BAB 3
“Jalan
macam siput!”
Hee.
Krun menyengih.
“Lambat
tahap Ecdysis..”
“Tahulah
kau pakar biology kat sekolah kita dulu, tak payah nak guna Ecdysis segala
bagailah. Hiperbola sangat!”
“Pakar
tak pakar, kau pun dapat jugak A pelass kan? Tak payah nak cakap akulah kalau
kau pun sama.”
“Itu
pun selepas berhempas pulas bila kau jadi tutor. Masa trial PM semua hancur tau
tak. Tak macam kau, maintain A puhlasss .. Dari awal sampai hujung tahun.”
“Apa
aje lah..”
Kaki
dihayun pantas menuju ke Dewan Kuliah 4. Dah terlambat ni sebenarnya. Risau
juga kalau Miss Melyssa tu angin rebut taufan.
“Headphone
kau…”
“Huh?
Kenapa? Stylo kan?”
Krun
buat muka menyampah. “Tolonglah. Stylo lah teramat sangat dengan baju kurung
bertudung pakai headphone besar macam tu. You know, pelik sangat!”
“Pelik
ke? Aku rasa biasa aje pun..”
“Kau
rasa biasa ae? Dengan berbaju kurung orang nampak ayu.. sekali lihat dengan
headphone yang besar macam minah backstreet pun ada..”
“At
least, aku tak kacau orang.”
“Lantak
kaulah Hana!”
Pintu
Dewan Kuliah yang berlekat nombor 4 itu ditolak. Kelihatannya kerusi-kerusi
sudah hampir penuh dengan para pelajar. Tapi, masih belum nampak batang hidung
pensyarah lagi. Hana dan Krun mengambil tempat di belakang sekali.
Beberapa
saat, Miss Melyssa melangkah masuk dengan muka yang agak tegang. Ucapan selamat
dari pelajar-pelajar yang duduk di hadapan pun dia buat tidak peduli.
“Aku
terhidu smelly fish. Something not right will happen. Baik kau bukak awal-awal
headphone kau dan letak tepi. Tak pasal-pasal headphone kau tu boleh jadi asbab
untuk dia marah. Nampak macam mood dia tengah menstrual cycle tu..”
Betul.
Wajah Miss Melyssa agak mencuka dan seperti bersedia menembak dengan Bazooka
nya. Headphone dilepaskan dan diletakkan di kerusi sebelah yang tidak
berpenghuni…
Hana mencari di seluruh biliknya. Tetap juga tidak
ada.
Bencana. Bencana. Bencana. Di mana pula
diletaknya MP3 dan headphone yang sudah dia ibaratkan seperti nyawanya itu?? Dalam
hati dia menyumpah-nyumpah kecuaiannya sendiri. Memang ingatan ni tak boleh
pakai betullah. Cepat sangat nak lupa.
Tidak
habis-habis Hana mengeluh mencari di sana-sini. Sudahlah beratus lagu favourite
dia ada di dalam MP3 itu tanpa menyimpannya di dalam apa-apa bentuk storage
pun. Jenuhlah dia mahu men-download semula kesemua lagu itu kalau MP3 nya itu
benar-benar hilang
“Cari
apa dari tadi?”
“MP3..”
jawab Hana tanpa menoleh.
Helenn
menggeleng kepalanya berkali-kali. Dari tadi dia melihat Hana sibuk
tercari-cari sesuatu. “Last sekali pakai bila?”
“Tadi
pagi kot.. Kot lah. Tak berapa nak ingat.”
“Tak
ingat pulak? Dah cari dalam poket baju kurung tadi pagi?”
Keluhan
panjang dilepaskan. “Dah.. Tak ada jugak..”
Helenn
menutup buku Fiqh Wanita yang dibacanya dari tadi. “Mungkin tertinggal di
mana-mana?”
Tangan
Hana terhenti dari meraba-raba laci almarinya. Mungkin juga.. Tapi.. Mintaklah
dijauhkan. Kalau betullah dia tertinggalkan MP3 nya di mana-mana mintaklah yang
menjumpai itu orang yang ada rasa tanggunjawab sikit nak mengembalikan semula.
Janganlah dijumpakan dengan orang yang punya akal, dia jumpa dia punya. Itu
orang tak betul namanya.
“Haih…
Macam ni tak tidur malam lah aku, Helenn..”
“Sampai
macam tu sekali??”
Hana
mengangguk lemah. “Kau bukan tak tahu benda tu dah macam nyawa aku..”
“Parah
tu Hana kalau benda tu dah jadi macam nyawa kau sendiri..”
“Macam
kau tak tengok sendiri, benda tu dengan aku hampir setiap masa kan? Cuma ke
tandas aje tak…”
Helenn
senyum. “Kenapa kau rasa macam tu? Apa yang buat kau rasa MP3 tu special
sangat?”
Hana
terduduk penat di atas lantai. Rambutnya dilibas ke belakang. “Aku rasa tenang
je bila layan lagu-lagu yang aku minat tu. Taklah stress kebosanan. Taklah aku
rasa tension memanjang.”
“Kau
tension ke?” Helenn mengerutkan dahinya. Tak tahu pula dia selama ni Hana
tension. Allah, keadaan roomatenya sendiri pun dia tidak ambil berat.
“Mestilah
tension kalau sorang-sorang kat bilik ni. Sunyi tahu. Tak ada teman nak bawak
bercerita. Meja , kerusi , dindint tu manalah pandai bercakap.”
Helenn
dipukul sedikit rasa bersalah. Tak sangka ketiadaannya di bilik membuatkan Hana
terasa sunyi. “Kau langsung tak jalan ke mana-mana ke?”
Hana
menggeleng laju.
“Maaf..”
“Eh,
Helenn! Lepaklah.. Aku faham kau busy..”
Helenn
bangun dari kerusinya. Dia melabuhkan punggungnya di tepi Hana di lantai. “Kau
tenang dengan mendengar lagu itu, Hana?”
“Bolehlah..
At least aku terhibur..”
“Kau
tahu, ada cara lain lagi untuk menenangkan diri?”
“Mestilah
tahu… Ini cara aku dan aku tahu banyak lagi cara yang orang lain guna.
Masing-masing ada cara masing-masing kan?”
Helenn
tersenyum. “Betul.. Tapi cara yang satu ini, semua orang pun guna..”
Hana
pasang muka blur. “Apa dia?”
“…Ingat
Tuhan..”
Gulp!
Hana terasa agak tertampar. Betul. Ingat Tuhan. Tapi entahlah. Sudah berapa
lama dia tidak mengingati Tuhan. Apatah lagi menyebut nama Tuhan. Jauh sekali
untuk sujud pada Tuhan. Kenapa ya? Entahlah. Mungkin hatinya ini masih keras.
Keras kerana peristiwa dahulu itu.
“…hati mereka menjadi tenteram dengan
Mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan
Mengingati Allah hati menjadi tenteram.”
Ar-Ra’d : 28
No comments:
Post a Comment