Sunday, 11 December 2011

ouh . macam tu ?

bismillah .

sebenarnya aku takde lah sangat semangat nak taip entri ape ntah . aku bukannyaa hebat sangat pun . ayat aku tak power . kena banyak minum power root kut lepas ni . baru power ckit .

yeah , im not wellknown blogger sebab baru je masuk dalam dunia blogger sebenar . tapi aku kenal blogger yang wellknown. maksud aku , kenal blog dia . bukan orang dia . e'eh , kalau kenal orang dia pun apa salahnya . siapa buat muka pffft sepak terajang kang !


-..- aku tau korang buat muka piggie . aku taulah takde yang nak kenal dengan aku. aku pun tak tau kenapa , muka cute dan lawa giler macam aku ni takde org nak kenal ?


dem .


perasan giler .

padahal muke bajet 0.1 peratus je lebih dari beruk kat hutan tu .


so far , aku tengok perjalanan hidup dorang  dan pendapat dorang tu boleh diterima lah . walaupun ada yang melawan arus pembangunan zaman milenia ni , aku rasa dorang tu pemikir yang hebat . aku rasa kalau pemikir2 ney berganding bahu , dorang boleh bentuk satu gerakan. alah , macam gerakan KAUM MUDA dalam buku teks sejarah tingkatan lima tu . then , boleh membangunkan negara bergerak lagi 1 tahap ke depan dari Amerika Sarekat tu ! Aku jamin tentu boleh .


Tadi aku baca blog brader EL . aku memang ikuti perkembangan blog tu pun . ayat dia aku suka . dia describe something tu dengan jelas dan baik sekali . tapi , nasihat aku , jangan guna time sekolah. Boleh mati korang kena lanyak tu cikgu bahasa melayu . Takpun kena jemur kat atas padang . takpun kena lari satu pusingan padang . Tapi surely lah . memang best tahap cipan !

dan aku dengan terkejutnya baca entri terbaru dia hari ini . whoaaa . Giler kau ! Aku memang tak expect yang brader El ni macam tu sekali .

macam tu sekali macam mana ?


macam tu sekali macam ...

susahlahnakcakap


tapi memang tak expect pun yang brader El ni baru 11 bulan single. Aku ingat lebih dari tu kot . sebab aku ingat brader El ni ... susahlahnakcakap ..


jgn salah faham pulak. aku rasa byk peminat brader El ni .



cuma brader El ni ...

 macam cool... macam tu lah . macam kawan aku kat sekolah menengah sorang ni .

memangsusahlahnakcakap.

tapiii ... jengjengjeng . ne memang nak mintak maaf dekat brader El lah ni dari hujung rambut ke hujung kaki .


 alaaa . kalau nak tahu , zaman-zaman sekolah dulu kat asrama , (baru je 12 hari tglkan asrama) selalu gak bukak brader El ni punya  blog then baca sama-sama . pastu gelak sama-sama .


ah ! rindunya saat itu .



ada satu hari kwan aku tanya , EL NI ADA GIRLFRIEND KE ?

then aku jawab , TAKDE KOT.

semua berpandangan sesama sendiri and pasang muka curious yang .. yang .. macam nak tampar je kalau jadi brader El . memang penyibuk tahap nak mampos .

then kami pun jadi stalker tak bertauliah , tengok semua post yang ada hint2 . tapi tak jumpa satu pun . tengok fb dye pun macam tarak apa-apa .

dan kami pun buat muka macam Doraemon !


tapi kami jumpa sesuatu . Mangkuk Hayun . haha . then kami bukak satu ahli dalam mangkuk hayun ni . Cik Ungu .  She so sweet .

pastu kawan aku ni membuat andaian sendiri. .

AH , AKU TAU DAH . MESTI ADA SESUATU NI EL DENGAN CIK UNGU .
TAK3 ! SAMAADA DENGAN NIKI ATAU PUN PEAH .
ERR . ATAUPUN AQIIM ?
then semua pun gelak macam nak mampos . Guling-guling kat lantai.

tu lah kitorang . suka buat andaian sendiri yang tak munasabah . macam bodoh pulak kan ? eh , manade .


 kitorang budak genius seantero dunia neyh . budak yang menghempas buah kelapa untuk memecahkannya gara-gara takde parang .


sorry ek brader El dengan Cik Ungu . kitorang ni budak baru belajar . hingusan masih .


erk . dorang je berhingus . aku tak !





and , that oll . sorry to say so .


p/s: kamurang pergilah baca dorang punya blog . mantap ooo .

7 comments:

El said...

haha. macam-macam la andaian korang tu. by the way thanks sbb suka baca.

kirim salam kat kawan2 tu. haha

El said...

by the way, komen aliza tak keluar kat post tu. taktau kenapa. maybe blogger ingatkan spam kot...

Aqiim said...

takkanlah kami nie gay pulak.. :P

Niki Razali said...

ye. mmg ader harapan el dgn aqiim tuutttt..

susahlahnakcakap!

hahahahah!

El said...

niki: aku...aku....aku....errrr

ah, memangsusahlanakcakap!

cik ungu said...

jap..jap..aku lambat sikit sebab baru hidup balik lepas mati sekejap dengan andaian diorang ni.

halo aliza.
usahlah anda semua gundah gulana andai takut nak ngorat el.

untuk pengetahuan, saye teramatlah tua umurnya. ya.. tapi nampak muda remaja,kan..? ya, tau..tau..

so kamu semua dipersilakan mengorat beliau. akak tak kuasa ohkay~

miahahahhaha
kelakar!kelakar!


*El-kita tak ada jodoh... *sroott.sroott..

blah~

cik ungu said...

bapak panjang nak mampus komen aku! hahahaha