Wednesday 4 April 2012

buat dia sahabat sejati .




sahabat sejati . 






kenapa ya aku terasa jauh darinya ?
kenapa ya aku seperti merasakan yang ada kesilapan yang telah aku lakukan padanya?




adakalanya aku menitipkan rinduku pada angin yang berhembus,
namun , hembusan angin itu mungkin tidak terasa olehnya,
atau mungkin ada dinding yang melindunginya hingga angin titipanku tidak sampai kepadanya.
adakalanya aku meminta pada dingin malam mendinginkan dia dengan ingatan padaku,
namun mungkin hangat kasih dari yang lain tidak mungkin mendinginkan dia.
ataupun dia yang mahukan kehangatan dibandingkan dengan kedinginan?
adakalanya, aku melihat ke arah langit, agar dia bisa melihat pantulan aku yang memikirkanya,
namun, mungkin ada awan yang lebih membahagiakannya dan menutupi langit.


ahh , semua itu hanya perumpamaan indah.
aku hanya meminta dengan doa .
ya doa.
senjata yang tak pernah lemah.
senjata yang aku punya saat ini  juga dari dulu, sekarang dan selamanya.
dengan doa , aku meminta Allah membuat dia ingat padaku,
dengan doa aku meminta Allah membuat dia rindu padaku,
dengan doa , aku meminta Allah rasakan dia keikhlasanku.


tapi syaitan tetap dengan janjinya.
syaitan tidak lepas membisik padaku..
sahabat ku itu membenci aku , 
sahabat ku itu ingin pergi dariku , 
sahabatku itu tidak tahan dengan sikapku,
sahabatku itu rimas dengan ku , 


tapi aku tolak bisikan itu.
segigih segagahnya aku didingkan diri dari bisikan itu , 


aku dekatkan diri pada Allah.
cuba tidak memberi ruang pada syaitan dan mempositifkan fikiranku,
sahabatku itu tidak menghubungi aku untuk memberi ruang padaku,
sahabatku itu jauh dari ku agar aku bisa mencari diriku sendiri,
sahabat ku itu mahu aku tidak terlalu bergantung padanya,
dan itu semua kerana dia mahu yang terbaik untukku ..






tapi , 
serius .. aku rindu dia . :')
terlaluu ..
telah kusampaikan kepadanya dan aku berharap dia bisa menghidu keikhlasanku . :)




aku tahu dia tahu ini ditujukan buat dia . 
:') ketahuilah aku merindukanmu , mencintaimu , menyayangimu kerana ukhuwah fillah yang kita bina . 




P/S : cepat ambil handset anda dan kirimkan kepadanya anda mencintainya kerana Allah. anda merindukannya dan anda menyayanginya. katakan padanya sebelum terlambat. letak di wall facebook nya kata-kata yang menyentuh jiwanya. yang menggetarkan hatinya yang mampu membuat dia ingin memeluk anda . kerana persaudaraan itu begitu berharga. kerana persaudaraan itu indah dan mampu menguatkan semua jiwa . :)
Allahualam . 




No comments: