BAB 1
Mengadu
pada Kak Wanaa, katanya “Ikutlah Usrah..”
Mengadu
pada Kak Huda pula, katanya juga “Ikutlah Usrah..”
Last
sekali mengadu pada Kak Wati, katanya pun sama. “Ikutlah Usrah.”
Lepas
tu, Hana dah give up mahu mengadu pada kakak-kakak geng tudung labuh itu.
Usrah.
Usrah. Usrah. Lagi-lagi usrah. Lagi-lagi usrah. Tak ada jawapan lain ke? Takkan
semua solusinya dengan hanya dengan menyertai usrah yang teramat-amat dia
alergi itu?
Usrah
tempat di mana senior-senior hanya tahu menunjukkan kuasa kediktatoran mereka?
Itu solusinya? Mana mungkin. Buat jiwa bertambah gila adalah.
Bukan
dia tidak pernah mengikuti usrah. Usrah yang diwajibkan pihak sekolah menengah
berasramanya dahulu itu. Tapi semuanya hanya tempat mem-brainwash adik-adik.
Manunjukkan yang senior itu punya kuasa dan mandat yang besar. Menunjukkan yang
senior itu tinggi dan mulia. Konon katanya memarahi untuk membentuk dan
membina.
Membentuklah sangat. Jauh sekali membina. Buat jiwa lagi memberontak
adalah.
“Hana!”
Wajah yang tadinya tertunduk segera diangkat.
Memandang tepat wajah Kak Jainab yang bengisnya mengalahkan isteri yang
dirampas suaminya. Pandangan tajam ibarat sebuah nuklear bakal dilepaskan itu
membuatkan Hana menundukkan pandangannya semula.Bukan dia tidak berani membalas
renungan tajam itu. Tapi itu sudah protokolnya. Apabila senior bercakap dengan
junior, junior harus menunduk. Diam dan tidak melawan.
“Kamu tahu apa salah kamu Hana??”
Hana menggeleng tetapi tetap menunduk. Dia mengira di
dalam hati. Selama ini solatnya cukup lima kali sehari. Berjemaah pula. Membaca
Al-Mathurat berjemaah yang diwajibkan untuk pelajar Tingkatan satu hingga tiga
itu pun tidak pernah dia escape. Apalagi bergotong-royong membersihkan surau.
Tidak pernah dia tidak menyertai. Apa pula salahnya kali ini?Apa pula yang akan
di point oleh Kak Jainab kali ini?
“Kamu tak tahu apa salah kamu??? Betul-betul tak
tahu??” Kak Jainab mula menyinga. Tangannya dicekakkan di pinggang.
Hati Hana mula berdegup pantas. Takut jika dia
melakukan kesilapan tanpa dia sedar. Dia menggeleng. Sumpah, dia tidak tahu apa
salahnya.
“Kamu terima surat cinta dari Abang Ikram kan??” tanya
Kak Jainab keras.
Hana mengangkat kepala. Sungguh dan langsung tidak diduga
sama sekali dek akalnya yang dia di point hari ini hanya kerana sepucuk surat
dari lelaki yang tidak dia kenali semalam.
Hana mengangguk perlahan. Macam mana Kak Jainab boleh tahu?
Rakan-rakannya yang lain pun hanya menunduk. Tidak ada yang berani bersuara.
Jauh sekali untuk membela.
“Berani kamu ya bermain cinta dengan Abang Ikram??”
Hana menunduk. Oh, nama empunya surat itu Abang
Ikram?? Mahu menggelen pun dia takut pula disalah ertikan sebagai melawan.
Tapi, siapakah yang patut dipersalahkan jika dia yang hanya menerima surat dan
Abang Ikram pula yang memberinya surat. Sepatah pun dia tidak menjawab surat
yang diberi oleh Abang Ikram itu. Sumpah! Malah surat itu pun sudah berada di
dalam tong sampah.
“Kenapa diam??”
Hana mengangkat muka. “Saya tak balas pun surat tu, kak..”
“Ha! Sahlah Abang Ikram bagi kamu surat kan?? Kamu ke
sekolah ini buat belajar tahu? Bukan menggedik pada abang senior!”
Geram. Tapi Hana cuba membisikkan pada hatinya sendiri
agar bersabar. Bukan ada untungnya bertekak dengan Kak Jainab ini.
Lain kali, jaga sikit diri tu. Tak perlu nak menggedik
sana-sini. Dah tahu hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, nak jugak pergi
menggedik dengan abang senior ya?Dasar perempuan gatal!”
Ayat terakhir Kak Jainab itu terasa berdesing di
telinga. Wajah diangkat berani. Mata dibulatkan melawan panahan tajam mata Kak
Jainab. Terasa ada seperti arus elektirik yang mengalir melalui panahan mata
keduanya. Ini bukan teguran membina. Ini teguran menghina namanya. Lagipun dia
yakin dan pasti itu bukan salahnya kalau Abang Ikram yang mengirimkannya surat
berbau cinta. Dan tidak pernah langsung terlintas di akal fikirannya mahu
menggedik pada abang senior itu. Menggoda apatah lagi. Kak Jainab ini sudah
melampau!
Hana segera berdiri berhadapan Kak Jainab. Puas rakan
di sebelahnya menarik tangannya untuk dia duduk semula dan jangan melawan. Terima
sahaja. Tapi dia peduli apa? Makin dibiar makin naik kepala.
“Mulut Kak Jainab tak ada insurans ke nak cakap saya
ini murahan?? Kenapa salahkan saya? Kenapa tidak Kak Jainab menyalahkan Abang
Ikram kekasih hati akak itu sendiri kerana menggatal dengan saya?? Kalau dah
kekasih akak itu playboy orangnya, terima sahajalah kak. Tak perlu menuding
jari pada orang lain!”
“Kau berani melawan aku?!”
“Berani kerana saya benar! Dan ini balasannya kerana
mengatakan saya ini perempuan gatal.”
Hana melibas tangannya dan hinggap di pipi Kak Jainab.
Papp!
Puas dengan tindakannya, dia melangkah keluar. Tapi
dendam mereka itu tidak berhenti di situ. Malamnya, Hana dipanggil ke bilik Kak
Jainab. Pada mulanya dia malas hendak layan. Tetapi Kak Jainab mengugutnya
pula. Lalu dia terpaksa pergi juga ke bilik Kak Jainab.
Dan malam itu juga dia dipaksa berlutut semalaman di
hadapan Kak Jainab dan beberapa orang senior yang lain. Bukan itu sahaja. Dia
juga jadi mangsa simbahan air dalam kesejukan malam itu. Lebih teruk lagi dia
dipaksa meminum air rendaman surat khabar.
Ahh! Manakan tidak dia begitu membenci perkataan usrah
itu. Selepas kejadian malam itu, dia terus meminta ibunya memindahkan dia ke
sekolah lain. Sekolah apapun asalkan sekolah itu tidak punya that so-called
Usrah! Dan akhirnya ibunya memasukkan dia ke dalam sekolah menengah swasta di
mana dia sudah mula lupakan Tuhan.
“Termenung jauh??”
“Ehh??” Hana melemparkan sengihan pada roomatenya, Helenna. Helenna gadis
bertudung labuh itu lebih mesra dipanggil Helenn. Walaupun dia bertudung labuh,
Helenn tidak seperti kakak-kakak tudung labuh yang lain yang sering memaksanya
untuk mengikuti Usrah, Hingga dia jadi jemu dengan perkataan itu.
“Memikirkan apa?”
“Tarappapa. Cuma rindukan rumah.”
“Aku pun rindukan rumah. Entah bila boleh balik, kan?”
Hana mengangguk berulang kali. “Helenn dari mana? Keluar tak bagitahu pun
tadi..”
“Kau tidur lena sangat tadi aku tengok. Kasihan pula aku nak kejut. Errr..
Tak perlulah kau tahu aku dari mana.. Hehehe..”
Hana mengangguk faham. Melihat Helenn mengeluarkan tafsir Al-Quran bersaiz
kecilnya dari dalam beg lalu disimpannya di atas meja, Hana sudah mengerti,
Helenn baru pulang dari usrahnya. Helenn sudah sedia maklum dia tidak suka akan
Usrah sebab itulah Helenn tidak menjawab pertanyaannya tadi. Apalagi bila usrah
itu disebut-sebut. Sungguh, dia alergi! Tapi Helenn ini jenis memahami
orangnya. Tak pernah Helenn menyebut tentang Usrah padanya.
“Barangsiapa dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak ada yang mampu
memberi petunjuk..”
Al-A’raf
: 186
No comments:
Post a Comment