk berkurung dalam bilik. ku tak nak anak aku nanti seorang yang pemendam. dan berkurung dalam bilik sahaja. 

6) Travel once a year. Picnic once a month.
Okay ini sebenarnya bukanlah satu kemestian Ikutlah kemampuan :) Tapi ini impian aku. Aku tak nak suami, anak-anak stress dan lepaskan stress di rumah. Travel picnic ataupun ambil angin kat luar boleh lepaskan stress dengan cara yang sangat positif. MUngkinlah ada sesetengah orang yang akan cakap perabih duit ja jalan-jalan ni. But for me its not. Its kinda a therapy untuk sebuah family dan boleh rapatkan hubungan.

7) Faham situasi suami. Sabar. Jangan ego.
Okay, ini benda basic. Dan aku sendiri pun tak mampu untuk janji pada diri sendiri yang aku boleh faham dn sabar dengan bakal pasangan aku. Tapi, aliza, if you open this entry again maybe 5 to 6 years later ingat yang family bukan untuk kebahagiaan kita dan pasangan kita. Tapi kebahagiaan anak. Sejauh manapun pasangan kita itu menyakitkan hati, try dan kalau dah exhausted sangat paksa diri untuk faham, sabar dan cuba take something easily, settle dengan bijak dan jangan ego untuk memaafkan demi anak-anak. Keluarga ni adalah kebahagiaan anak-anak. Bukan kebahagiaan kita dan pasangan. Kalau boleh, janji, dont make your kids shed tears because of their parent.

8 dan seterusnya)
please add your dream dan kita share untuk kebaikan bersama. huhu. 

Well, sorry to tag you this. huhuhu. :)

1 comment:

Unknown said...

It is hardly to meet someone like you, in my life...