Tuesday, 31 January 2012

AKU HARAP KAMU DAN AKU TERASA

bismillah .

Assalamualaikum (bow my head and susun sepuluh jari)
maafkan aku sebab tak hapdet beberapa hari  (nada yang terlebih sopan)  ALIZA-DAH-BERUBAH-KE-NI? =.=
tapi siapa kesah kan? aku rasa takkan ada orang kesah pun aku hapdet atau tak kan? .
-lebih-baik-kau-mati-aje-liza-
sampai hati korang . (sedut-sedut hingus) tapi takpe,  siapa kisah korang kisah atau tak . Aliza tak kesah pun . (babai2 tgn)


let's straight to the main point .
di sini , aku ingin membuat press conference supaya apa yang terpahat di hati puan-puan atau tuan-tuan dapat terjawab dan tidak meninggalkan pandangan jahat korang . :'( (sedih
-sedih)


actually , buat sesiapa yang mengenali aku , mungkin aku sedang berubah melalui word aku di dalam blog ini . SUNGGUH ! aku pun tahu diri aku sendiri . memang perkataan dalam blog aku nih memang berubah tahap gabanz tahap cipanz tahap langit ketujuhz . aku rasa masih tak cukup nak ungkapkan tahapz perubahan aku tu .

mungkin tahapz dari bodoh addmath kepada dapat hundred percent dalam addmath .

nampak tak betapa berubahnya semua ??
nampak nampak ?
kalau anda tak nampak , anda bermasalah .


sehari dua ni aku agak kusut jugak .
sampai berkabung sungguh . Dua hari aku ke bandar pakai baju kurung dan mungkin ia akan berterusan . Readers pun dah mulai terharu kan ? dah kesat-kesat air mata pulak dah . sudah-sudah . ini bukan press conference tema maya karin dalam hombak windu tuh .


di sini aku berterus terang . tolong alert dengan setiap word aku okeyh , terutama mereka yang memang mengenali aku .



kenapa dulu cara penulisan aku lain ? kenapa sekarang lain ?

GUYS .. GIRSL (ada penekanan di sini)

aku rasa aku tak dapat teruskan dengan cara penulisan personal blog aku dulu ni yang bertemakan Islamic . (ah , dah terbuka dah . dah jujur habis dah ni) JUJUR , aku terasa berat . bukan berat untuk sebarkan dakwah Allah . diulangi , BUKAN BERAT UNTUK SEBARKAN DAKWAH ALLAH . aku agak berat dengan masalah hati aku sendiri .

aku terasa hipokrit dengan diri sendiri bila aku post entri something yang terlalu menunjukkan yang aku ni baik . you know it kan ? something yang menunjukkan aku alim atau dalam erti kata lain ada ilmu agama yang tinggi . GUYS ..GIRLS.. (penekanan di sini)

aish . apasal air mata ni nak sibuk lak . syuh !

macam ni .. aku agak kurang senang dengan diri sendiri bila post something yang menunjukkan aku ni baik or something like that .  jujur , susah nak tetapkan niat nih ! aku ulangi . SUSAH NAK TETAPKAN NIAT NI BETUL-BETUL pada jalan Allah .

sedangkan solat pun kita pun masih terfikir benda lain . betul tak ?
aku mengaku sendiri . kadang-kadang .. hurm.. SELALUNYA fokus aku pun agak lari . sampai kadang-kadang aku terlupa rakaat berapa . see ?

sebagaimana yang aku cakap.. aku agak berat dengan post entri-entri yang sebegitu .. aku sendiri susah nak tetapkan niat. korang ingat Syaitan ni nak biar aje kita senang2 nak post entri macam tu. Dia tak lepas dari hobi dia menghasut tau tak ? dan syaitan takkan lepas dari menghasut aku yang iman pun macam roda. pusing2. kadang2 tinggi, kadang2 naik.
ya , syaitan hassut aku untuk pasang niat macam ni ..
post-lagi-entry-islamic-supaya-semua-tabik-kat-kau ( yang ni jujur)
post-lagi-entri-islamic-supaya-lelaki-tertarik-dekat-kau (yang ni jujur nak mati)
macam nak bunuh sungguh Syaitan berketurunan Dajjal itu. lihat ? tu sebab aku tak nak post entri islamic lagi atas sebab itu . aku terasa aku mempergunakan Allah dalam permainan hidup. THAT'S WHY . THAT'S WHY !

aku tak layak untuk post2 seperti itu . SUNGGUH .

korang tgklah pakaian aku macam mana ?
korang tgklah gaya aku macam mana?
korang tgklah hubungan aku dengan kaum lain macam mana ?
korang tgklah , aku ni tengok kpop tiap hari.
korang tgklah aku online je tiap hari .
korang tgklah , music ntah apa2  yang aku dengar rather than Al-Quran .
korang tgk sendiri buku apa yang aku baca rather than tafsir and segala macam la tahzan atau bicara mutiara .

okey , WAT THE POINT PULAK AKU NAK BUAT ENTRI MCM

suruh korang tutup aurat , jgn pakai ketat erat, jarang, transparent, ..jgn pakai tudung gaya Hana Tajima. jangan pakai tudung gaya chatolic nun..jangan pakai mekap, jangan pakai lense, jangan pakai braces, jangan pakai gelang loceng, jgn pakai heels yang ketuk2 lantai mcm nak pecah..
suruh korang kalau bergambar jgn buat mulut bebek yang kelaparan, jgn upload gambar2 dalam fb macam nak rak .
suruh korang jgn bercakap benda tak berilmiah dengan lelaki . kalau nak bercakap mesti sepuluh meter .
suruh korang tgk Al-Kulliyah, tgk Al-Hijrah, Alhidayah, hadap Ustaz Don, Ustazah Norbahyah,
suruh korang jangan online fb dan baik bukak ILUViSLAM baca artikel atau tgk gambar2 yang menginsafkan ,
suruh korang dengar muzic mozart je , dengar Sami Yusuf , dgr , Yusuf Islam, Dengar Maher Zain ..UNIC, INTEAM..

see ? what the point aku nak tegur korang itu ini sedangkan aku pun buat jugak ???

nak putus nafas aku dah ni ..



mungkin ini jalan penyelesaiannya . aku patut ikut resmi padi ,  korang bukan budak tadika lagi yang aku perlu explain apa maksud ikut resmi padi ni .. faham kan ?

kalau tak faham jugak , maka anda dipersilakan ambil handphone dan call cikgu Bm korang .
sila sila sila .


aku rasa agak lega dengan apa yang aku luah hari ni . maaf , kalau ada yang mengguris hati atau tercalar atau teraba hati ke ..

maaf maaf maaf
ni sebab aku sayang korang dan nak
 korang faham aku .
faham niat aku .
faham sebab aku buat ini itu .


apa-apa pun , jgn cakap aku kedekut ilmu plak . apa-apa yang aku tahu , aku akan share jugak dengan korang . tapi word aku tak macam dulu , . aku akan lebih bersahaja .. dan santai-santai gitu ,. :)

sebelum ni pun aku ada jugak kan share ngan korang , entri sal doa dan cara nak jadi cantik . :)
lelaki jgn nak patah hati pulak . nanti aku buat research untuk entri doa dan cara untuk jadi lebih hensem .



p/s : now aku tgh agak busy untuk siapkan novel yang benar-benar menguji kesabaran aku . aku perlu berulang alik ke librari sebab nak wat research untuk novel tu (bunyi bajet professional macam prof madya Aliza pulak buat research sakan)
p/s lg sekali : apapun komen yg anda tglkan , InsyaAllah aku terima dengan hati yang terbuka dan takkan hempas kepala sendiri ke dinding atau guling-guling di landasan kereta api tenom ataupun tidur atas jalan Highway tunggu lori Fed-Ex langgar aku .

sekian , WALLAHUALAM :)

9 comments:

Sab Sabu :3 said...

uuuuu, agak terasa sdikit. Tp overall betul gak. Hmm. :/

chinta ku~ said...

errkkk..~ am know u well~ haha..

d0d0l said...

just be your self ;) jgn hipokrit... yg penting niat dhati. d0d0l pun x kenal kamu & x pernah kenal kamu. so, mmg x tau kamu mcm mn sblm nie yg sbnr2nyer. btw... jgn ubah diri kamu kerana org lain, tapi kerana DIA. jgn paksa coz akan jd x ikhlas bl buat dlm keadaan tpaksa. ayat bdakwah? x semestinye kpd pbaca blog smata2. anggap saja setiap kata2 itu utk org lain & juga diri sendiri. jika x mo post something like that tlalu kerap, ape kata just post at least skali dlm sminggu. letakkan dlm satu ruangan (label) khas. x perlu tunggu diri kamu jd 100% baik br nak share mende2 baik. nobody is perfect. tp jgn jadikan x perfect tu alasan utk kekal ditahap yg lama. nabi SAW pun pernah bpesan supaya smpikan pesanannya kpd seluruh umat Islam yg lain walaupun skadar spotong ayat.

aisyah aziz said...

babe , life do change (; slow slow bhuu . just be yourself . aq tetap sayang kw for who you are , not for who everyone want you to be <3

aliza nuraini said...

thanks all :) terharu terharu terharu .

Chenta Eyfa Najibrz said...

Wahhh pjg nyew entri..hehehe..Alhamdulillah Aliza masih sedar diri dan taw berada di landasan sebenar dan kite perlu ingat kita manusia insan yg paling lemah dlm segala hal kehidupan.Jadilah diri kita yg sebenar dan jgn hipokrit.Apa2 pun yg penting niat masing.Manusi skrg leh nilai apa2 pun yg kite tulis dan lakukan.Apa2 pun eyfa sentiasa mendoakan yg terbaik wat aliza dan kengkawan blogerz sume.MOga Allah merahmati kite sume okeh..peace yooow

cik ungu said...
This comment has been removed by the author.
cik ungu said...

dik, the direction is quite nearly correct.

niat tu memang susah nak jaga. akak pun ada buat entri psl niat tp still dlm draft. nak publish pun fikir 456789 kali.

the thing is, nak didik hati supaya berniat lurus, mmg sangat susah.
dan fyi, belajar nak rak bagai nak mati sebab nak dapat 10A time SPM tu pun sebenarnya salah. Sebab carik ilmu tu supposedly sebab Allah.

Kita makan bukan sebab nak kenyang, tapi sebab Allah. Kita tidur bukan sebab nak rehat, tapi sebab Allah.

Manusia ni ada banyak golongan, dan golongan paling tinggi adalah golongan Mukhlisin. Rooted from the word Ikhlas. Call the person Mukhlis, call the people Mukhlisin.

Golongan ni yang paling susah nak jadi sebab tahap mereka ni, mereka makan sbb Allah, berjalan sbb Allah, mandi sbb Allah, bernafas sbb Allah.

Sedangkan kita bernafas sbb nak hidup..


the thing is, tak salah nak berubah jadi baik, malah itu wajib. Tapi jangan terlalu drastik kalau diri sendiri tak boleh nak mengawal. Little by little, stage by stage, insyaAllah dipermudahkan.

but if awk mampu istiqamah, then keep it up ok.

n why not, whenver terasa nak publish something islamic n takut rasa bajet bagus, think of the consequences. wud it be better to publish a good thing so that at least, bila ada sorg yg baca dan amal, pahala dia dpt juga tempias pd awak.

instead of publishing something bad without guilt.

mujahadah itu mmg pahit, dik.

wish u d best of luck, okay~ ;)

aQ!Ra said...

kereta api Tenom,..hehe :)