Thursday 16 February 2012

step into true muslimah .

bismillah .
Assalamualaikum .


Alhamdulillah , aku masih diberi kekuatan untuk mengendalikan blog yang sgtlah maju .
aku kena segigih dan segagahnya mengenndalikan blog yang boleh disamakan dengan mengendalikan Syarikan Petronas cari gali .
Bezanya , aku takde income je lah . :)


Korang nak jadi TRUE MUSLIMAH ?
Alhamdulillah . Aku tak lah berilmu setinggi langit .
tapi aku hanya membantu sesiapa yang mencari ketenangan . Yang mencari Allah. Ynag mencari Jannah . Aku tolong sikit je okey ?


First step : BREAK UP!
-waa . direct tak ? tapi inilah hakikatnya sayang-sayang semua. kenapa aku suruh break up ? eh, bukan aku yang suruh break up . Agama kita dah haramkan semua tu dek , kak.. Tapi kita je yang cuba menghalalkan apa yang haram kan? tak , benda tu tak pernah halal. Tidak sama sekali.

-memeng. break up ialah first step to move. tak kira lah korang ada status ke tak , cuba jadikan feeling tuh neutral. ehem ehem, bukan nak suruh cut off contact terus . takkkk . cuma , bolehlah kurangkan . dari 1% kepada .1% je.

-kenapa break up untuk jd true muslimah? sebenarnya , kalau kita couple , apa yang dihadapan kita semua palsu. faham ? ok , let me explain . kalau kita couple , kadang-kadang kita akan taat pada lelaki yang belum pun jadi suami kita lagi . see? sedangkan masa ni, kita kena suffering alone . ceh . bukan suffer pe , suffer finding for our explainable identity . kalau dah couple , korang takkan dapat cari identity sendiri. semuanya palsu . semuanya berdasarkan kekasih semata-mata.

THAT'S WHY . . break uplah .. tahu itu susah. . aku pun pernah alami . cuba adik adik kakak kakak semua niat kat hati In The Name of ALLAH , InsyaAllah , akan dipermudahkan lah semua . niat kat hati yang kita ni sedang berjihad . InsyaAllah .

Second step : Sembahyanglah . 

-paksa diri untuk sembahyang. Awal-awal memang amatlah susah. tapi anggap ianya permulaan untuk kejayaan dalam agama kita.. dek , takde batu loncatan untyuk berjaya dek . ada tangisan yang perlu kita hadapi dek  .

-first2 memanglah , susah nak lengkapkan lima waktu . takpe , just go on .. dan lama2 anda kan terfikir ?

"EH , SIA2 JE AKU SEMBAHYANG KALAU HALF2 . KNELAH FULL LIMA WAKTU"

true kan? so , then , baru paksa diri untuk lima waktu . susah nak subuh ?  yep , aku pun sama memang susah sayang sayang sekalian ... tapi subuh itu membuktikan iman kita pada hari berkenaan . SUBHANALLAH , jika subuh anda tertunai , berarti iman anda kuat untuk hari itu . 

Awal-awal akupun agak susah . tapi , aku mintak bantuan . caranya , sebelum tidur , tepuklah bantak dan niat mintak malaikat bangunkan jam sekian sekian. InsyaAllah, jika niat itu benar-benar ada, Subhanallah , kuasa Allah boleh kejutkan kita. perkara ni berlaku pada aku sendiri. tak salah cuba kan. Yakinlah pada kuasa Allah . 


Third step : BERTUDUNG . 

-dah bertudung ? MasyaAllah . Alhamdulillah . anda memang muslimah yang comel . bagi yang belum , jangan risau . berubahlah sekarang . at this time. sayang sayang sekalian , masa kita semakin suntuk . percayalah . masa kita tak lama .. sekejap lagi kita akan kembalikan semuanya kepada Allah . memang harsh pada permulaannya . tapi , itulah dugaan .. kalau anda mengaisi kerana anda kepayahan , mengadulah pada Allah . Dia satu-satunya yang boleh membantu. Kuasa Dia agung dek . Lagi agung dari semua yang ada. Dia tak tertandingi , dek . 

-Kalau dah bertudung . Lihat sekali lagi . tudung apa yang enta pakai . syria? shawl? pasmina? ouh .. cantek lah! memang cantek pun ... tak salah pakai tudung tersebut. memang tak salah . sebab , dalam Al-Quran , tak menyatakan pun , tudung apa yang kita harus pakai . Ada tak dalam Al-quran dia sebut tak boleh pakai pashmina? tak boleh pakai syria? takdekan? cuma dalam Al-Quran , ada menyebut labuhkan lah tudung sehingga menutup dada. csilahkan rujuk Annur:31. KALAU MALAS SGT NAK BUKAK ALQURAN , BIAR AKU TULIS MAKSUDNYA . 

"dan katakanlah kepada para permpuan yang beriman,  agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah  perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka, saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua)yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak  yang belum mengerti tentang aurat perempuan.  Dan jangnlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang  mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah , wahai rang yang beiman agar kamu beruntung."


 . phew 1 penat aku taip . see ? asal menutup dada . TAPI ! ada tapi lagi dek .. dada kita tuh , bukan nampak dari depan je. dari tepi lagi best kalau ajnabi engok . so, tudung2 semua pastikan dari tepi pun tak nampak . OK ? 

-ada tak shawl , pashmina, atau syria yang tutup dari semua arah ? jarang kan ? so , knelah hardcore adjust2 shawl tuh . tapi kalau nak senang , buat macam aku je. beli tudung bawal besar . yang bidang tuh .. act , dulu , memang aku gila jugak dengan shawl . tapi Alhamdulillah. Allah dah ketuk pintu hati dah . 

Fourth step :  Lower your gaze , remember Allah every second ,

-susahkan nak lower gaze nih ? nak ingat Allah every secong pun agak susah kan ?

aku sarankan , BERPUASA SUNATLAH. keranan puasa tuh mampu buat kita lebih selalu ingat akan Allah . aku dah cuba . aku dah cuba puasa dua hari ... Alhamdulillah . aku dah terbiasa ingat Allah macam masa puasa. Tapi , kadang-kadang .,, hmm . biasalah Syaitan kan... dan kita insan biasa. Astaghfirullah.. ucapkan itu jika Syaitan mula menghasut . 


okey , aku rasa aku dah agak penat menaip. panjang benar dah nih . sungguh , kalau anda baca sampai titik yang terakhir , Alhamdulillah . ehem ehem , komen lah ye agar saya bisa memperbaiki diri saya sendiri juga .. sudi-sudikanlah diri. InsyaAllah , pahala tak kan ke mana ... 


In the name of Allah , terima kasih sudi membaca dan minta maaf , bila tersinggung ataupun ada yang tersentuh . maaf . saya hanya insan biasa .. 


p/s : kita ini insan . insan datang dari perkataan annasiah yang bermaksud lalai . ya, kita selalu lalai . dan Syaitan selalu mencari masa tika kita lalai . (eh! betulke aku ni? sorry kalau salah . betulkan ek kalau aku salah ?)


p/s sekali lagi : kalau ada sebarang pertanyaan ke , bleh inbox direct pada aku . ataupun email aku bagi yang tiada number :) makaseh . 

2 comments:

aisyah aziz said...

tenks untuk pengisian yang bermakna (; ive done the first , second and third . and im trying my best to do the fourth one . at first , memang hard . aq akui (; kw sendiri twu aq mcam mana dekat sekolah . lagy lagy , in our last year .DATING ? perkara biasa . and insyaALLAH, i have changed (; dok lama kat umah tanpa sebarang aktiviti yang membuahkan income buat aq pkey and replay balek apa kenangan aq kat sekolah . and there are more that i truly , madly want to throw it in the trash . tapi , LIFE MUST GO ON (; jadikan yang lepas sebagai iktibar . may ALLAH help us <3

Aliza Nuraini said...

Alhamdulillah .. :') aku InsyaAllah akan tambah lagi . hmm , yapi hati kdg2 agak pelik sikit kan ? tapi , jom jgn layan rasa sukasuke nih ...