Thursday 15 March 2012

Iman.

Tidak cukup kaki yang bisa melangkah di atas bumi, diinginkan lagi agar bisa melangkah di udara. Tidak cukup lidah yang mampu mengalunkan zikir dan ayat kitab suci, dicitakan lagi agar bisa mengalunkan puisi puitis yang begitu indah yang mampu mencairkan hati si pendengar. Fitrah manusia , tidak cukup dengan apa yang ada.
 Aku lirih adik perempuanku yang duduk di atas kerusi roda.Dia tidak seperti itu. Dia tidak punya keinginan untuk berjalan di udara dan dia tidak mencita untuk mampu mengalun puisi puitis. Dia hanya ingin melangkah seperti biasa dan berbicara seperti biasa. Agar nikmat itu mampu digunakan untuk melangkah ke Raudhah atau Musolla dan lidah yang mampu berbicara itu mampu mengalunkan zikir dan ayat di dalam kitab suci. Namun, dia hanya seperti ini. Diciptakan dengan kaki namun hanya sebagai perhiasan tanpa mampu melangkah. Diciptakan dengan bibir yang begitu indah diluaran tetapi lidah yang tidak mampu berkata apa-apa di dalamnya. Tapi, dia tidak pernah mengeluh dan atas sebab itu dia tidak pernah keluar mengikis kerak dunia sambil meneguk dosa percuma.

Sungguh , dia punya kelebihan disebalik kelemahannya.


Aku menyarungkan telekung menutup auratnya. Lalu kubasahi bibirnya yang jarang menguntai senyuman dan mengeluarkan bicara indah.
"Iman, kita pergi sekarang ek?"
Dia mengangguk lalu kusorong kerusi rodanya menuju ke garaj di mana ayah telah menunggu kami di dalam kereta. Lalu kami bergerak menuju ke tempat Usrah.
__________________________________________________________________________________



Setibanya di tempat Usrah , aku turun dari kereta dan aku bantu Iman keluar dari perut kereta. Walid datang kepadaku untuk kusalami tangannya lalu dia bergerak pada Iman.
Iman juga melakukan yang sama. Namun Walid berlutut dan menarik Iman kedalam dakapan. Ayah kecup pada dahi Iman tidak padaku. Walid letak tapak tangan di atas kepala Iman tidak di atas kepalaku. Cemburu? Tidak sama sekali. Sudah kukatakan. Itu kelebihannya di dalam kelemahannya.


__________________________________________________________________________________


Kami melangkah menuju ke dalam Raudhah di mana jemaah lain sudahpun membuat bulatan Usrah. Aku dan Iman menyelit dan bersalaman tanda ukhuwah fillah sesama kami walaupun kami tidak pernah kenal.
"Kita buka majlis kita dengan Ummul Quran Al-Fatihah." Jeda dan semua membaca didalam hati dengan tadahan tangan. "Assalamualaikum ukhti sekalian. Apa khabar iman di dada?"

Kami semua menunduk. Dan tundukan itu mungkin senang sahaja ditafsir oleh Ukhti Khatijah penghulu Usrah kami itu.


"Banyakkan taubat ukhtiku sekalian... Ukhti percaya pada Allah?"


Semua mengangguk.
"Ujian paling payah di dunia ini adalah mempercayaiNya. Tapi ia mudah dihadapi oleh orang yang beriman. Mampercayai Allah, sesuatu yang tidak boleh kita lihat dengan nyata memang sukar. Namun bagi yang beriman, mereka ada jawapannya."

Ukhti Khatijah menyambung. "Mereka yang beriman akan mempercayai Allah. Dan ketika seorang Atheis bertanya kepada seorang Ikhwat, Bagaimanakah anda mempercayai Allah itu wujud sedangkan anda tidak pernah melihat Dia dengan jelas? Lalu Ikhwat itu menjawab dengan pertanyaan. Adakah anda percaya anda mempunyai nyawa? Atheis itu langsung mengangguk dan berkata, Tentulah aku percaya aku mempunyai nyawa kerana aku hidup. Ikhwat itu bertanya lagi. Adakah aku nampak di mana nyawa? Atheis menggeleng. Ikhwat lalu tersenyum seraya berkata, Itulah jawapanku."


Iman di sebelahku mengangkat tangan. Semua jemaah memandangnya. Aku tahu dia ingin bertanya. Tapi dari mana dia mahu mendapatkan suara? Pilu menusuk hati lantas aku berdiri lalu meninggalkan kumpulan itu. Aku menitiskan air mata. Kau uji dia sebegitu kuat Ya Allah..

__________________________________________________________________________________


Sedang aku bermain dengan rambut Iman di dalam bilik, kami serumah didatangi dengan suara salam. Lantas aku dan Iman menutup apa yang patut lalu bergerak ke ruang tamu. Dan Iman tetap dengan kerusi rodanya.

Aku kenal lelaki yang datang itu. Dia lelaki yang pernah aku minati secara diam di zaman sekolah dahulu. Ada apa dia datang ke mari?

"Maafkan ana kalau ana datang tanpa dipinta. Tapi ana datang membawa berita baik. Ana ingin melamar anak pak cik bernama  Ainun Safiyah."

Aku dan Iman berpandangan. Tapi Iman lantas meninggalkan kami dan masuk ke dalam bilik. Aku mengejarnya. Iman kulihat menangis lalu mengambil pen dan kertas. Dia menulis sesuatu.

"Aku bahagia atas perkhabaran ini untukmu. Tapi, siapakah temanku nanti jika kau pergi kepadanya?"
Aku menitiskan airmata lalu kupeluk Iman erat. Aku sayang Iman. Dan aku lebih rela menolak lamaran ini dari mambiarkan Iman bersendirian. Lalu kuberitahu ayah, aku menoolaknya secara baik.
Selang dua minngu, datang lagi seorang anak muda yang mahu menjadikan aku suri di hatinya. Namun ku tolak. juga kerana Iman.


_________________________________________________________________________________
Esoknya datang lagi seorang pemuda dan kali ini aku juga tidak mengenalinya. Ayah tidak menyuruh kami keluar dari bilik. Aku berpesan kepada ayah. Jika itu lamaran buatku lagi, tolaklah secara baik.

Kami mencuri dengar dari bilik.

"Maaf, ana datang tanpa pak cik kenali. Ana berhasrat untuk menyunting bunga di rumah pak cik."

"Di rumah pak cik ada dua kuntum bunga. Yang mana satu anak berkenan?"

"Iman pak cik."

Aku dan Iman ternganga.
Walid bertanya. "Tahukah kau keadaan Iman sebenar."

"Ana sedia maklum pak cik. Sahabat yang menyampaikan. Bila sahabat bercerita ana rasa terpanggil. Dan ana rasa panggilan itu untuk ini pak cik. Janganlah pak cik risau kerana saya mencintai akhlaknya dan bukan fizikalnya. Dan saya tahu kerana kekurangannya itu, dia terjaga. Dan saya mencintai dia kerana kelebihannya itu di dalam kelemahannya."

Subhanallah. Aku lihat Iman menitiskan air mata. Dia sujud walaupun bukan di lantai. Aku tahu dia sujud syukur tika dia membongkokkan tubuhnya sedikit dan aku juga menyertainya. Setelah itu lantas ku peluk tubuh Iman.


_________________________________________________________________________________
Iman bahagia dan aku juga bahagia untuk dia. Sebulan selepas Iman dinikahkan, aku menerima lamaran lagi. Kali ini daripada orang yang sama yang melamarku buat pertama kali. Hati ku bahagia.

Walid bertanya. "Ainun terima?"

Belum sempat kujawab, bunyi SMS di telefonku meminta aku membukanya. Aku membukanya. Dari Iman.

"Kak, Abang Fizi kemalangan. Dia meninggal."

Innalillahi wailaihirojiun. Telefon di tangan terlepas dari pegangan. Dan lamaran itu tertolak secara automatik. Kami bergegas mendapatkan Iman kerana kami tahu dia tidak bisa berbuat apa-apa di rumah. Imann.. bertahan. Aku tahu kau kuat. Ya Allah... pertahankanlah Iman..
__________________________________________________________________________________
Sudah sebulan pemergian Fizi. Tapi masih nampak bekasnya di wajah Iman. Dan pada suatu hari Iman menulis kepadaku..

"Iman nak pergi susul Abang Fizi."

Subhanallah Iman.. "Jangan cakap yang bukan-bukan.. Iman kena kuat..."


Dan esoknya, aku tidak dapat mengejuti Iman dari tidurnya. Iman pergi. Mungkin kerana kasih mereka yang begitu kuat. Sungguh kasih mereka berbau syurga.
Seakan aku tidak percaya dengan pemergian Iman. Iman yang tidak mampu berbicara tapi cukup menghiburkan hatiku. Iman yang tidak mampu melangkah, tetapi mampu menemaniku dalam ibadatku. Iman..
__________________________________________________________________________________

Alhamdulillah aku mampu melepaskan pemergian Iman. Orang yang pertama melamarku datang lagi dan tidak pernah jemu untuk menjadikan aku suri. Aku terima dengan hati yang terbuka. Iman, aku merinduimu.
TAMAT



dari kata penulis : maaf, terlalu banya kekurangan.  tolong perbetulkan jika ada yang salah. dan ini hadiah buat sahabat setelah aku lama lari dari penulisan . Aku tidak sehebat mana dan semua ini datang dari Allah.

8 comments:

KhatijahAzman said...

subhanallah. :)

Uqba Na'lah said...

Ya Allah, kau kuatkan Hati ini =) SubhanaAllah..
It's so sad..

Nurlina said...

sedihnye..cerpen yg sgt menarik..

Nurlina said...
This comment has been removed by the author.
Mell Mariann said...

sobs.. sobs.. insaf...

usman said...

akh-->akhawani-->ikhwah

ukht--> ?(asif tak berapa pasti) --> akhowat

ikhwat ? tak tahu pulak :)
maaf, tak tahu cara terbaik utk tegur

Aliza Nuraini said...

terima kasih usman :)

Hazyrah Yusuff said...

best....:)